Khamis, 19 November 2009
3 Ulasan

Disebalik kemalangan itu....

Khamis, November 19, 2009
Pagi ini ketika saya ke tempat kerja.. (agak lewat daripada biasa kerana terlajak tido da... huhuhu) jalan agak sesak seperti biasa dan apa yang menarik perhatian saya dan pemandu lain adalah berlakunya satu kemalangan dimana sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta wira.. Pada perkiraan saya.. Motosikal tersebut ditunggang agak laju.. (berdasarkan tahap remukan pada kereta dan keadaan motor  tersebut)..

Saya terpaksa memperlahankan tunggangan saya memandangkan semakin ramai pemandu dan penunggang kenderaan mengurangkan kelajuan.. samada hendak mengelak tempat kejadian tersebut mahupun melihat kejadian itu.. (sungguh prihatin sekali rakyat Malaysia ini)...

Sepanjang perjalanan tersebut.. saya terfikir sesuatu.. saya pernah melihat beberapa motosikal yang tersadai dibahu jalan kesan kemalangan.. Cuma kali ini saya dapat melihat mangsa terbaring di atas jalanraya dan seorang polis trafik mengawal keadaan.. Apa yang saya fikirkan.. Tuhan telah memberikan saya satu peringatan.. Berhati-hatilah ketika membawa kenderaan.. Ingatlah orang yang kita sayang..

Jika kita ditakdirkan untuk "pergi" dalam kemalangan.. itu takdir yang tidak boleh diubah... sudah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah kita telah bersedia ke "sana"? Itu persoalan lain pula...  Apa yang saya cuba sampaikan adalah..

Adakah kita memahami maksud yang tersirat disebalik apa yang telah berlaku atau apa yang kita lihat atau apa yang kita rasa sepanjang kita hidup ini?? Adakah kita bersikap butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut? 


Tuhan sentiasa memberi peringatan dalam pelbagai bentuk cara.. Cuma bagaimana cara kita memahami maksud disebaliknya.. Tidakkah kamu berfikir??

3 Ulasan:

hellmy berkata...

kau kesiangan ek?

Helas(^o^)\m/ berkata...

hahahaha .. welcome to Blog 4ft heheh

Are RicH K berkata...

~Hellmy
xla kesiangn sgt pun.... lewat 15 minit dari biasa.. wawawawa..

p/s: tau da yer mksud kesiangan:p

~Helas..
tq.. tq... :D:D hadiah menarik 2.. heeee

 
Toggle Footer
Top