Rabu, 24 Oktober 2012

3 Nasihat Popular Kepada Perokok.

Nasihat 3






Seringkali pelbagai ancaman / mudarat telah ditunjukkan kepada perokok seperti kotak rokok yang dihiasi dengan 5 jenis penyakit dan kempen anti merokok oleh Kementerian Kesihatan. Pelbagai risalah telah pun diedarkan mahupun papan tanda amaran bahaya merokok. Para perokok melihat itu semua sebagai satu cabaran kepada mereka untuk merokok di kawasan tersebut kerana kurangnya penguatkuasaan dan mungkin juga penguatkuasaan hanyalah bermusim. Perokok di Malaysia tidak bodoh. Mereka semua telah dididik supaya membenci merokok dan mereka mengetahui akan risikonya tetapi mereka telah memilih untuk merokok atas 2  sebab seperti stres dan pengaruh rakan.


Isnin, 17 September 2012

Ada Apa Pada 16 September?


Terlalu banyak peristiwa dirakam pada 16 September. Berikut adalah beberapa peristiwa yang berlaku pada 16 September yang diketahui oleh rakyat Malaysia melalui laman sosial dan juga pengetahuan am. Antaranya ialah:      

Ahad, 16 September 2012

Janji Ditepati

1996 - Ketika itu talian tetap merupakan satu keperluan bagi keluarga yang mampu. Keluarga yang tidak mampu hanya menggunakan telefon awam yang diwujudkan oleh Telekom Malaysia. Internet tidak menyeluruh. Penggunaan dial - up 56k merupakan suatu perkara biasa ketika itu. Komputer adalah sesuatu yang agak asing bagi para pelajar yang selesa bermain aktiviti di luar rumah ketika waktu petang. Luka dilutut dan siku adalah perkara biasa bagi kanak-kanak ketika itu. Telefon bimbit dan kad kredit adalah melambangkan status orang kaya. Harga kad sim ketika itu sangat mahal. (tak pasti telah wujud ke tidak). 

______________________

Di sebuah rumah sewa pada tahun 1996.

Khamis, 13 September 2012

Women Killer - A synopsis

hiasan semata-mata

Women killer is a code name for a serial killer who was kill 5 women in a 2072. He was a good guy and always succeeded in seducing a nice women but always fail in love. Because of one women that he love the most, he started to kill random women at Kuala Lumpur. First kill was his ex-girlfriend who left him for another guy. Women Killer start hunting the other innocent  women at most big city in Malaysia.

 Inspector Norman from Crime Department had been assigned to search and capture this guy either life or death. Known as a dangerous fugitive in Malaysia, Inspector Norman only have such a short time to solve this case. Its quite confusing for Inspector Norman to track down this serial maniac killer.Its already 5 women who found dead at 5 different places with 5 different styles of killing. Inspector Norman already search all crime record if there any similarity but negative. He must stop Women Killer before he get his 6th kill. 

__________________________                                       

Isnin, 6 Ogos 2012

55 Tahun Kemerdekaan. Kontroversi dan Trivia



Perayaan 55 tahun kemerdekaan akan menjadi satu lagi sejarah yang mungkin akan dilihat pahit oleh generasi seterusnya dan pelbagai spekulasi akan berlaku pada masa akan datang jika tiada tindakan susulan di ambil

Kontroversi 55 tahun kemerdekaan bermula apabila...

Ahad, 5 Ogos 2012

Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri - Mitos Semata-mata

Agak kecoh tersebar di internet bahawa menggunakan komputer riba (laptop) tanpa menggunakan bateri akan merosakkan komponen lain pada komputer riba anda.

Berikut adalah pendapat tersebut:

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

Kisah sebenarnya:

Sabtu, 21 Julai 2012

Blogger For Mobile - Android


Kebosanan melanda ketika menunggu waktu sahur menyebabkan saya menulis blog pada waktu begini.


Ketika ini saya sedang menaip menggunakan telefon pintar yang menggunakan Android sebagai sistem pengoperasian. Menggunakan apps Blogger yang dicipta khusus oleh Google inc banyak membantu para blogger untuk mengemaskini blog mereka. Boleh didapati melalui google play aka android market dan dimuat turun secara percuma.

Khamis, 28 Jun 2012

Galeri Foto ~ My Little Photo


xaie fawzy takes this shot.

My-Little Photo. 1 lagi galeri foto (blog foto /photoblog) dari saya untuk dikongsi bersama rakan-rakan blogger dan juga kepada pengunjung alam maya ini. Menggunakan kamera telefon pintar Samsung Galaxy Mini (3mega pixel dan tiada flash) dan dibantu dengan perisian Little Photo. 1 aplikasi yang dicipta secara khusus untuk manipulasi gambar (seperti Instagram, Photoshop dan lain-lain).

Ahad, 3 Jun 2012

Akta Keterangan (Pindaan 2012) - Implikasi kepada Dunia Internet

Amanz.my menggemparkan seketika dunia internet dengan pengumuman Akta Keterangan (Pindaan 2012) akan dilaksanakan pada 1 Jun 2012 berdasarkan beberapa rujukan umum seperti The Sun, Malaysian Law dan juga The Star.

Dengan pengeluaran artikel tersebut, sedikit sebanyak maklum balas dapat diberikan oleh rakyat dan akan dapat dilihat oleh penggubal undang-undang agar ianya diperhalusi sebaik-baiknya dengan anggapan "they know what they doing". Jangan sampai yang memulakan provokasi terlepas dan yang menyampaikan kritikan bernas dan berisi dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali. Sesuatu yang dilihat sebagai tidak adil kerana atas kesalahan orang lain, orang lain yang kena hukumannya.

Sedikit sedutan daripada amanz.my mengenai isu ini

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.


Ketika artikel ini ditulis, amanz,my telah pun mengemaskini artikelnya dan mengatakan bahawa media internet masih tidak termaktub di dalam akta tersebut. Beberapa isu perlu diperhalusi jika hendak memasukkan media internet ke dalam akta tersebut. Jangan sampai yang memulakan provokasi terlepas dan yang menyampaikan kritikan bernas dan berisi dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali. Sesuatu yang dilihat sebagai tidak adil kerana atas kesalahan orang lain, orang lain yang kena hukumannya.

Saya masih tidak membacanya lagi butiran-butiran berkaitan akta tersebut. Hanya beberapa andaian yang kebanyakan telah diutarakan oleh blogger dan juga pengarang akhbar. Sedikit carian di enjin carian Google masih tidak dapat melihat butirannya. Mungkin selepas ini akan ada butiran akta tersebut dan boleh dibaca oleh rakyat dan seterusnya dinilai oleh rakyat.

Andaian selepas akta ini berkuatkuasa dengan memasukkan media internet

Andaian tindakan oleh blogger selepas akta ini dikuatkuasakan:
  • Jika sebelum ini setiap blog akan ada satu pop-up yang agak "annoying" yang mana memaksa pengunjung secara tidak sedar untuk "like my page on facebook", akan ada satu lagi pop-up iaitu satu pop-up penafian yang mana memerlukan pengunjung blog tersebut bersetuju dengan segala syarat yang mana akan melepaskan penulis blog tersebut daripada dakwaan dan juga implikasi terhadap penguatkuasaan akta tersebut. Antara kandungannya adalah penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang ditulis oleh pengunjung.
  • Selepas ini, setiap blog hanya membenarkan ahli yang telah didaftarkan untuk komen sahaja dan terma "anonymous" tidak lagi digunakan.
  • Mungkin juga blogger akan lebih bertanggungjawab akan setiap apa yang ditulisnya terutama isu sensitif yang berbau perkauman dan juga unsur fitnah yang dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya ketika pilihanraya semakin dekat.

Andaian lain berkaitan isu ini:
  • Adakah hanya warganegara Malaysia sahaja yang akan dikenakan tindakan sedangkan yang memulakan provokasi  adalah warganegara lain dan bukan dari Malaysia?
  • Adakah dengan pelaksanaan akta ini mampu mengekang segala macam bahasa kesat oleh "keyboard warrior" di media internet ini? (selalu dilihat dalam mana-mana blog politik).
  • Mampukah pelaksanaan secara berkesan selepas akta ini dilaksanakan.
p/s: sesungguhnya doa orang teraniaya sangat makbul disisi tuhan.

Selasa, 7 Februari 2012

Jodoh



Kita tidak akan sedar sehingga detik itu tiba. Jodoh kita sangat dekat dengan kita. Dia berada disekeliling kita. Hanya usaha dan tawakal dari hambaNya akan jadi penentu sama ada cepat atau lewatnya jodoh kita. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.


Ahad, 29 Januari 2012

Keegoanmu - v2

Apabila ego adalah segala-galanya.
Pasti akan ada yang terkorban.
Pasti akan ada yang terluka
Pasti akan ada yang membenci
Pasti akan ada yang terkilan

Apabila ego adalah keutamaan
Akan ada yang menjauhkan diri
Akan ada yang menyisihkan diri
Akan ada yang memendam rasa

Isnin, 23 Januari 2012

Baucer Buku 1 Malaysia - Satu Penilaian Peribadi

Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberi pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada
semua pelajar institut pengajian tinggi (ipt) sama ada awam mahupun swasta. Tujuannya adalah memberi kemudahan pada pelajar untuk membeli bacaan ilmiah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk semester akan datang. Baucer tersebut boleh digunakan di:

  • Popular Bookstore.
  • MPH Bookstore  (ada baucer kupon menanti)
  • kinokuniya (tak dapat dipastikan)
  • Borders (ada baucer kupon menanti)
  • Lain-lain kedai buku yang mengambil bahagian.


Isu-isu  yang berlingkar mengenai BB1M:

Ahad, 22 Januari 2012

Wira Dunia Yang Tidak Didendang


Stanislaw Jewgrafowitsch Petrow
Stanislaw Jewgrafowitsch Petrow - Nama yang agak asing bagi warga Malaysia khususnya dan mungkin biasa didengar di Rusia kerana dia adalah warga Rusia.

Siapakah beliau? Apakah jasa terbesar beliau sehingga digelar wira penyelamat dunia?

Selasa, 17 Januari 2012

Busuk Hati!!

Gambar hiasan semata-mata
Suatu ketika ditengah malam, terlihat kelibat 3 orang sahabat sedang mencari kedai makan untuk makan malam. Setelah memilih kedai makan tersebut, mereka bersembang dengan rancaknya akan isu semasa, bola, keagamaan dan lain-lain isu yang terbangkit pada malam tersebut.

En. X: Dulu Food Court nie mesti ramai yang buka geraikan. (sambil melihat beberapa gerai yang tutup, hanya 4 gerai sahaja yang bertahan.
En. Y: Betul. Tapi banyak yang tutup atas sebab busuk hati.
En. X: Erk, sesama berniaga pun nak busuk hati ke?
En. Y: Perkara biasa. Tu caranya nak monopoli perniagaan, tak nak kongsi bersama-sama. Kedai ni kutuk kedai tu, kedai tu kutuk kedai sana. Dah tak tahan tutup ajela, pindah tempat lain. Tinggal yang nie aje bertahan. Tu pun pemilik kedai yang lain, bukan yang dulu.
En. Z: Tak habis-habis tikam belakang, tak boleh tengok orang lain maju sikit, segala cara nak guna tuk jatuhkan. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

Isnin, 9 Januari 2012

Mungkin



Mungkin juga apabila kita sibuk dengan sesuatu perkara. Kita akan lupa pada perkara lain yang mungkin ianya penting dalam hidup seseorang itu.

Mungkin juga apabila kita terlalu memikirkan sesuatu, kita akan lupa apa yang sedang berlaku disekeliling kita.

Mungkin juga kita terlalu pentingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan orang lain.

Mungkin juga kita terlalu setia pada seseorang yang mana ianya sesuatu yang masih tidak pasti sehingga menutup jodoh kita yang sedang menunggu kita.


Isnin, 2 Januari 2012

Mengapa Julai ada 31 hari?

Tahun Masehi  atau pengiraan melalui putaran matahari... Sesuatu yang agak menarik pada tahun ini yang mana bulan Februari akan ada tahun lompat iaitu 29hb Februari. (Saya demand 30 Februari ok tak.. hahaha)..

Tahukah anda mengapa Februari kurang sehari untuk mencapai 30hb. Sedarkah anda yang pada bulan Julai dan Ogos terdapatnya 31hb secara berturut-turut. Nama-nama dalam kalendar Masehi ada antaranya diambil daripada nama Maharaja Roman. Bulan Julai diambil nama daripada nama Julius Caeser  dan Ogos daripada nama Augustus.