Rabu, 4 Mei 2011
2 Ulasan

Draf SK?

Rabu, Mei 04, 2011

Blogger sudah ada fungsi draf, perlu ke ada draf lagi? Sebenarnya Draf Suatu Kenangan (Draf SK) bertujuan untuk menyampaikan sinopsis cerita  yang akan saya tulis pada Blog SK dalam tempoh beberapa hari (selalunya dalam tempoh 3 hari, kalau terlebih tandanya saya masih kurang berdisiplin... mentaliti tiada kelas betul!). Menggunakan platform wordpress.com sebagai satu langkah agak biasa dilihat oleh para blogger yang mahu beralih arah kepada enjin wordpress dan menggunakan domain dan hosting sendiri. (Saya ada wawasan)

Seperti yang dijangka saya agak kekok dalam menggunakan fungsi-fungsi yang sedia ada pada dashboard wordpress yang agak berbeza dengan dashboard blogger.com.Masih lagi belajar dan akan terus belajar kerana selagi kita masih hidup, kita akan terus belajar. Saya telah pun meletakkan link Draf SK disebelah Galeri SK (mohon maaf kerana telah lama tidak dikemaskini kerana kamera da rosak.. sob..sob.. sob) atau pun boleh dicapai terus melalui url berikut:

http://draftsuatukenangan.wordpress.com/

Kepada pengguna wordpress, sebarang kritikan pedas lagi menyengat amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi blog draf SK tersebut. Ketika ini, saya masih menggunakan medium FB sebagai medium pemberitahuan sekiranya terdapat sebarang kemaskini pada blog tersebut.

p/s: masih bertatih dengan wordpress.

2 Ulasan:

Orang Kampung berkata...

slow2 bos.. aku pun prnh pkai wordpress.com dlu.. lpas tu terdelete.. blog tu still leh buka.. tapi aku tak leh log in untuk edit sbb dh delete dri akaun aku, buh balik, x leh juga.. last2 pkai wordpress.org trus.. hahaha

smart dh blog wordpress hng tu.. ringan ja..

Are RicH K berkata...

blog wordpress aku kosong aje.. 2 y ringan seringan2nya.. hahah

masih merangkak lor..

 
Toggle Footer
Top