Ahad, 19 Jun 2011
0 Ulasan

Gagal Memohon Latihan Industri?

Ahad, Jun 19, 2011

Jika entri Latihan Industri - Persepsi Pelajar dan Hakikatnya bercerita mengenai apa yang berlaku ketika menjalani latihan industri, kali ini saya bercerita mengenai mereka yang mencari penempatan untuk menjalankan latihan industri.  Seorang bos daripada sebuah syarikat menunjukkan saya 1 emel yang mana seorang pelajar dari jurusan multimedia memohon untuk membuat latihan industri disyarikatnya. Dengan serta merta beliau menolak permohonan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

  • Alamat emel yang tidak sesuai (kata-kata kesat seperti f*ck, s*ck dan lain-lain )
  • Tidak disertakan resume dan lain-lain surat sokongan untuk dipertimbangkan.
  • Penggunaan ayat pada emel tersebut tidak melambangkan yang pelajar tersebut berminat untuk menjalani latihan industri tersebut. (hantar emel sekadar nak tak nak sahaja)

Pandangan pertama (First Impression) sangat penting ketika memohon kerana latihan industri adalah salah satu latihan persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Itupun jika hendak makan gaji. Lainlah jika hendak bekerja sendiri. (takkan nak jumpa bakal klien nak selekeh juga kot) ataupun anda tidak mahu ke alam pekerjaan.

Saya tidak pasti jika perkara ini diambil berat oleh institut pengajian tinggi terutama pada subjek "soft skill". Jika perkara ini wujud dalam subjek tersebut, ini menunjukkan sikap pelajar yang suka mengambil mudah akan perkara-perkara sedemikian. Semoga para pelajar yang mencari tempat untuk membuat latihan industri tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik institusi tempat anda menimba ilmu.

p/s: Kerana seekor semut, segelas sirap dibuang ke dalam sinki..

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top