Isnin, 6 Ogos 2012

55 Tahun Kemerdekaan. Kontroversi dan Trivia



Perayaan 55 tahun kemerdekaan akan menjadi satu lagi sejarah yang mungkin akan dilihat pahit oleh generasi seterusnya dan pelbagai spekulasi akan berlaku pada masa akan datang jika tiada tindakan susulan di ambil

Kontroversi 55 tahun kemerdekaan bermula apabila...


Tema Kemerdekaan




Janji Ditepati pernah digunakan oleh BN melalui Jelajah Janji Ditepati dan digunakan semula pada  tema kemerdekaan kali ini dengan perspektif dan maksud yang berbeza. Akan tetapi kebanyakan rakyat melihat ianya adalah salah satu kempen BN dalam memenangi hati rakyat. Disebabkan itu, Pakatan Rakyat (PR) menggunakan moto yang berbeza iaitu "Sebangsa, Sejiwa dan Senegara" dan akan digunakan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Kedah mengambil pendekatan yang berbeza dengan menggunakan tema "55 tahun merdeka terus berbakti". Walaupun Kedah merupakan negeri yang ditadbir oleh PR, ia tidak menggunakan tema yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tema Kemerdekaan PR atas sebab tema tersebut telah dibuat awal.


Logo kemerdekaan
Mungkin atas dasar penjimatan kerajaan, tiada lagi pertandingan mencipta logo kemerdekaan 55 tahun dan logo yang pernah dipaparkan sebelum ditukar bukanlah logo akan tetapi seperti membuat banting (banner) kemerdekaan sahaja. Kini menggunakan logo 1 Malaysia sebagai logo sebelum ada perubahan yang lain. (jika ada).


Lagu Tema Kemerdekaan


Dikatakan diciplak dari lagu kristian walaupun disangkal oleh komposer yang bertanggungjawab. Dikatakan jua lirik tidak menggambarkan semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara. Penulis lirik juga mengkritik lirik lagu tersebut. Panel penilaian sedang membuat kerja mereka. Tunggu dan lihat sahaja apa kata mereka.


Trivia:
  • 3 tema berbeza untuk kemerdekaan kali ke 55 dengan 1 tema dari kerajaan dan 2 tema daripada PR.
  • Keranamu Malaysia adalah tema hari kebangsaan yang paling lama sekali digunakan iaitu selama 6 tahun bermula pada 2000 - 2006
  • 3 kali logo 1 Malaysia digunakan sebagai logo kemerdekaan dengan tema yang berbeza.

p/s: Di mana perpaduan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda