Rabu, 2 Mac 2011
4 Ulasan

Belajarlah memasak wahai wanita...

Rabu, Mac 02, 2011

Soalan biasa yang diutarakan kepada mana-mana perantau. Apa yang awak rindukan daripada ibu awak? Majoriti daripada mereka tidak kita lelaki mahupun perempuan akan berkata "masakan ibu adalah perkara yang sering dirindui". Bahasa kiasan adalah air tangan ibu. Seorang chef terkemuka juga akan berkata masakan ibu adalah yang terbaik didunia ini.

Apakah rahsia disebalik masakan ibu adalah yang terbaik walaupun sekadar nasi, telur cincang dan kicap manis? (kecur air liur teman... huhuhu)  Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri danibu dalam memasak dan memberi makan kepada suami dan anak-anaknya. Hilang penat lelah seorang ibu apabila apa yang dimasaknya habis dimakan oleh suami dan anak-anaknya. Berkat rezeki yang halal menjadikan anak-anak manusia yang berguna kelak.

Bagi mereka yang sudah biasa makan kedai. Pasti akan merasa perbezaan yang ketara terutama bagi mereka yang masak atas sebab perniagaan dan mereka yang memasak dengan penuh ikhlas. Sebab itu ada yang kata masakan ibu tidak akan sama dengan masakan di kedai dan masakan katering tidak akan sama dengan masakan yang dilakukan secara gotong - royong (rewang).

Wanita moden masa kini agak sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk memasak. Samada kesuntukan masa ataupun tidak pandai memasak. Rugilah anda wahai wanita jika tidak pandai memasak. Tidakkah hilang satu nikmat apabila anak-anak di ajar makan di luar sehingga tidak lagi merindukan masakan ibu dan lebih merindukan masakan mamak? Para suami silalah membantu isteri anda didapur, tidak salahkan membantu isteri malah mengeratkan lagi kasih sayang sesama anda dan isteri anda. Sedikit sebanyak kuranglah beban yang ditanggung isteri. Bukan duduk diruang tamu lenggang kaki!

p/s: rindu masakan ibu...

4 Ulasan:

MY SouL My HeArt berkata...

oh ho.. kena berhenti la macam ni ye. duduk rumah masak je.. hehe.. :)

Are RicH K berkata...

berhenti ape dik? x smstinya dok umah ajer.. keje ttp keje.. msak tetap msak.. pndai-pandaila gnakan masa secara optimum.. :D

MY SouL My HeArt berkata...

ohoo..mcm tu pulak ye.. betul tu.. walaupun perempuan berkarier tak semestinya tak pandai masak.. ye dak.. :D

Are RicH K berkata...

yup.. ada member (x gf pun) sangat pandai memasak walaupun die bekerjaya... :D

 
Toggle Footer
Top