Gambar hiasan semata-mata |
En. X: Dulu Food Court nie mesti ramai yang buka geraikan. (sambil melihat beberapa gerai yang tutup, hanya 4 gerai sahaja yang bertahan.
En. Y: Betul. Tapi banyak yang tutup atas sebab busuk hati.
En. X: Erk, sesama berniaga pun nak busuk hati ke?
En. Y: Perkara biasa. Tu caranya nak monopoli perniagaan, tak nak kongsi bersama-sama. Kedai ni kutuk kedai tu, kedai tu kutuk kedai sana. Dah tak tahan tutup ajela, pindah tempat lain. Tinggal yang nie aje bertahan. Tu pun pemilik kedai yang lain, bukan yang dulu.
En. Z: Tak habis-habis tikam belakang, tak boleh tengok orang lain maju sikit, segala cara nak guna tuk jatuhkan. Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Lumrah agaknya di Malaysia sifat busuk hati tidak suka bersaing secara sihat sesama sendiri untuk mendapat keuntungan secara bersama. Sifat yang dengki dan iri hati (phd - penuh hasad dengki) yang bersarang dalam hati itu tidak akan hilang sehingga rakan persaingannya mengundurkan diri atau pun jatuh terduduk. Akhirnya dia memonopoli perniagaan tersebut dan secara tidak sedar semakin kurangnya pengunjung yang akan datang ke food court tersebut kerana pada pandangan mata mereka, pasti akan ada yang tidak kena.
Jika semua kedai dibuka dan persaingan secara sihat berlaku, ramai pelanggan akan datang dan food court itu tidak akan sunyi dan perniagaan akan rancak. Jika tidak dapat untung banyak, sikit pun jadilah daripada setiap hari rugi. Orang yang melihat akan tertarik dan sekurang-kurangnya keadaan yang meriah mampu menarik lagi perhatian pelanggan untuk datang. Tiada siapa akan rugi.
p/s: Buat jahat lagi mudah dari nak buat baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan anda