Ahad, 5 Ogos 2012

Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri - Mitos Semata-mata

Agak kecoh tersebar di internet bahawa menggunakan komputer riba (laptop) tanpa menggunakan bateri akan merosakkan komponen lain pada komputer riba anda.

Berikut adalah pendapat tersebut:

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.

Kisah sebenarnya:




Penyesuaian tenaga telah dilakukan oleh sebuah perkakasan yang dinamakan "adapter". Fungsi "adapter" ini adalah menukarkan Arus Ulang-alik (Alternating Current /AC) iaitu 220 - 240v (julat kuasa bagi Malaysia dan mungkin berbeza bagi negara lain) kepada Arus Terus (direct current / DC) iaitu 19.5v - berdasarkan "adapter" Dell. Setiap komputer riba dari pelbagai jenama mempunyai julat yang berbeza. Walaupun berbeza, impak ke atas komputer riba sangatlah tinggi. Jika kurang julat voltan yang diperlukan, mungkin komputer tidak boleh hidup dan jika tinggi walaupun sedikit, kebarangkalian komputer riba anda akan rosak adalah tinggi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk membeli perkakasan yang asli atau yang sesuai dengan julat voltannya untuk mengelakkan komputer riba anda rosak dan juga mohon nasihat daripada pakar sebelum membuat sebarang pembelian atau rujuk label "adapter" tersebut.


Bateri bukanlah berfungsi sebagai menyesuai arus yang masuk ke dalam komponen laptop kerana fungsi bateri adalah menyimpan dan membuang caj yang disimpan bagi memastikan komputer riba boleh digunakan walaupun dalam keadaan tiada arus elektrik dan digunakan dalam tempoh yang tertentu. Bateri akan mengambil alih fungsi "adapter" apabila berlakunya terputus bekalan elektrik atau ketidakdapatan sebarang sumber elektrik daripada "adapter". Oleh yang demikian bateri adalah sumber kedua bagi sebuah laptop dan mungkin juga dijadikan ups jika elektrik terputus (sangat tidak digalakkan kerana hayat bateri untuk rosak sangat cepat).

Litar pintas sangat sukar berlaku dalam komputer riba kecuali terdapat unsur-unsur konduktor asing di dalam komputer riba tersebut seperti koloni semut dan lain-lain serangga mahupun besi. Arus elektrik yang tidak stabil sangat jarang berlaku di Malaysia, sebagai persediaan, penggunaan AVR (Automatic Voltage Regulator) sangat digalakan di kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik seperti di sesetengah kawasan di Sabah.

Terdapat unsur-unsur perniagaan kerana mungkin kurangnya permintaan pada bateri yang baru, maka mencipta suatu mitos baru yang mampu menakutkan orang ramai adalah perlu bagi memastikan permintaan sentiasa ada dan tinggi .

p/s: Kurang selidik, banyak salin.


1 ulasan:

Kritikan anda