Ahad, 22 Mei 2011
4 Ulasan

Bahasa Inggeris - Satu dilema..

Ahad, Mei 22, 2011

Seorang rakan saya menyatakan hasratnya untuk mempelajari Bahasa Inggeris (BI) kerana dia telah pun sedar akan permasalahan yang dihadapinya terutama jika hendak bertukar kerja. Syabas saya ucapkan kepada dia. Di kota metropolitan ini penggunaan BI sangat - sangat penting terutamanya di sektor swasta kerana BI digunakan dalam menghubungi klien dan juga penulisan surat (disebabkan itu aktivis Bahasa Melayu (BM) sangat "bising" akan isu ini kerana peminggiran BM secara menyeluruh oleh sesetengah syarikat sektor swasta).

Bertanyakan kepada saya bagaimana hendak belajar BI. Saya tersenyum sendiri. Dia bukan tidak tahu BI tetapi dia mempunyai masalah dari segi perbualan dan mungkin penulisan BI. Di Malaysia BI telah diajar sejak dari bangku sekolah (mungkin dari pra-sekolah lagi dan bergantung kepada tadika juga) sehingga ke menara gading. Di mana silapnya jika ada yang masih tidak mampu menguasai BI? Adakah institusi patut dipersalahkan ataupun diri sendiri?

Faktor persekitaran sangat-sangat mempengaruhi di mana jika rakan-rakan disekeliling anda menggunakan BI, anda juga terpaksa menggunakan juga BI. Keyakinan diri juga adalah pemangkin dalam memulakan sesuatu perbualan dalam BI. Sesuatu yang agak pelik bagi orang Melayu khususnya kerana MALU tidak bertempat. Malu amat dituntut dalam Islam tetapi malu tidak bertempat mungkin memberi impak yang negatif pada diri sendiri dan kaum itu sendiri yang mana penguasaan BI agak lemah disamping BM yang agak sederhana (pendapat mengatakan orang melayu sangat bagus dalam BM boleh disangkal kerana ada sesetengah rakan saya masih gagal terutamanya dalam penulisan dan juga penambahan huruf pada ayat - ayat tertentu menjadikannya agak pelik dilihat).

Pembacaan sangat - sangat membantu di dalam penggunaan BI dan juga BM kerana dari pembacaan, secara automatik kita mempelajari tatabahasa (grammar). Kata - kata Tun Dr Mahathir ketika ditanya mengenai penguasaan BI dan BM yang baik ketika berucap adalah "I do not know about grammar. I know that my grammar is correct when the sentence sounds right to my ears. When it does not sounds good, it means the sentence are not gramatically correct." (rujukan dari web ini) Bagaimana perkara tersebut akan berlaku jika tidak melalui pembacaan?

Rakan - rakan saya juga telah memberi beberapa cadangan bagaimana untuk menguasai BI seperti selalu mendengar lagu BI, melihat filem BI yang mana sarikata dalam BI ataupun tidak melihat sarikata dalam BM dan mencuba untuk memahami apa yang pelakon itu cuba perkatakan. Selain itu juga saya dan beberapa rakan yang lain cuba bercakap dengan dia menggunakan BI supaya dia tidak kekok dalam menggunakan BI. (Seperti era.fm yang mempunyai program "Can I help You" yang mana melihat bagaimana penguasaan BI oleh rakyat Malaysia secara umum sahaja)

Kebanyakan tips di atas banyak diutarakan oleh rakan-rakan mahupun para guru dan juga di internet tetapi adakah kita cuba melaksanakannya untuk memajukan diri? Belum tentu lagi kerana apabila kita sudah merasa selesa dalam satu persekitaran. Kita tidak mahu untuk maju ke hadapan yang mana di hadapan tersebut banyak peluang baru yang terbuka luas walaupun mempunyai risikonya tersendiri.

p/s: Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risikonya...

4 Ulasan:

zulkarnain berkata...

KL.. bandar BI..

memang silap lah kalau saya naik KL... orng kedai jd mangsa bi saya.. hihihiiii

Are RicH K berkata...

eheheh.. mcm kejam aje statement 2...

zulkarnain berkata...

sesekali..

sy pikir, semua orng KL power bi.. :p

masuk pavilion, masuk times square. ahaks...

bi ler...

Orang Kampung berkata...

BM ja aku power.. haha

 
Toggle Footer
Top