Amanz.my menggemparkan seketika dunia internet dengan pengumuman Akta Keterangan (Pindaan 2012) akan dilaksanakan pada 1 Jun 2012 berdasarkan beberapa rujukan umum seperti The Sun, Malaysian Law dan juga The Star.
Dengan pengeluaran artikel tersebut, sedikit sebanyak maklum balas dapat diberikan oleh rakyat dan akan dapat dilihat oleh penggubal undang-undang agar ianya diperhalusi sebaik-baiknya dengan anggapan "they know what they doing". Jangan sampai yang memulakan provokasi terlepas dan yang menyampaikan kritikan bernas dan berisi dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali. Sesuatu yang dilihat sebagai tidak adil kerana atas kesalahan orang lain, orang lain yang kena hukumannya.
Sedikit sedutan daripada amanz.my mengenai isu ini
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Ketika artikel ini ditulis, amanz,my telah pun mengemaskini artikelnya dan mengatakan bahawa media internet masih tidak termaktub di dalam akta tersebut. Beberapa isu perlu diperhalusi jika hendak memasukkan media internet ke dalam akta tersebut. Jangan sampai yang memulakan provokasi terlepas dan yang menyampaikan kritikan bernas dan berisi dipenjarakan atau didenda atau kedua-duanya sekali. Sesuatu yang dilihat sebagai tidak adil kerana atas kesalahan orang lain, orang lain yang kena hukumannya.
Saya masih tidak membacanya lagi butiran-butiran berkaitan akta tersebut. Hanya beberapa andaian yang kebanyakan telah diutarakan oleh blogger dan juga pengarang akhbar. Sedikit carian di enjin carian Google masih tidak dapat melihat butirannya. Mungkin selepas ini akan ada butiran akta tersebut dan boleh dibaca oleh rakyat dan seterusnya dinilai oleh rakyat.
Andaian selepas akta ini berkuatkuasa dengan memasukkan media internet
Andaian tindakan oleh blogger selepas akta ini dikuatkuasakan:
- Jika sebelum ini setiap blog akan ada satu pop-up yang agak "annoying" yang mana memaksa pengunjung secara tidak sedar untuk "like my page on facebook", akan ada satu lagi pop-up iaitu satu pop-up penafian yang mana memerlukan pengunjung blog tersebut bersetuju dengan segala syarat yang mana akan melepaskan penulis blog tersebut daripada dakwaan dan juga implikasi terhadap penguatkuasaan akta tersebut. Antara kandungannya adalah penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang ditulis oleh pengunjung.
- Selepas ini, setiap blog hanya membenarkan ahli yang telah didaftarkan untuk komen sahaja dan terma "anonymous" tidak lagi digunakan.
- Mungkin juga blogger akan lebih bertanggungjawab akan setiap apa yang ditulisnya terutama isu sensitif yang berbau perkauman dan juga unsur fitnah yang dilihat semakin menjadi-jadi terutamanya ketika pilihanraya semakin dekat.
Andaian lain berkaitan isu ini:
- Adakah hanya warganegara Malaysia sahaja yang akan dikenakan tindakan sedangkan yang memulakan provokasi adalah warganegara lain dan bukan dari Malaysia?
- Adakah dengan pelaksanaan akta ini mampu mengekang segala macam bahasa kesat oleh "keyboard warrior" di media internet ini? (selalu dilihat dalam mana-mana blog politik).
- Mampukah pelaksanaan secara berkesan selepas akta ini dilaksanakan.
maksudnya, segala apa yang bertentangan dgn undang2 yang dipos, TM akan kena dakwa dulu~ sebabnya, pos guna line Streamyx@Unifi~~ wkwkwk
BalasPadam