Khamis, 16 September 2010
2 Ulasan

Sinopsis Gagasan Malaysia....

Khamis, September 16, 2010

  1. Selamat Hari Malaysia ke-47 saya ucapkan kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Pada hemat saya, ramai semakin sedar akan peristiwa 16 September 1963 yang suatu masa dahulu dipandang sepi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Malaysia kerana beranggapan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 tetapi ramai yang tidak tahu atau mungkin tertidur semasa kelas Sejarah.. Sabah dan Sarawak merdeka pada 16 September 1963 melalui penubuhan gagasan Malaysia yang ketika itu dianggotai oleh Singapura (telah berpisah pada 9 Ogos 1965) Sabah dan Sarawak. 
  3. Suatu masa dahulu, ketika era Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaya, idea penubuhan gagasan Malaysia dipandang sepi olehnya kerana dengan hanya menggabungkan Tanah Melayu / Malaya dengan Singapura ke dalam gagasan Malaysia bermakna bumiputra tidak menjadi majoriti dalam negaranya sendiri. Kemudian idea tersebut menjangkau ke kepulauan Borneo dan idea yang dipandang sepi oleh Tunku menjadi satu idea yang boleh diterimapakai.
  4. Dengan pengisytiharaan Malaysia, karier politik Lee Kuan Yew terselamat kerana pada tahun-tahun tersebut, karier LKY hampir hancur kerana Parti Sosialis (berfahaman komunis) hampir-hampir berjaya memerintah Singapura. (sudah pasti British tidak mahu wujud Cuba Asia Tenggara dan gagasan Malaysia adalah cara yang terbaik dalam menangani masalah ini). 
  5. Brunei menarik diri dari gagasan Malaysia pada saat-saat akhir (dan merdeka pada tahun 1984 rasanya) kerana pemberontakan dalaman yang dihadapi oleh Brunei yang dikatakan telah didalangi oleh Indonesia!
  6. Penubuhan gagasan Malaysia dicadangkan diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 iaitu selepas 6 tahun kemerdekaan Tanah Melayu ataupun Malaya tetapi ditunda pada 16 September 1963 kerana PBB melaksanakan pungutan suara ke atas penduduk Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan kedua-dua buah negeri ini ke dalam gagasan Malaysia atas tekanan dari Indonesia dan Filipina. Akan tetapi, Singapura telah pun mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963 secara unilateral.
  7. Jangan kita lupa idea gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari Indonesia dan menuduh sebagai neo-kolonisme dan Filipina kerana tuntutan ke atas Borneo Utara (Sabah).
  8. Setelah penubuhan Malaysia, Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia selama 3 tahun tetapi konfrontasi itu telah pun gagal dengan jatuhnya Presiden Indonesia ketika itu Soekarno kepada Jeneral Soeharto melalui satu rampasan kuasa. Hal ini menyebabkan PKI (Parti Komunis Indonesia) terkubur selama-lamanya dan idea Indonesia Raya hanya tinggal idea dan hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Indonesia disambung semula.
  9. Kemudian Singapura merdeka keluar dari gagasan Malaysia kerana parti PAP menggunakan isu perkauman dalam pilihanraya dan rentetan daripada itu peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.(Apa yang dibimbangi oleh British terjadi juga tetapi tidaklah seperti yang dibayangkan oleh British iaitu 1 lagi kuasa komunis disebuah pulau kecil).
  10. Saya masih tidak pasti akan tuntutan Filipina ke atas Sabah telah digugurkan atau pun tidak tetapi berdasarkan perjanjian pajakan diantara Sultan Sulu dengan Inggeris, diantaranya menyebut "selagi ada bulan dan matahari", bermakna Sultan Sulu kehilangan hak untuk mengambil semula tanah tersebut. Sultan Sulu cuma berhak mendapatkan royalti di atas pajakan itu sahaja.
  11. Kini gagasan Malaysia dianggotai oleh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Terus memacu ke hadapan dan merealisasikan Wawasan 2020. 


p/s: buta sejarah, negara tergadai....

2 Ulasan:

Zulhilmi berkata...

Punya lah cari maklumat pasal assigmnet Etnik nih. terjumpa blog nih. baru perasan tuan punya blog. haha

ArericH K. berkata...

aiseh.. ko jmpa gak yer.. wakakaka...

 
Toggle Footer
Top