Apabila ego adalah segala-galanya.
Pasti akan ada yang terkorban.
Pasti akan ada yang terluka
Pasti akan ada yang membenci
Pasti akan ada yang terkilan
Apabila ego adalah keutamaan
Akan ada yang menjauhkan diri
Akan ada yang menyisihkan diri
Akan ada yang memendam rasa
Mungkin ianya sifat semulajadi seseorang itu
Mungkin juga sikap mempertahankan diri
Mungkin juga tidak mahu mengalah
Sedarkah
Mungkin ianya memberi kebaikan
jika kena pada tempat dan masanya
Sedarkah
Mungkin ianya tidak memberi apa-apa kebaikan pada diri
Ibarat menang menjadi arang, kalah menjadi abu
Sedarkah
Akan ada yang tersiksa akan sikap egomu itu
Yang akan sentiasa makan hati
Yang akan sentiasa bersedih
Sedih akan sikapmu yang mementingkan diri
dari segala-galanya
Manusia yg dianggap ego sbnrnya menyimpan 10001 cerita...
BalasPadamBetol ;)
Padam