Isnin, 21 Mac 2011
6 Ulasan

Puisi Untuk Adik

Isnin, Mac 21, 2011
Hakikat
Bukan mudah untuk diterima
Apetah lagi ditelan
Setelah apa yang diusahakan
Yang menjelma adalah kegagalan

Tiada apa yang perit
Selain dari kegagalan.
Tiada apa yang lebih manis
Dari sebuah kejayaan

Tuhan tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan diri hamba itu
Usah katakan dirimu beriman
Sedangkan kamu tidak diuji

Bangunlah..
Dari tempat jatuhmu.
Dan teruskanlah melangkah
Langkah yang penuh dengan azam

Kejayaan berada didepanmu..
Jadikanlah kegagalanmu itu
Satu pengalaman yang berharga
Untuk menggenggam satu kejayaan

6 Ulasan:

a i n u berkata...

thanks abang haris..
adakah ni untuk adik??
huhu

terharu gila..
insyaAllah..
mungkin adik patut sedar dr mimpi yg dh lama adik brada di dalamnya ni :)

tolong doakan adik ye!huhu :(

Are RicH K berkata...

kuatkan semangat k.. La tahzan..

MY SouL My HeArt berkata...

bagus puisi abg long.. memberikan semangat pada sesiapa yang tengah jatuh sekarang.. :D

Are RicH K berkata...

ain - terima kasih... :)

Orang Kampung berkata...

pandai berpuisi jugak hang ni..
mmg terbaik puisi ni..
boleh bgi smngt kpada siapa sja yg tgh down..

Are RicH K berkata...

AOK - thanks bro.. ilham daripada tuhan.. :)

 
Toggle Footer
Top