Ahad, 1 November 2009
0 Ulasan

Takut Gagal???

Ahad, November 01, 2009
Gagal... ramai yang masih taboo dengan perkataan 'GAGAL'. Kita tidak sepatutnya takut untuk gagal kerana tanpa kegagalan, tidak akan wujud kejayaan dan tanpa kegagalan, kita tidak akan tahu sejauh mana tahap kita. Kita akan rasa 'bosan' jika kita terus berjaya tanpa merasai apakah nikmat kegagalan.

Thomas Edison telah menunjukkan pada kita bahawa kegagalan bukan suatu penghalang. Dia sendiri telah berkata "kita tidak gagal dalam mencipta lampu tetapi kita tahu 999 cara untuk tidak membuat lampu". Jangan kita patah semangat apabila kita gagal. Bangun semula dan terus berusaha. Orang lain boleh maju kita pun boleh. Jangan putus asa dan ingatlah pepatah ini "If you fail to try, you try to fail"

Muhasabah diri akan sebab musabab kegagalan kita. Insya-Allah kita akan nampak di mana puncanya dan perbaikilah kerana ORANG YANG TERBODOH DIDUNIA ADALAH ORANG YANG MELAKUKAN KESILAPAN YANG SERUPA DAN TIDAK MAHU MENGAMBIL PENGAJARAN ATAS KESILAPAN YANG LALU. Minta maaflah banyak-banyak sebab ada perkataan yang kurang enak....

Sentiasa motivasikan diri dan ingatlah seteruk mana pun kegagalan yang kita alami, masih ada insan lain didunia ini yang mengalami nasib yang lebih teruk lagi dari kita. Dan bangkitlah dengan azam yang baru bahawa kita boleh berjaya dan mampu menandingi orang lain yang telah berjaya. Pastikan kejayaan anda didunia menjadikan anda jutawan diakhirat kelak.. Tiada gunanya kita kaya didunia tetapi miskin diakhirat...

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top