Ahad, 12 Jun 2011
0 Ulasan

Tradisi vs Pembaharuan

Ahad, Jun 12, 2011
 Suatu ketika dahulu ketika Tanah Melayu dibawah naungan Inggeris, (negeri yang dijajah secara langsung adalah Negeri - Negeri Selat) berlaku pertembungan Kaum Tua (KT) dan Kaum Muda (KM) yang mana KT diketuai oleh Tok Kenali dan KM diketuai oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Mungkin ramai yang telah tahu mengenai isu tersebut yang mana lebih berkisar kepada pembaharuan vs tradisi yang berlaku ketika itu.

Tradisi dan pembaharuan adalah satu perkara yang agak bertentangan antara satu sama lain. Tidak semestinya ianya berlaku seperti pertembungan KT dan KM. Ianya mungkin berlaku dalam mana-mana organisasi mahupun masyarakat tidak mengira waktu dan tempat. Apabila sesuatu perkara menjadi satu tradisi atau budaya, ianya agak sukar untuk diubah apetah lagi apabila satu pembaharuan diketengahkan. secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Apabila berlaku elemen kejutan, secara automatik akan berlaku penentangan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Keadaan ini boleh menjadikan sesuatu organisasi dan masyarakat pincang seketika kerana tradisi sebelum ini tidak lagi diperlukan dan mereka mencuba untuk mengadaptasikan pembaharuan tersebut. Mungkin juga sesetengah pembaharuan dipanggil revolusi atau reformasi.

Kenapa ianya menjadi sebegitu? Mungkin tidak releven dengan aliran zaman? Mungkin tiadanya sesuatu yang baharu di dalam sesuatu organisasi dan masyarakat ataupun adakah wujudnya tekanan daripada pihak tertentu yang memaksa sesuatu organisasi dan masyarakat itu bertindak dengan mengutarakan beberapa pembaharuan.

Akan tetapi apabila sesuatu perubahan boleh diterima dengan baik, tidak mustahil ianya akan jadi satu tradisi sehingga satu pembaharuan baru diutarakan dan pembaharuan tersebut akan dinilai oleh mereka yang terlibat (mereka yang berkuasa dalam sesuatu masyarakat atau organisasi - dengan kata lain para pemimpin) sama ada boleh diterima ataupun memerlukan penambahbaikan supaya pembaharuan tersebut menjadi satu perkara yang terbaik sama ada untuk sesebuah organisasi mahupun masyarakat. Mungkin juga pembaharuan itu difikirkan balik agar disesuaikan dengan tradisi masyarakat dan organisasi tersebut supaya tidak berlakunya penentangan secara mengejut.

p/s: bukan mudah untuk menerima satu-satu pembaharuan .

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top