Isnin, 28 Mac 2011
5 Ulasan

Lindungi Undi Anda

Isnin, Mac 28, 2011
Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir tiba.dan ujian bermula dengan Pilihanraya Negeri Sarawak. Rakan Facebook saya telah berkongsi pada saya satu klip video mengenai Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?(How to protect your votes from being traced?) yang telah dibuat oleh tamaktaib.




 Satu klip video yang sangat baik yang dilakukan oleh beliau dalam memberi cara-cara untuk melindungi undi anda. Kepada mereka yang belum pernah mengundi boleh jadikan video ini satu tutorial yang baik. Kepada mereka yang tidak mahu mengundi, anda jangan "bising - bising" sebab anda tidak pun mengundi pemimpin anda. Jika hendak "bising - bising" sila daftarkan diri anda dan jadi seorang pengundi. Andalah penentu masa depan kerajaan dan wakil rakyat anda walaupun anda membenci politik yang busuk akan tetapi itulah hak anda untuk memilih pemimpin anda. Jangan nanti menyesal tak sudah setelah pilihanraya berlalu dan calon yang mereka pilih tidak anda suka!

p/s: pilihanraya nak dekat, gaji pun akan naik dan harga barang pun naik.


5 Ulasan:

chii berkata...

mari lah mari..pegi mengundi..ehehe..jlnkan tanggungjawab anda okeh..

hurm..x sabo plak nk tunggu PR seterusnya..yg ke-2 bg chii :D

menarik2..nnt chii try praktikkan ye

Are RicH K berkata...

ehehe... jangan x bantah k.. hohohoho

wanbu berkata...

yeahh.. voted for me voted!!!!

AYuNG berkata...

hah...baru tau nih..hehe, 1st time nak ngundi tahun nih..:D

lambat daftar..kikiki

Are RicH K berkata...

wanbu - ehehe.. undi ape tue bro.. :)
ayung - slmat mengundi.. dah daftar ngan spr belum.. huhu

 
Toggle Footer
Top