Ahad, 15 Mei 2011
3 Ulasan

Zon Merokok?

Ahad, Mei 15, 2011
Hujung minggu yang agak sibuk menjadikan saya agak kurang berminat untuk menulis. Ketika di LCCT KLIA, menghantar seorang rakan saya yang hendak pulang ke Sabah saya agak terpegun melihat satu papan tanda ini. Pada bulan April tidak pula wujud papan tanda ini. (Ketika itu saya diarahkan untuk bertugas di Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja-kerja teknikal). Gambar dibawah inilah adalah papan tanda tersebut.


Mana - mana lapangan terbang pun ada juga zon merokok. Di KLIA pun ada zon merokok tetapi lebih ekslusif iaitu di dalam bilik merokok. (Terus terang saya katakan yang merokok dalam bilik merokok sangat-sangat menyeksakan dan sangat kotor. Memang benar orang yang anti merokok mengatakan yang perokok nie pengotor jika habuk rokok dan puntung rokok tidak diselenggara dengan baik). Akan tetapi Zon Merokok di kawasan luar seperti ini dilihat di LCCT (kes nak jimat kos ke?) yang mengingatkan saya kepada rakan sepejabat saya yang bercerita mengenai Singapura yang mana terdapat zon-zon tertentu untuk merokok dan tidak dibenarkan untuk merokok dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak denda akan dikenakan. (Sebab itu Singapura bersih sebab penguatkuasaan undang-undang yang amat ketat. Ada kaitan dengan mentaliti atau disebabkan patuh pada undang-undang?).

Saya tidak pasti jika ada kawasan-kawasan lain di ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai zon merokok seperti begini tetapi apa yang pasti jika ada tong sampah seperti dalam gambar tersebut bermakna tempat tersebut adalah kawasan untuk merokok. Jika zon merokok dilaksanakan di Kuala Lumpur, Sudah pasti para perokok amat mudah dikenali kerana mereka akan ada di zon tersebut untuk merokok dan mereka yang tidak merokok sudah pasti menjauhi tempat tersebut.

3 Ulasan:

Helas木村 berkata...

bagus jugak... ada zon2 tertentu.... hehehehe... dapat elak kebakaran hehe

Park Min Rin berkata...

tempat ni macam menggalakkan rakyat malaysia merokok.. :p

Are RicH K berkata...

helas - ahahah... terbakar kat situ yer.. ahaha
ain - xdela menggalakkan.. wat orang makin terdesak adalah..

 
Toggle Footer
Top