Isnin, 26 Disember 2011

Curi Wifi?

Suatu ketika, seorang rakan saya menulis status dalam fb yang berbunyi lebih kurang begini.

Jika kita mencuri sesuatu barangan, kita akan dihukum potong tangan, jika curi "line" (maksudnya wifi), nak potong apa? potong line ke...

Saya tersenyum sendiri. Soalan yang agak menarik untuk dijawab. Saya menjawab "Jika curi line, hukumnya potong tangan". Kemudian dia membalas; "Kenapa pula nak potong tangan sedangkan yang dicuri adalah sesuatu yang tidak nampak (intangible)?".

Saya jawab "Back to the basic, kita mencuri sesuatu barang dengan menggunakan tangan. Kita curi line dengan menggunakan peralatan dan juga perisian dan menggunakan papan kekunci sebagai medium utama dan yang menjalankan kerja-kerja tersebut adalah tangan. Oleh yang demikian tanganlah yang akan dipotong. Bukannya line kerana line yang dicuri adalah line internet yang memang bukan hak kita.  Jika line internet itu hak kita, kita yang bayar tiap-tiap bulan, tiada masalah nak potong line tu. Adakah wajar menyalahkan line itu sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah diri sendiri?"

Mungkin rakan saya agak keliru pada mulanya tapi mudah-mudahan dia akan faham apa yang saya maksudkan dan tidak menyalahgunakan teknologi yang ada untuk kemudahan bersama.


p/s: bukan semudah itu hendak memotong tangan orang.


Ahad, 11 Disember 2011

Logik vs Imaginasi


Adakah anda memahami persamaan di bawah...
 2+2=ikan
 3+3=lapan
 7+7=segitiga
 ......................
 Sila 'COMMENT' jika anda FAHAM dengan persamaan di atas.
 Sila 'LIKE' jika anda langsung TAK FAHAM dengan persamaan di atas.

 Berdasarkan soalan yang telah diberikan oleh seorang guru dilaman sosial Facebook. Soalan yang agak menarik. Menarik kerana di sini kita boleh lihat sejauh mana kecenderungan otak kita. Adakah anda seorang yang berorientasikan logik atau seorang yang penuh dengan imaginasi.

Mereka yang berorientasikan logik sudah semestinya akan mempersoalkan kenapa 2 + 2 = ikan dan bukannya 4. Apetah lagi 7+7 = segitiga dan bukannya 14. Ini tidak logik!. Dalam pemikiran mereka, nombor adalah nombor dan boleh dikira.

Mereka yang berorientasikan imaginasi pula melihat ianya sesuatu yang berbeza. Apabila pembalikan pada setiap nombor pertama (kaedah cermin) digunakan dan dicampurkan (digabungkan) dengan nombor kedua. Didapati jawapannya adalah sama.

contoh jawapan:

(3 | Ɛ ) + 3 = 8

Begitu juga untuk 2 soalan yang lain. Dengan menggunakan konsep yang sama, anda akan mendapat jawapannya.

Adakah anda seorang yang berorientasikan logik atau imaginasi?

PENAFIAN: Soalan di atas adalah sekadar suka-suka sahaja.


Sabtu, 26 November 2011

Salam 1 Muharram 1433H




Selamat tahun baru 1433H kepada semua penganut yang beragama Islam tak kira di mana anda berada. Semoga tahun baru memberi makna yang mendalam dalam melihat dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Selain itu, bersyukur kerana masih lagi diberikan nikmat hidup agar kita dapat memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara terang-terangan mahupun secara sembunyi sebelum malaikat izrail datang mencabut nyawa kita. Ketika itu menyesal tidak berguna lagi. Hanya 3 amalan sahaja tidak akan putus iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan orang lain dan juga sedeqah jariah.

Tahun baru ini bakal memberi sinar baru kepada mereka yang akan melansungkan perkahwinan, semoga kekal hingga akhir hayat. Teringat kata - kata azimat dari jiran sebelah rumah. "Jika hendak panjang jodoh, tangani setiap konflik secepat yang mungkin walaupun sekecil mana pun konflik itu kerana yang kecil itulah kelak akan menjadi barah dalam ikatan perkahwinan yang mana berakhir dengan penceraian".

Tidak dilupakan kepada bakal ibubapa yang akan menimang anak. Semoga dengan kehadiran cahaya mata mampu mengeratkan lagi hubungan sebagai suami isteri disamping sebagai penyeri dalam rumah tangga. Didiklah anak anda sebaik-baiknya agar menjadi insan yang berguna kelak.

p/s: masih memikirkan azam yang realistik untuk dicapai.


Ahad, 20 November 2011

Shoutmix v3



Tiada yang menarik untuk dikongsi kerana kesibukan menyelesaikan tugas sebagai pekerja dan komitmen sebagai pelajar.

Sempat mengemaskini kotak sembang (chatbox) dari shoutmix v1 kepada shoutmix v3 yang memberi kemudahan dalam mengurus kotak sembang, perlindungan spam dan pelbagai kemudahan yang lain yang diberikan oleh pihak pembangun perisian ini.

rujukan:
http://www.shoutmix.com/v3/


Ahad, 6 November 2011

Mencari titik kesatuan yang samar


Perpecahan umat Islam di negara ini semakin ketara yang mana sentimen politik yang melampau menjadikan jurang antara mereka semakin jauh. Keadaan ini sangat-sangat membimbangkan kerana perpecahan ini akan menyebabkan umat Islam semakin lemah dan mampu diperkotak-katikkan di negara sendiri.Tidak termasuk isu keruntuhan moral, hedonisme, individualistik dan lain-lain isu yang menghimpit mereka.

Antara isu lain adalah isu hukuman hudud dan qisas yang dibangkitkan semula setelah tenggelam seberapa lama. Pelbagai pendapat diutarakan sama ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang.Tidak kurang juga ada yang menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan isu tersebut dan menjadikan rakyat Malaysia semakin keliru.

Ancaman syiah juga dilihat sebagai satu ancaman di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab Shafie. Tidak termasuk ancaman ajaran sesat yang masih wujud di Malaysia dan dilakukan secara sembunyi dan tidak kurang juga dilakukan secara terang-terangan di alam maya.


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku


Sejauh mana kita memahami isi Al-Quran dan mengikuti sunnah Rasullulah P.B.U.H. Sejauh mana kita membina kesatuan dalam keluarga kita, ipar duai, besan dan juga komuniti kita? Jika kesatuan di dalam keluarga sangat rapuh, adakah ianya akan menjamin satu kesatuan yang besar jika kesatuan yang kecil tidak dibuat.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Bersatulah, kerana mereka yang bersatu adalah mereka yang kuat dan mampu menghadapi apa sahaja cabaran yang mereka tempuh. Mereka yang bersatu sahaja yang mampu melakukan segala-galanya.


p/s: melihat apa yang akan terjadi selepas ini...

Sabtu, 5 November 2011

Salam 'Eid Al-Adha 2011/1432H



Salam Eid Al-Adha 2011/1432H bagi mereka yang beragama Islam sama ada yang berada di Malaysia mahupun yang berada diseluruh dunia. Kepada mereka yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Mudah-mudahan.

Ahad, 30 Oktober 2011

Susah lelapkan mata?

Pada suatu malam yang hening, si A (bukan nama sebenar) agak sukar untuk melelapkan mata untuk tidur. Pelbagai cara telah dilakukan untuk melelapkan mata akan tetapi agak sukar juga untuk tidur. Jam menunjukkan jam 3 pagi dan akhirnya A terlelap dan jam 5.30 pagi dia terbangun kerana jam loceng telah berbunyi untuk bangun dan bersiap untuk solat subuh dan ke tempat kerja. Produktiviti mulai menurun pada hari tersebut kerana tidak mendapat rehat yang cukup dan mungkin juga lewat ke tempat kerja.

Satu situasi yang akan dan mungkin pernah terjadi pada setiap manusia. Sukar untuk melelapkan mata pada waktu-waktu tertentu. Tidak terlepas pada diri penulis.

Ketika keadaan itu berlaku, penulis mendapati otak terlalu memikirkan sesuatu (kerungsingan atau kerisauan) sehingga sukar untuk tidur. (contohnya: ada temuduga, peperiksaan akhir, mesyuarat penting dan lain-lain).

Pada ketika ini anda memerlukan sehelai pen dan kertas serta cahaya lampu tidur dan sila tulis apa yang ada dalam fikiran anda. Teknologi telefon pintar seperti Android, Iphone dan Blackberry amat memudahkan. Tidak lagi memerlukan pen dan kertas dan hanya memerlukan 1 aplikasi notepad dan anda taip apa yang anda risaukan dan runsingkan serta yang membelenggui fikiran anda. Setelah selesai, simpan segala apa yang anda taip / tulis dan cuba untuk tidur. (Jangan lupa adab tidur.. :)) Keesokan harinya jika berkesempatan anda bolehlah baca balik apa yang anda taip pada malam tersebut.


p/s: Ubat mengantuk adalah tidur.

kredits: toonpool.com

Ahad, 9 Oktober 2011

Tunjukkan Prestasi atau Ditamatkan Perkhidmatan

Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yg berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.....
Salah satu daripada intipati Bajet 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat yang lalu.

Mesej jelas yang disampaikan beliau adalah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah akan lebih mudah untuk dibuang kerja (bahasa lembutnya adalah ditamatkan perkhidmatan).

Persepsi negatif rakyat mengenai penjawat awam masih ketara walaupun pelbagai usaha penambahbaikan telah dilakukan.oleh kerajaan dalam membaiki kelemahan yang wujud.

Dengan kewujudan polisi ini, menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang sedang berkhidmat menjadi lebih mudah akan tetapi gunakanlah dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjadi satu kerugian yang besar kepada kerajaan jika mereka yang benar-benar berpotensi ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab yang tidak rasional dan remeh temeh (tak sebulu dengan bos dan lain-lain).

p/s: when professional ethic aren't in the list..

Isnin, 26 September 2011

Kerana RM1..

Situasi : A (bukan nama sebenar) terjumpa RM1 ditempat simpanan beg di sebuah perpustakaan kolejnya. Tidak diketahui siapa empunya duit tersebut. Dia terus berjumpa staf yang bertugas di perpustakaan tersebut.

A: Encik, saya terjumpa duit orang.
Staf: Duit? Besar ke nilainya?
A: Nie bang duitnya.. (sambil menunjukkan RM1 kepada staf tersebut)
Staf: Kalau RM1, tak payah nak bagitau, letak aje balik duit tu. Tak pun kau ambil aje duit tue.
A: (sentap sekejap melihat respon staf tersebut lalu keluar dari perpustakaan tersebut)

Disebabkan A tidak tahu duit itu kepunyaan siapa, dia meletakkan semula duit tersebut di tempat dia terjumpa duit tersebut sambil berkata dalam hatinya "Semoga tuan empunya duit itu datang ambil balik duit itu".

------------------------------------------

Mungkin ada yang memandang sepi nilai RM1 tetapi nilai RM1 adalah nilai yang paling banyak dalam kotak derma masjid berbanding nilai yang lain. (kira oklah tu, ada juga yang nak derma dari tak menderma langsung) dan tanpa RM1, tidak akan cukup RM1000. 
Perbezaan nilai RM1 juga dikira dipasaraya terutamanya apabila memilih barang, walaupun nilainya murah RM1, ianya tetap dikira. (sangat berkira orang nie sampai beza RM1 pun dikira, belum lagi beza Rm0.01 sen)

moral dari kisah di atas: 
Jujur pada diri anda dan hargailah mereka yang bersikap jujur kerana jujur adalah salah satu sifat Rasulullah S.A.W. dan sesungguhnya mereka yang berbohong adalah sifat mazmumah.

p/s: orang yang suka memandang rendah keupayaan orang lain adalah orang yang rugi


Sabtu, 10 September 2011

JODOH : A True Story of Truely MFEO (Meant For Each Other) - 1


Sahabat aku bernama Yan, seorang jejaka yang amat setia dan menghargai rakan-rakannya. Penyayang dan pelindung keluarganya. Pendidik dan Guru anak - anak muridnya. Aku dah kenal dia lama, kami juga seperti dicipta utk saling bantu dan menyokong satu sama lain. Kebetulan yang amat mendalam bagi kami adalah, aku dan dia dilahirkan pada hari yang sama iaitu 27/12/1984, cuma dia keluar awal and aku lewat skit (aku lupa aturan, agak2nya lar)

Okay, cerita ini bukan pasal aku dan dia. Cerita ini adalah berkenaan dengan dia dan jodoh yang ditetapkan oleh-Nya kepada sahabatku ini. Yan adalah seorang yang percaya pada keupayaan diri dia. Yes, dia ada ramai kawan, Lelaki dan Perempuan, tapi aku mengenali sahabatku ini sebagai Pecinta Wanita yang sejati, banyak juga ilmu dituntut, banyak juga kisah dan pengalaman dikongsi.

Pernah satu ketika, kami duduk menghisap rokok bersama-sama di porch rumah dia, dia berkata

"Wan, sorang-sorang kawan kita dah berumah tangga, Pty dengan Fathin, Apit dengan Najwa, bebudak pompuan kelas kita, Mira, Zura, Marina semua dah kawen kan? what is going on with us?"

aku membalas " well, aku mmg ada banyak mender tak setel lagi, nak mengaji lagi, nak cari kerja tetap, rupa pun takda, tak mcm ko, so aku layankan aja nasib, ada rezeki, ada lah, tapi target aku umur 30 tahun, itu maksimum lar"

"okay gak, 30 tahun, kita anak Disember, so masih muda remaja, aku pun tatau nak pilih mcmana, susahlah" Yan berkata pada aku

"Piii rah, hang punya ayat mmg best, punya ramai awek, lain lar aku". aku membalas, sambil niat nak cepuk2 jer kepala dia nie

"Iya wan...tapi takper lar...so far, kita dua, umur 30 tahun, rilek, enjoy the world, let time decide"
.................

SELANG BEBERAPA MINGGU

Blackberry ku berbunyi.....aku bergegas mencari  disebalik timbunan kertas-kertas journal yang aku donlod dari Emerald.

"Wan, datang umah jap...ada something nak cerita". Yan berkata kepada ku.

"Ko nak apa?, aku nak siapkan paper nie, kang tak sempat nak submit sebelum ke Krabi nie, ko jangan lupa, ko yang beria ajk aku, nie hotel and passport dan siap nie"  aku membalas dengan nada geram.

"Ko datang jer lar, ko jangan riso lar, aku tau ko dah nak siap, mai arr dtg sat, aku buat teh, kita lepak, hisap rokok kat porch depan umah" Yan terus menggesa aku.

"10 minit". itu sahaja balasan aku.

Kemudian, aku segera mengemaskan meja, memakai seluar pendek and t-shirt yang lusuh, wallet dan kunci kereta. "Okay, lets gone"...aku berkata sendirian.
......

 "Hoiiiii Lahanat, Asalamulalaikum, keluar ko wahai cilaka" aku menjerit kuat dengan nada gurauan marah.

"Haaa...Mok (gelaran aku jika dengan dia), Mok jap-jap...masuk jer...pintu tak kunci" Yan menjerit dari dalam.

Aku masuk ke dalam rumah. Aku melihat dia sedang duduk depan laptop, muka pening menyiapkan jadual darjah sekolah dia. Biasalah...Yan adalah Guru Sains sekolah rendah, merangkap Guru mcm Onizuka sekolah tue, bajet otai,wakakakaka

"Mok, jap, bagi siapkan skit jer lagi...." ujar Yan

Aku sekadar senyum dan lepak kat sofa rumah Yan, ternampak juga aku sistem yang digunakan, mcm kompleks, lebih kompleks dari HRMIS aku, Tiba-tiba aku ternampak ada susuk tubuh wanita yang aku kurang kenal, sebab rumah yan dan mcm rumah kedua aku sejak kami sekolah menengah tingkatan 1, sejak Arwah bapa Yan masih hidup lagi. Aku nampak dia sebang menyiapkan teh panas.

Kemudian, Cikgu Noraini  (Mak Yan) keluar dari bilik dan menegur aku

"Wan, ko dah abih belajar ker?" Cikgu bertanya. "

"Belum Cikgu, masih ada 3 Sem lagi". balas aku. dan Cikgu terus ke depan TV bersama-sama anak2 beliau(adik2 yan yang lain)

Yan memandang aku...."Mok jom kuar, isap rokok, aku dah siap" Yan mengajak aku.

"El, Oiii....kami kat luar, jangan lupa antar Teh tue, takkan kami nak telan angin jer". ujar yan dengan kuat dengan nada bergurau.

Aku pelik dan bertanya, sapa yang diajukan pernyataan itu, dan apa maksud dia.

"Okay Wan, aku nak bgtau ko, aku akan bertunang dalam beberapa bulan lagi dan gadis tue, bakal tunang aku" dengan selamba Yan bgtau aku.

Aku lagi pelik. "Buang tebiat ker mamat nie, tetiba ckp pasal tunang2 nie, siap dan ada calon" tanya aku dalam diri.

"Okay...yang mana tue? Yang lama ker?" tanya aku

"Tak, mcmnie ceritanya....." Yan mula berceritera

Yan menerangkan yang pada satu hari, dia membelek-belek FB dan dia terjumpa senarai rakan-rakan lama di MRSM, dan dia ternampak satu nama. Dia terus menelefon dan mengajak "rakan"nya keluar, maklumlah orang single, so Yan practically ada kebebasan itu.

Dan mereka berjumpa dan menghabiskan masa bersama, berbual dan bercerita kisah lama. Yan bercerita yang pertemuan itu membuahkan pertemuan kali ke-2 dan ke-3. Kemudian, Yan semamcm mengisahkan yang seperti dia telah berjumpa dengan jodohnya. Aku mendengar dengan kusyuk.

"Wan, Siyesly, aku tatau perasaan aku, ianya semacam seruan, datang menghentam hati dan pemikiran aku, aku terkedu, dan aku segera buat keputusan yang "Dia" adalah orangnya" Yan bersungguh menceritakan kepada aku

"So, semlm aku tanya mama and nenek, Ely boleh datang umah tak?, Nenek dan Mama ckp okay, lagipun dah lewat, Ely pulak yang memandu, takkan nak dia antar aku kat Rawang and dia balik PJ" Yan meneruskan kisah.

Yan kemudian menceritakan satu perkara pelik yang tak pernah dia lalui, termasuklah ahli keluarganya. Sesudah solat subuh, dia kembali tidur, memandangkan hari itu adalah hari minggu. Tak lama selepas dia melelapkan mata, dia dikejutkan seseorang...

"Yan, Cu, bangun oiii," nenek Yan mengejutkan dia

"Cu, ko tengok, budak tue, nenek terkejut dengar mcm ada bunyi kat dapor, Kak Mas (Pembantu Rumah merangkap "kakak" Yan) ko tak pernah siap awal nie. Nenek nampak dia ngah siapkan teh utk sarapan. Nenek nampak mcm dia goreng cekodok. Pelik nenek, mcm senang dia cari barang and bahan nak buat, mcm ini mmg rumah dia"

Yan terkejut macam tak percaya dan terus bergegas mengintai dapur. Semua telah siap disediakan, cawan dan piring serta Cekodok yang semcm cukup untuk menampung keluarga besar Yan. Semcm dia tahu segalanya.

"Yan, Nenek suka dia, apa lagi yang ko nak" ujar nenek kepada Yan.
..........

"Wan...itu pengalaman aku, dan aku bersyukur pada Allah, sememangnya Dia amat Berkuasa ke atas hamba-hamba-Nya" ujar Yan kepada aku

"Alhamdulillah dude, chit, tinggal aku sorang melangut lar nie, demm" ujar aku kegeraman disamping gembira sahabatku juga gembira.

Dah lama aku tak melihat kegembiraan sebigni ditonjolkan oleh sahabatku ini. Memang ini adalah keputusan yang amat menggembirakan dia.

"Kami dan gi kubur arwah Abah aku, dan aku dah tetapkan Wan, kami akan bertunang dalam sebulan dua nie, dan InsyaAllah kawen tahun 2012, kalo tiada aral melintang" terang Yan kepada ku

"Wan...apa lagi yang aku hendak dalam hidup aku? Alhamdulillah, kerjaya ku terjamin, adik-adik aku dah semakin besar dan boleh berdikari dan Ely berjaya mencuri hati dan blend dalam family aku" tegas Yan

"WAN, APA LAGI YANG AKU HENDAK dan ELY SEMEMANGNYA TERBAIK UNTUKKU, TERCIPTA UNTUKKU"

ayat itu sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala aku, sehingga hari ini....

p/s: Who knows where love might be emerged

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu petang yang dingin (penghawa dingin suhu pusat data, mana tak sejuk yang amat!) , Wan a.k.a Roy (kawan saya) bersungguh-sungguh menyuruh saya membaca kisah benar mengenai rakannya yang telah pun bertemu jodoh. (Mr Roy, anda bila lagi?) Pada asalnya saya memang hendak baca pada malamnya tetapi terlupa selama beberapa hari dan pada dinihari 10/9/11 (1:42am) baru teringat akan pesanan tersebut. (sorry bro, gua memang terlupa sangat..) Teringat sebab ada beberapa isu berbangkit mengenai isu jodoh ini.

Wan a.k.a Roy berkata akan ada beberapa siri cerpen (mungkin akan ada siri 2 dan 3) mengenai rakan baiknya. Setakat ini baru satu yang telah diterbitkan melalui facebook beliau.

Tertanya-tanya pada dia kenapa tidak buat satu blog untuk menyampaikan apa yang tersirat dihati beliau. Dengan selambanya dia berkata "buat blog kena wat marketing, tapi kat fb aku ada 600 kawan yang sedia untuk membaca apa yang aku tulis, so tak ada keperluan untuk buat blog". Sebagai seorang pelajar pascasiswazah dalam MBA, dia lebih arif mengenai perkara ini.

Setelah memohon untuk salin dan tampal kisah kawan beliau, saya menampalkan kisah tersebut dalam blog ini untuk tatapan semua dan di indeks dalam carian Google agar seluruh dunia boleh membaca kisah ini. (Terharu pula membaca kisahnya.. )

p/s: Jodoh kita ada di sekeliling kita, cuma kita tidak sedar pun ianya berada dekat dengan kita.

Selasa, 16 Ogos 2011

Malware Android menyamar sebagai aplikasi Google+


Pembangun antivirus Trendmicro mengesan kewujudan "malware" pada peranti android OS v2.2 (Froyo) dan ke bawah yang mana kemampuannya dalam mencuri data dan merekod perbualan telefon secara jauh (remote). Kod nama "malware" tersebut dikenali sebagai ANDROIDOS_NICKISPY.C dan menggunakan servis berikut:
  • MainService
  • AlarmService
  • SocketService
  • GpsService
  • CallRecordService
  • CallLogService
  • UploadService
  • SmsService
  • ContactService
  • SmsControllerService
  • CommandExecutorService
  • RegisterService
  • CallsListenerService
  • KeyguardLockService
  • ScreenService
  • ManualLocalService
  • SyncContactService
  • LocationService
  • EnvRecordService


Menggunakan ikon Google+ sebagai penyamaran dan juga nama Google++ menjadikan para pengguna tidak sedar "malware" tersebut telah dipasang senyap pada peranti tersebut.

Adalah dicadangkan pengguna Android OS mengikut cadangan e-buku  “5 Simple Steps to Secure Your Android-Based Smartphones.

rujukan:
http://blog.trendmicro.com/android-malware-eavesdrops-on-users-uses-google-as-disguise/

p/s: pertama kali buat review mengenai isu keselamatan OS


Selasa, 9 Ogos 2011

Kempen Anti Kutu Sampah.



Seminggu berulang - alik dari pejabat ke Petaling Jaya atas urusan kerja - kerja teknikal yang mana memerlukan saya sentiasa berada di sana. Terpampang beberapa iklan dan juga di atas jalan yang tertera "Anda berada di Zon Bersih". Satu usaha yang bagus daripada MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata.

Antara tujuan program diadakan adalah:

PROGRAM INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK DAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PARA PENIAGA BAHAWA PERBUATAN MEMBUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT (TEMPAT
AWAM) ADALAH MERUPAKAN SATU KESALAHAN DAN PADA MASA YANG SAMA MENJADIKAN BANDARAYA PETALING JAYA “BEBAS SAMPAH”.

Semoga kempen ini tidaklah sekadar "hangat-hangat tahi ayam" yang akhirnya tidak memberikan keuntungan kepada pihak pbt mahupun mampu mendidik orang ramai untuk mengubah mentalitinya.

Sumber

Selasa, 2 Ogos 2011

Harga Barangan Turun?

 Jika dilihat di pasaraya besar di Malaysia, hampir semua mulakan kempen turunkan harga barangan dengan permulaan 1000 barangan keperluan. Adakah harga makanan yang telah siap dimasak telah turun harga? Saya tidak merasakan ianya turun. Sama ada harga kekal ataupun akan ada kenaikan sedikit. Paling tinggi pun RM1 bagi setiap makanan yang telah siap dihidang.

Golongan peniaga antara yang tertekan selain daripada golongan pembeli yang sedia tertekan dengan harga barangan yang makin naik. Seorang rakan saya memberitahu yang berniaga pada ketika ini agak sukar kerana kadar keuntungan yang tidak seberapa berbanding 5 tahun yang lalu.

Kadar inflasi yang meningkat sehingga 3.5% agak membebankan sehingga Bank Negara menaikkan kadar faedahnya yang mana beban tersebut akhirnya kepada mereka yang membuat pinjaman kewangan (betul ke ni.. kalau salah tolong betulkan.. )

Akhirnya yang kaya akan semakin kaya. Mereka yang miskin akan fakir dan mereka yang ditengah-tengah berusaha sedaya upaya untuk tidak miskin dan kaya? Jauh sekali kerana majoriti rakyat Malaysia berada dalam golongan pertengahan. Semakin ramai yang mula membuat 2 pekerjaan semata-mata untuk menambah mata pencarian untuk menampung anak-anak yang kecil. Sedangkan yang bujang terasa, inikan pula mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak.

Semoga pemimpin negara mampu melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan semula. Rakyat mula resah dan gelisah apabila berhadapan isu ekonomi. Lupakan sementara isu remeh temeh dan utamakan keresahan rakyat. Lihat sendiri dan rasa sendiri apa yang rakyat rasa.

p/s: Adakah kita mempunyai kewangan yang cukup untuk alam akhirat?

Rabu, 27 Julai 2011

Kempen Memandu Adalah Zon Tanpa Telefon Bimbit


Apabila melalui Jalan Loke Yew ke Pusat Bandar, terlihat 1 banting (banner) yang dipasang pada tiang lampu pada kedua-dua hala jalan tersebut yang menyebut "Kempen Driving Is a No Phone Zone" yang dianjurkan oleh HELP University College dengan kerjasama JKJR dan Kementerian Pengangkutan.

Pendekatan kempen yang ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam kerana kebanyakan kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas akan membelek-belek telefon bimbit mereka seketika. Belum lagi dikira penunggan motorsikal yang akan menyelit telefon bimbitnya pada topi keledar. Sambil bercakap memperlahankan motorsikal dan sudah tentu menyusahkan orang lain. Tidak termasuk sms lagi. Setakat ini saya tidak pernah melihat penunggang motorsikal mengeluarkan i-phone untuk menjawab atau membalas sms. Cuma telefon bimbit murah sahaja dikeluarkan. (tahu pulak sayang kat telefon mahal, nyawa lagi mahallah.. 1 aje takde ganti).

Semoga kempen ini berjaya mendidik pengguna jalan raya akan bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu / menunggang kenderaan.

p/s: Melanggar undang-undang adalah satu kebanggaan, bukan rasa bersalah.

Sabtu, 23 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru


Apabila hati telah terpaut
Dihantar wakil untuk menyampaikan hasrat hati
Jika dipendam, kelak merana diri
Sungguh indah budaya Melayu
Berteraskan agama bersendikan budaya
Itulah ia risik- merisik


Setelah dipersetujui
Ikatan pertunangan dilangsungkan
Tidak mewah tapi sederhana
Sebagai petanda si dara telah disunting

Telah tiba masanya
Seperti yang dijanjikan
Majlis akad nikah berlangsung
Kedua mempelai diraikan
Dalam satu majlis perkahwinan
Harapan mereka
Ibubapa dan rakan taulan
Semoga abadi selamanya sehingga ke syurga

Khamis, 21 Julai 2011

Selamat Datang ke dunia Blog


Hari ini saya tergerak hati untuk membuat carian berkaitan dengan nama blog SK ini (sejak trafik jatuh nie saja gatal tangan untuk wat carian kat google ini) dan saya agak terkejut kerana dalam diam-diam adik saya juga mula melangkah ke dalam dunia blog. Akhirnya kantoi gak dengan abangnya.. eheheh...


Cuma saya tidak sangka dia menggunakan domain yang sama seperti blog saya cuma terdapat sedikit pertambahan pada belakangnya iaitu nama pena beliau. Itu sahaja bezanya dan banner pun menggunakan nama Suatu Kenangan juga. Perbezaan ketara pada tagline yang beliau gunakan. Semoga berjaya dalam dunia blogging ini. Ini adalah link blog beliau iaitu:

http://suatukenangan-axiq.blogspot.com

Memang sah serupa. Nampaknya kena fikirkan idea untuk mengubah domain lagi nie ataupun mencipta satu empayar SK. Sekadar merintis sebarang kemungkinan di dalam dunia maya ini.

 Seorang rakan saya bertanyakan kepada saya tips & trick mengenai blogspot ini dan saya menolong beliau dengan penuh kesabaran kerana dia masih lagi baru dalam dunia blog ini. (Orang minta tolong, tolong dengan ikhlas, mana yang kita tahu kita tolong, mana yang tak tahu jawab tak tahu dan jangan jadi bodoh sombong pula). Akhirnya setelah berhempas pulas tidak tidur lena selama 2 malam berturut-turut akhirnya beliau berjaya menyiapkan blognya hasil usahanya sendiri dan sedikit bantuan daripada saya dan semakin aktif dalam membuat entri-entri terkini.




p/s: masih memikirkan tentang domain dan adik aku ni xde idea lain dah kot...

Jumaat, 15 Julai 2011

Penggunaan domain lama...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Untuk sementara waktu. blog SK akan menggunakan domain lama dan percuma iaitu suatu-kenangan.blogspot.com sebagai domain sementara sebelum memikirkan langkah seterusnya sama ada kekal menggunakan domain percuma ini (sah-sah kena blok kat pejabat yang ada web filter) ataupun membeli satu domain.

Permohonan maaf kerana lewat mengambil tindakan kerana agak kecewa akan tindakan Google dan juga para spammer yang menyalahgunakan kemudahan percuma ini dan yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

p/s: Masih berfikir....

Ahad, 10 Julai 2011

Tukar domain?


Rakan blogger memberitahu saya yang domain co.cc telah dibuang dari indeks google. Saya sedang memikirkan sama ada menggunakan domain lama iaitu suatu-kenangan.blogspot.com ataupun kemungkinan menggunakan khidmat domain berbayar. Mungkin juga menggunakan hosting sendiri sebagai satu pilihan.

p/s: macam-macam hal berlaku...

Sabtu, 2 Julai 2011

Tidakkah kamu mahu berfikir? (3)

 Pernahkah kita terfikir proses pembelajaran adalah sepanjang hayat sama ada secara formal mahupun melalui pengalaman. Setiap hari pasti akan ada perkara baru yang akan kita pelajari sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak . Majoriti mengetahui antara amalan yang tidak akan putus selepas kita mati adalah ilmu yang bermanfaat.


Metafora mengenai ilmu sering digambarkan seluas lautan yang luas dan ilmu yang kita dapat hanyalah beberapa titisan air daripada jari telunjuk yang di masukkan ke dalam air laut tersebut. Seluas - luasnya lautan itu adalah ilmu Allah dan kita hanyanya mendapat sedikit dan tidak pun sampai seliter.

Sejauh mana ilmu yang telah kita perolehi digunakan dan diajar sebaik-baiknya? Adakah dengan memberikan ilmu tersebut secara percuma ataupun dengan mengenakan sedikit bayaran sebagai cagaran untuk memberikan ilmu tersebut kepada mereka yang jahil? Terpulang kepada individu tersebut. Jika mendapatkan ilmu tersebut dengan membayarnya, saya tidak rasa ianya satu kesalahan jika caj tertentu diambil sebagai upah mengajar dan mereka lebih suka jika diberikan secara percuma dan yang paling penting adalah keikhlasan dalam mengajar.


p/s: Adakalanya kedekut ilmu merugikan diri sendiri agama bangsa dan negara.

Sabtu, 25 Jun 2011

Tahniah Pasukan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia

Kredit untuk www.kelantanfc.com


Tahniah Pasukan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia kerana berjaya melangkah ke pusingan ke-3 dan juga diantara 12 pasukan Asia terbaik serta sebagai satu-satunya pasukan Asia Tenggara yang layak ke pusingan ke-3. Kedua-dua gol yang dijaringkan sangat cantik. Cuma apabila separuh masa kedua setelah seorang pemain Malaysia dilayangkan kad merah kerana telah menerima 2 kad kuning. Keadaan permainan berubah sekelip mata dengan permainan lebih banyak bertahan dan agak kucar kacir. Setelah gol daripada pasukan Lubnan barulah pemain-pemain mula fokus.

Kredit kepada pasukan Lubnan kerana mempunyai teknik yang bagus dan juga serangan on target yang sangat baik cuma kelemahan pasukan Lubnan adalah gerakan mereka mudah dibaca oleh pasukan Malaysia. Terima kasih juga kerana memberi peluang pasukan Malaysia bernafas seketika ketika mensia-siakan satu sepakan sudut kerana seorang lagi pemain Malaysia diberikan rawatan.

Mungkin selepas ini pasukan kebangsaan perlu berlatih dalam situasi berikut: -
  • Apabila hanya 10 orang pemain dipadang.
  • Apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai teknik yang sangat bagus.
  • Apabila menghadapi keadaan tertekan / permainan psikologi bermula.
Rakyat Malaysia kini telah melihat prestasi anda semakin meningkat, sedikit sebanyak tekanan itu wujud. Semoga pasukan Malaysia berjaya mengawal tekanan yang dihadapi ini demi martabat, maruah Malaysia.

 p/s: Cabaran sebenar baru sahaja bermula.

Isnin, 20 Jun 2011

Terima Kasih! - v2


Terima kasih kepada para pengunjung Suatu Kenangan kerana pada hari ini 20 Jun 2011 jam 18:00 Suatu Kenangan telah mencapai 10000 hit. (Masih jauh lagi hendak dicapai berbanding blog-blog lain)

Terima kasih kepada pengkritik yang sering singgah pada blog ini, AOK, Chii, Ain, Zulkarnain, Nunu dan lain - lain pengkritik. Terima kasih saya ucapkan. Tak dilupakan kepada mereka yang mengkritik secara terus kepada saya. (Nak kena sebut juga ke... ehehe...) Kritikan anda amat saya hargai.

Terima kasih juga kepada blog askhrie, ain (dasat adik ni.. sampai 2 kali dihargai)dan kak yatie (kak.. watie ke yatie.. konpius den.. huhu) ar-rifke kerana antara penyumbang trafik kepada blog saya. Jasamu akan ku kenang Boboi Boy.. (Erk.. Ada kaitan ker...)

p/s: masih bertatih...

Ahad, 19 Jun 2011

Gagal Memohon Latihan Industri?


Jika entri Latihan Industri - Persepsi Pelajar dan Hakikatnya bercerita mengenai apa yang berlaku ketika menjalani latihan industri, kali ini saya bercerita mengenai mereka yang mencari penempatan untuk menjalankan latihan industri.  Seorang bos daripada sebuah syarikat menunjukkan saya 1 emel yang mana seorang pelajar dari jurusan multimedia memohon untuk membuat latihan industri disyarikatnya. Dengan serta merta beliau menolak permohonan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

  • Alamat emel yang tidak sesuai (kata-kata kesat seperti f*ck, s*ck dan lain-lain )
  • Tidak disertakan resume dan lain-lain surat sokongan untuk dipertimbangkan.
  • Penggunaan ayat pada emel tersebut tidak melambangkan yang pelajar tersebut berminat untuk menjalani latihan industri tersebut. (hantar emel sekadar nak tak nak sahaja)

Pandangan pertama (First Impression) sangat penting ketika memohon kerana latihan industri adalah salah satu latihan persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Itupun jika hendak makan gaji. Lainlah jika hendak bekerja sendiri. (takkan nak jumpa bakal klien nak selekeh juga kot) ataupun anda tidak mahu ke alam pekerjaan.

Saya tidak pasti jika perkara ini diambil berat oleh institut pengajian tinggi terutama pada subjek "soft skill". Jika perkara ini wujud dalam subjek tersebut, ini menunjukkan sikap pelajar yang suka mengambil mudah akan perkara-perkara sedemikian. Semoga para pelajar yang mencari tempat untuk membuat latihan industri tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik institusi tempat anda menimba ilmu.

p/s: Kerana seekor semut, segelas sirap dibuang ke dalam sinki..

Sabtu, 18 Jun 2011

Kaktus, manusia, ilmu dan.


Kaktus - Sejenis tumbuhan yang habitatnya berada di gurun, kini mudah didapati di pasaraya dengan harga semurah RM3 sehingga RM12. Mempunyai duri yang sangat tajam dan cantik bunganya apabila tiba musimnya. Mampu mencari air dan bertahan pada cuaca yang sangat kering. Batangnya yang lembut dan menyimpan air menarik perhatian haiwan dan serangga untuk mendapatkan air yang ada pada pohon kaktus tersebut. Mekanisme duri yang terdapat pada pohon kaktus itu sebagai salah satu cara mempertahankan diri yang sangat efektif agar pohon itu hidup dalam jangka masa yang lama dan tidak musnah akibat kerakusan haiwan dalam mencari air yang wujud disebalik batang pohon tersebut.



Manusia - Dikurniakan akal dan fikiran. Mencari ilmu pengetahuan dari kecil sehingga liang lahad. Bermula daripada fardhu ain sebagai asas rohani dan fardhu kifayah sebagai asas untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Daripada asas kedua-duanya, pelbagai cabang disiplin ilmu diterokai dan dipelajari. Bukan mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut, jika silap dalam menuntut kesan akan terkena pada diri sendiri dan jika tidak kena dengan caranya, tidak akan dapat menguasai ilmu tersebut. Orang yang berilmu dan mengajar ilmu tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat Sentiasa menjadi pakar rujuk jika ada permasalahan yang berlaku. Mereka yang mengajar ilmu mereka ibarat membuat satu pelaburan jangka panjang sehingga ke akhirat kerana salah satu amalan yang tidak akan putus pahalanya adalah ilmu yang dimanfaatkan. Ilmu juga benteng terbaik dalam menghadapi situasi yang mana apabila kejahilan berleluasa, ilmu yang menjadi penyelamat diri kita dan juga akan jadi penyebab untuk masuk ke neraka kerana tidak pernah cuba untuk memberi peringatan kepada mereka yang jahil ini.

p/s: Apa kaitan rutin kehidupan kaktus dengan manusia yang mencari ilmu dan menyampaikannya?

Khamis, 16 Jun 2011

Andai Patah Hati...


"As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down... probably will. You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time. You'll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken. You'll fight with your best friend. You'll blame a new love for things an old one did. You'll cry because time is passing too fast and you'll eventually lose someone you love. So take too many pictures, laugh too much, and love like you have never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back."

Author: Unknown

Semakin kita dewasa, kita mempelajari sesuatu yang mana tidak sepatutnya seseorang itu membiarkan anda dalam keadaan sedih... Mungkin akan. Awak akan patah hati mungkin lebih daripada sekali dan ianya sangat menyakitkan. Awak akan patah hati juga, oleh itu beringatlah bagaimana perasaan itu berlaku. Awak akan bergaduh dengan kawan baik awak. Awak akan menyalahkan cinta baru semata-mata perkara yang telah berlalu. Awak akan menangis kerana masa berlalu begitu pantas dan awak akan kehilangan orang yang awak sayang. Terlalu banyak mengambil gambar, kerap ketawa dan mengharapkan awak tidak pernah terluka kerana setiap enam puluh saat anda menghabiskan masa dengan kekecewaan adalah seminit kegembiraan yang awak tidak akan dapat kembali untuk selama-lamanya.

Penulis: Tidak Diketahui

Satu quote dari nunu (mungkin tak sama tapi pengakhirannya serupa.. kohkohkoh.. thanks adik) yang amat bermakna bagi mereka yang mengalami situasi kemurungan. Mungkin juga mereka yang mengalami kesedihan. Mungkin juga dan mungkin... (berapa banyak mungkin da... )

Manusia ada ketikanya berada dipuncak tertinggi, ketika itu semua manusia tertumpu padanya dan ada masanya jatuh terduduk dan pada masa itu semua manusia akan mula meninggalkannya ibarat habis madu sepah dibuang. Agar sukar melestarikannya dan jika berjaya, kejayaan lain akan menyusul pula. Ketika kejayaan hendak tiba, akan wujud pelbagai cabaran dan rintangan, ketika itu iman akan diuji sejauh mana kekuatan iman kita dalam menghadapi cabaran tersebut.




p/s: apa kaitan quote ngan cerita di bawah?

Ahad, 12 Jun 2011

Tradisi vs Pembaharuan

 Suatu ketika dahulu ketika Tanah Melayu dibawah naungan Inggeris, (negeri yang dijajah secara langsung adalah Negeri - Negeri Selat) berlaku pertembungan Kaum Tua (KT) dan Kaum Muda (KM) yang mana KT diketuai oleh Tok Kenali dan KM diketuai oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Mungkin ramai yang telah tahu mengenai isu tersebut yang mana lebih berkisar kepada pembaharuan vs tradisi yang berlaku ketika itu.

Tradisi dan pembaharuan adalah satu perkara yang agak bertentangan antara satu sama lain. Tidak semestinya ianya berlaku seperti pertembungan KT dan KM. Ianya mungkin berlaku dalam mana-mana organisasi mahupun masyarakat tidak mengira waktu dan tempat. Apabila sesuatu perkara menjadi satu tradisi atau budaya, ianya agak sukar untuk diubah apetah lagi apabila satu pembaharuan diketengahkan. secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Apabila berlaku elemen kejutan, secara automatik akan berlaku penentangan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Keadaan ini boleh menjadikan sesuatu organisasi dan masyarakat pincang seketika kerana tradisi sebelum ini tidak lagi diperlukan dan mereka mencuba untuk mengadaptasikan pembaharuan tersebut. Mungkin juga sesetengah pembaharuan dipanggil revolusi atau reformasi.

Kenapa ianya menjadi sebegitu? Mungkin tidak releven dengan aliran zaman? Mungkin tiadanya sesuatu yang baharu di dalam sesuatu organisasi dan masyarakat ataupun adakah wujudnya tekanan daripada pihak tertentu yang memaksa sesuatu organisasi dan masyarakat itu bertindak dengan mengutarakan beberapa pembaharuan.

Akan tetapi apabila sesuatu perubahan boleh diterima dengan baik, tidak mustahil ianya akan jadi satu tradisi sehingga satu pembaharuan baru diutarakan dan pembaharuan tersebut akan dinilai oleh mereka yang terlibat (mereka yang berkuasa dalam sesuatu masyarakat atau organisasi - dengan kata lain para pemimpin) sama ada boleh diterima ataupun memerlukan penambahbaikan supaya pembaharuan tersebut menjadi satu perkara yang terbaik sama ada untuk sesebuah organisasi mahupun masyarakat. Mungkin juga pembaharuan itu difikirkan balik agar disesuaikan dengan tradisi masyarakat dan organisasi tersebut supaya tidak berlakunya penentangan secara mengejut.

p/s: bukan mudah untuk menerima satu-satu pembaharuan .

Rabu, 8 Jun 2011

Berkhidmat Untuk Negara - Pecahan 1

Semua orang ingin berkhidmat untuk negara - Adakah dengan menyertai pasukan beruniform atau menjadi penjawat awam dikira berkhidmat untuk negara? Tidak semestinya kerana semua pekerjaan yang wujud di Malaysia dikira sebagai berkhidmat untuk negara walaupun anda bekerja dalam sektor swasta. Tidak percaya ke? Kebanyakan cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada pihak swasta sangat membantu kerajaan dalam membangunkan negara ini. Oleh yang demikian anda juga berkhidmat untuk negara secara tidak langsung dan anda juga membangunkan Malaysia yang tercinta ini. Tidak termasuk lain-lain cukai seperti cukai pendapatan, cukai jalan dan lain - lain cukai.

p/s: sangat sibuk dengan pelbagai acara di pejabat...

Sabtu, 4 Jun 2011

Minggu yang panas...


Minggu yang panas di Kuala Lumpur dengan kadar hujan tidak sekerap bulan sebelum ini dan hanya angin mampu mengurangkan kadar kepanasan di Kuala Lumpur ini. (Musim bermain layang-layang kembali... ehehe) Menunjukkan musim monsun akan beralih ke timur pula. Minggu yang panas juga apabila membuat "blogwalking" pada beberapa blog. Beberapa isu panas diutarakan antaranya isu videoklip oleh gambit saifullah dan isu adinda evans.

Kepada Gambit Saifullah - saya tidak tengok videoklip itu lagi dan saya tak nak komen kot sebab saya bukan dalam "line" seni. Kurang paham akan metafora yang cuba disampaikan.

Kepada Adinda Evans - Awak masih mentah untuk mengenali akan ketidakadilan dan kekejaman dunia diluar sana. Semoga menjadi ikhtibar kepada adik dan jagalah diri adik sebaiknya. Apabila adik sudah nampak, menyesal tak sudah nanti.

p/s: minum air biasa banyak-banyak

Khamis, 2 Jun 2011

Siaran Percuma - Kualiti?


Kehadiran TV Al-Hijrah menjadikan Malaysia mempunyai 7 saluran tv percuma selepas TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Apa yang menjadi isunya adalah kualiti siaran yang masih samar -samar dan tidak jelas dan menyebabkan ada beberapa pengguna melanggan ASTRO. Jika dikawasan luar bandar mungkin boleh diterima tetapi dikawasan bandar juga pun sama. (Saya tinggal di Cheras, hanya saluran 8TV seperti saluran ASTRO, saluran lain agak samar-samar).

Mungkin banyak faktor yang menjadikan siaran agak samar seperti halangan bangunan yang agak tinggi dan mungkin stesen pemancar yang agak jauh tetapi itu bukanlah satu alasan rasanya. Hanya tinggal 9 tahun lagi Malaysia hendak mencapai negara maju. Semoga kualiti siaran menjadi satu keutamaan dan bukannya sekadar ada sahaja.

p/s: masih tidak mendapat siaran TV Al- Hijrah...

Sabtu, 28 Mei 2011

Tanpa Tajuk


Dalam minggu ini saya kehilangan mood untuk menulis. Saya tidak tahu mengapa dan mengapa ianya berlaku. Mungkin kecelaruan minda agaknya sehingga tiada mood untuk menulis. Tipulah jika tiada buah fikiran untuk menulis. Memang ada buah fikiran untuk ditaip tetapi ketiadaan mood ini telah membunuh semuanya.

p/s: Tarikh semakin hampir tetapi tiada persediaan lagi. dem.. =.=

Ahad, 22 Mei 2011

Bahasa Inggeris - Satu dilema..


Seorang rakan saya menyatakan hasratnya untuk mempelajari Bahasa Inggeris (BI) kerana dia telah pun sedar akan permasalahan yang dihadapinya terutama jika hendak bertukar kerja. Syabas saya ucapkan kepada dia. Di kota metropolitan ini penggunaan BI sangat - sangat penting terutamanya di sektor swasta kerana BI digunakan dalam menghubungi klien dan juga penulisan surat (disebabkan itu aktivis Bahasa Melayu (BM) sangat "bising" akan isu ini kerana peminggiran BM secara menyeluruh oleh sesetengah syarikat sektor swasta).

Bertanyakan kepada saya bagaimana hendak belajar BI. Saya tersenyum sendiri. Dia bukan tidak tahu BI tetapi dia mempunyai masalah dari segi perbualan dan mungkin penulisan BI. Di Malaysia BI telah diajar sejak dari bangku sekolah (mungkin dari pra-sekolah lagi dan bergantung kepada tadika juga) sehingga ke menara gading. Di mana silapnya jika ada yang masih tidak mampu menguasai BI? Adakah institusi patut dipersalahkan ataupun diri sendiri?

Faktor persekitaran sangat-sangat mempengaruhi di mana jika rakan-rakan disekeliling anda menggunakan BI, anda juga terpaksa menggunakan juga BI. Keyakinan diri juga adalah pemangkin dalam memulakan sesuatu perbualan dalam BI. Sesuatu yang agak pelik bagi orang Melayu khususnya kerana MALU tidak bertempat. Malu amat dituntut dalam Islam tetapi malu tidak bertempat mungkin memberi impak yang negatif pada diri sendiri dan kaum itu sendiri yang mana penguasaan BI agak lemah disamping BM yang agak sederhana (pendapat mengatakan orang melayu sangat bagus dalam BM boleh disangkal kerana ada sesetengah rakan saya masih gagal terutamanya dalam penulisan dan juga penambahan huruf pada ayat - ayat tertentu menjadikannya agak pelik dilihat).

Pembacaan sangat - sangat membantu di dalam penggunaan BI dan juga BM kerana dari pembacaan, secara automatik kita mempelajari tatabahasa (grammar). Kata - kata Tun Dr Mahathir ketika ditanya mengenai penguasaan BI dan BM yang baik ketika berucap adalah "I do not know about grammar. I know that my grammar is correct when the sentence sounds right to my ears. When it does not sounds good, it means the sentence are not gramatically correct." (rujukan dari web ini) Bagaimana perkara tersebut akan berlaku jika tidak melalui pembacaan?

Rakan - rakan saya juga telah memberi beberapa cadangan bagaimana untuk menguasai BI seperti selalu mendengar lagu BI, melihat filem BI yang mana sarikata dalam BI ataupun tidak melihat sarikata dalam BM dan mencuba untuk memahami apa yang pelakon itu cuba perkatakan. Selain itu juga saya dan beberapa rakan yang lain cuba bercakap dengan dia menggunakan BI supaya dia tidak kekok dalam menggunakan BI. (Seperti era.fm yang mempunyai program "Can I help You" yang mana melihat bagaimana penguasaan BI oleh rakyat Malaysia secara umum sahaja)

Kebanyakan tips di atas banyak diutarakan oleh rakan-rakan mahupun para guru dan juga di internet tetapi adakah kita cuba melaksanakannya untuk memajukan diri? Belum tentu lagi kerana apabila kita sudah merasa selesa dalam satu persekitaran. Kita tidak mahu untuk maju ke hadapan yang mana di hadapan tersebut banyak peluang baru yang terbuka luas walaupun mempunyai risikonya tersendiri.

p/s: Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risikonya...

Sabtu, 21 Mei 2011

Tiada disiplin punya orang!

KPI teruk! tiada disiplin dalam menulis entri. Jika sebelum ini telah berjanji untuk mengemaskini entri paling lewat 3 hari tidak kira waktu bekerja atau waktu cuti kini ianya telah pun menjadi 4 hari. Aiseh telah terlewat sehari. Mungkin juga beberapa peristiwa yang berlaku pada minggu ini menyebabkan ketiadaan mood untuk menaip. Jika ada pun terpaksa disimpan dalam draf kerana kekurangan maklumat yang teramat sangat dan memerlukan sedikit kajian lagi mengenai perkara tersebut.

Permohonan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Selasa, 17 Mei 2011

Kata-Kata Menghiris Kalbu


Jika anda sedang bercinta apetah lagi baru berumahtangga, sudah pasti beberapa soalan-soalan ini akan kedengaran samada dari pihak lelaki dan selalunya dari pihak perempuan. Antaranya ialah:-

Apa yang awak suka tentang saya?
Apa yang awak benci pada saya?
Kenapa awak suka pada saya?
kenapa, bagaimana, apakah, siapakah dan lain-lain soalan


Pelbagai jawapan akan kedengaran dari mulut lelaki mengenai soalan-soalan tersebut dan pada hakikatnya jawapan yang lelaki ucapkan sekadar penyedap hati wanita yang disayanginya. Kesemua kata-kata tersebut banyak diterjemahkan dalam perbuatan lelaki tersebut.Hanya sedikit kata-kata akan diucapkan pada diri lelaki tersebut. (Jika lelaki tersebut sangat sayang pada wanita itu). Lupakah wanita yang lelaki dijadikan dengan kata-kata manis yang pada akhirnya mungkin menghiris kalbu wanita itu sendiri?

Pandangan wanita pula, apa yang diluahkan adalah ikhlas dari hatinya yang sangat sayang pada pasangannya. Sangat-sangat berbeza dengan lelaki yang mana jarang-jarang bercerita mengenai cinta tetapi lebih menunjukkan sesuatu perkara dengan perbuatan. Sebab itu adakalanya wanita agak frust apabila pasangan lebih bersikap tidak romantik dalam sesuatu perhubungan. (Bukan tak romantik, rasa tercalar keegoan jika bersikap romantik nie.. )

p/s: Adakalanya cinta itu tidak memerlukan sebab musabab yang jelas dan mula terfikir apa kaitan tajuk dengan isi entri kali ini. =.=

Isnin, 16 Mei 2011

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.

p/s: masih dalam mood memasuki mana-mana pertandingan secara atas talian..

Ahad, 15 Mei 2011

Zon Merokok?

Hujung minggu yang agak sibuk menjadikan saya agak kurang berminat untuk menulis. Ketika di LCCT KLIA, menghantar seorang rakan saya yang hendak pulang ke Sabah saya agak terpegun melihat satu papan tanda ini. Pada bulan April tidak pula wujud papan tanda ini. (Ketika itu saya diarahkan untuk bertugas di Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja-kerja teknikal). Gambar dibawah inilah adalah papan tanda tersebut.


Mana - mana lapangan terbang pun ada juga zon merokok. Di KLIA pun ada zon merokok tetapi lebih ekslusif iaitu di dalam bilik merokok. (Terus terang saya katakan yang merokok dalam bilik merokok sangat-sangat menyeksakan dan sangat kotor. Memang benar orang yang anti merokok mengatakan yang perokok nie pengotor jika habuk rokok dan puntung rokok tidak diselenggara dengan baik). Akan tetapi Zon Merokok di kawasan luar seperti ini dilihat di LCCT (kes nak jimat kos ke?) yang mengingatkan saya kepada rakan sepejabat saya yang bercerita mengenai Singapura yang mana terdapat zon-zon tertentu untuk merokok dan tidak dibenarkan untuk merokok dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak denda akan dikenakan. (Sebab itu Singapura bersih sebab penguatkuasaan undang-undang yang amat ketat. Ada kaitan dengan mentaliti atau disebabkan patuh pada undang-undang?).

Saya tidak pasti jika ada kawasan-kawasan lain di ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai zon merokok seperti begini tetapi apa yang pasti jika ada tong sampah seperti dalam gambar tersebut bermakna tempat tersebut adalah kawasan untuk merokok. Jika zon merokok dilaksanakan di Kuala Lumpur, Sudah pasti para perokok amat mudah dikenali kerana mereka akan ada di zon tersebut untuk merokok dan mereka yang tidak merokok sudah pasti menjauhi tempat tersebut.

Khamis, 12 Mei 2011

Wawasan 2020 - Adakah kita bersedia?


Hanya tinggal 9 tahun lagi untuk mencapai status Malaysia sebagai sebuah negara maju. Pelbagai buah fikiran dan dasar kerajaan sedang dilaksanakan seperti GTP (Government Transformation Plan), ETP (Economic Transformation Plan), NKRA,NKEA dan sebagainya. Satu dasar yang mana tujuan hanya satu iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi mengikut acuan tersendiri dan tidak bergantung kepada mekanisme negara maju.

Adakah rakyat Malaysia khususnya mampu menerima perubahan yang agak drastik dan jika dilihat pada situasi sekarang, ramai yang akan tertinggal. Mereka yang bernasib baik akan terus maju dan mereka yang tertinggal akan tercicir dan kadar jenayah akan semakin meningkat. Semua orang hendak kaya tapi berapa ramai yang mampu hidup mewah dengan cara yang betul dan halal? Semakin ramai rakyat Malaysia semakin tertekan dengan beberapa kenaikan barangan harian dan petrol. Tidak termasuk harga makanan siap dimasak. (Kat pasar malam rata-rata harga makanan yang da siap dimasak naik RM0.20.. =.=)

Bagaimana pula dengan keruntuhan moral dikalangan masyarakat yang beragama Islam, sikap tidak bertegur sapa dalam hidup berjiran dan sikap individualistik semakin menjadi-jadi sekarang? Belum lagi mereka yang mengalami penyakit tekanan mental (jiwa kacau) yang semakin ketara peningkatannya saban tahun.

Belum lagi dengan pemilikan harta yang rata-ratanya meningkat dengan mendadaknya seperti sektor hartanah yang mana mereka yang gajinya hanya RM1500 hanya mampu membeli sebuah rumah flat dan mungkin sukar mencari sebuah rumah teres (dan jika dapat diceruk mana entah) dikawasan bandar.

Sejauh mana kita bersedia menerima tekanan ini? Mungkin suatu hari nanti Kuala Lumpur akan diduduki oleh orang asing dan orang tempatan akan tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur (seperti yang berlaku di United Kingdom yang mana rakyat tempatan tinggal di luar kota utama) kerana ketidakmampuan rakyat tempatan (terutamanya bumiputra) untuk memiliki rumah dikawasan bandar dan senario ini nampaknya semakin ketara akhir-akhir ini.

p/s: sekadar sebuah kisah ceritera dan teka - teki apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Selasa, 10 Mei 2011

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Blogwalking di blog duniasaya2001 terbaca satu Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru. Agak menarik dan saya ingin mencuba nasib lagi.

1) Berapa lama dah blogging.
   Bermula pada tahun 2009 dan mula lebih serius pada penggal ketiga 2010. (Da lama gak aku blogging)


2) Kenapa suka blogging.
    Kerana ingin berkongsi pendapat mengenai sesuatu isu dan jika dibaca pada entri pertama sehingga kini, agak radikal juga perubahannya terutama dari segi penggunaan bahasa.


3) Blog kamu mengenai apa.
   Macam-macam ada.. dari isu semasa kepada isu karut dan sedikit tutorial mengenai perisian tertentu.


4) Harapan dalam dunia blogging
   Menjadi satu jurnal yang boleh dirujuk pelbagai manusia di alam maya ini. (ilmu dihujung jari.. ehehe..)

p/s: Sementara masih sempat, sila kemaskini blog anda secepat mungkin.

Isnin, 9 Mei 2011

Keperluan vs Kehendak


Sesuatu yang biasa didengar apabila memperkatakan mengenai keperluan dan kehendak dalam bidang pengurusan kewangan. Perkara ini sangat-sangat kritikal bukan sahaja kepada mereka yang telah berkahwin. termasuk juga mereka yang masih bujang dan yang akan berkahwin (belanja kahwin bukan murah sekarang… =.=)

Sejauh mana implimentasi budaya keperluan dan kehendak ini menjadi budaya dalam hidup kita seharian. Hanya diri kita sendiri yang lebih mengetahui kerana isu kewangan adalah sesuatu yang sensitif. (Cuba tanya kawan-kawan yang telah bekerja berapa gaji mereka sebulan, jarang-jarang mereka akan memberitahu nilai sebenar gaji mereka kecuali anda adalah rakan yang sangat-sangat dipercayai).

Beberapa pendapat telah diutarakan di Facebook saya dan juga pada Draf SK mengenai isu ini iaitu:

Chii berpendapat:
dahulukan yg penting dulu...baru disusuli dengan kehendak :D

Manakala Zam pula berpendapat melalui komen pada Draf SK:
cuba pecahkan gaji sebulan mengikut hari..
cth.. rm 1800..
pecahkan 30 hari..
Rm 90 sehari…
jadi tgk pada basik hari..maka tu pendapatan sbnar…tgk betapa nilai dlm sehari..

dan disambung pula dengan pendapat berikut:

gaji kasar pon boleh gaji bersih pon boleh..
tapi seelok yng kita terima dlm akaun bank lerr iaitu bersih2 sgt..elaun2 pon masuk jadikan ia pendaptan gak..
dgn cara nie..kita tau kita nie tak kaya lagi…
org fikir gaji 1800 lagi tinggi dari budak kerja ladang gaji hari…cubalah pecah..kaya tak kaya dari budak ladang tu..
nie pendapat aku ajer..nak lagi terer..chef li ade ajar….buat pecahan..

Kesemua pendapat tersebut boleh digunakan sebaik-baiknya. Pendapat zam sangat berguna kerana disitu kita boleh lihat berapa kita dibayar dalam sehari.  (sedar diri yang tidak kaya mana pun.. huhu)

Bagi mereka yang berkeluarga, isu keperluan vs kehendak sangat - sangat diutamakan terutama dari segi perbelanjaan isi rumah. Berbanding dengan mereka yang masih bujang, selagi ada duit selagi itu dibelanjakan dan akhirnya pada tengah bulan mee segera sekadar makanan pengalas perut sementara menunggu gaji keluar pada hujung bulan. Dengan kadar inflasi semakin meningkat dan kos sara hidup semakin meningkat, sudah pasti situasi ini akan sedikit sebanyak memberikan tekanan dalam menguruskan perbelanjaan. (sedangkan yang bujang terasa inikan pula yang telah berumahtangga)

 Kepada yang bujang pula keperluan vs kehendak akan dijadikan keutamaan jika adanya matlamat seperti mendirikan rumahtangga, kereta,  dan lain-lain keperluan yang mana kemampuan untuk membeli adalah sangat-sangat terbatas. Secara tidak langsung ianya merupakan satu latihan yang baik untuk digunakan pada masa hadapan dan jika telah digunakan pada masa bujang, tidak mustahil apabila berumahtangga kelak, kelemahan dalam pengurusan kewangan dapat diperbaiki.

p/s: masih bergelumang dengan pengurusan kewangan yang tak jadi-jadi.. ahahahha...

Khamis, 5 Mei 2011

Burger Stim!


Berdasarkan entri saya pada Draf SK, saya akan bercerita mengenai peniaga muda yang bersemangat tinggi ini. (Usahawan dan peniaga adalah perkara berbeza).

Pada asalnya mereka berniaga di Seremban dan kemudian beralih arah dan mula berniaga di Cheras dengan menggunakan lori pasar malam (saya tidak tahu nama sebenar lori tu tetapi yang selalu dikatakan adalah lori pasar malam dan kalo tak pun lori steambot - macam kat downtown Cheras tue). Inovasi yang agak berbeza dari gerai burger yang lain iaitu dengan menjual burger stim yang mana daging burger akan dikukus terlebih dahulu dan selepas dikukus akan dibakar pula. Kemudian dijadikan bentuk burger yang sempurna dan dinamakan Burger Stim. Satu inovasi yang menarik yang tiada lagi di mana-mana gerai burger di kawasan perumahan ini.

Mereka berkata yang mereka sedang "test market" di kawasan perumahan yang saya tinggal dan saingan utama mereka adalah McDonald yang terletak bertentangan dengan tempat mereka berniaga. Saya tidak faham "test market" yang mereka katakan kerana jika mereka hendak "test market" di sesuatu kawasan, mereka sepatutnya membuat perbandingan harga sebiji burger dikawasan perumahan yang saya tinggal ini. Dari semurah RM2.30 sehingga RM2.80 untuk gerai burger biasa.

Selain itu kaedah pemasaran agak lemah kerana tiada sebarang papan tanda atau banting (banner) diletakkan berhampiran lori mereka untuk menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut. Hanya sekadar senarai harga burger dari kertas A4 yang telah dikeraskan (laminate) tidak cukup untuk menarik perhatian pelanggan. Bagi mereka yang biasa membeli burger dengan harga RM2.30 dan RM2.40 sebiji, harga RM2.80 dikatakan agak mahal sedangkan benjo berharga RM1.60 (dikawasan saya) dijual pada harga RM2.20. (wow.. harga telur mahal kot).

Kenapa harga yang diletakkan begitu mahal? (mahal lagi McDkan) Kita tengok balik dari segi kos, mereka menggunakan lori yang menggunakan disel sebagai bahan bakar utama. Selain itu cara menghasilkan burger stim agak sukar dan melalui 2 proses memasak (sudah pasti penggunaan gas pun meningkat) menjadikan harganya agak sedikit mahal daripada biasa.

Apa yang saya lihat mereka masih lagi baru dalam bidang ini. Semangat mereka hendak menceburi dunia perniagaan amat saya puji dan semoga mereka tidak patah semangat dalam menghadapi liku-liku dunia perniagaan yang sangat mencabar ini.

Rabu, 4 Mei 2011

Draf SK?


Blogger sudah ada fungsi draf, perlu ke ada draf lagi? Sebenarnya Draf Suatu Kenangan (Draf SK) bertujuan untuk menyampaikan sinopsis cerita  yang akan saya tulis pada Blog SK dalam tempoh beberapa hari (selalunya dalam tempoh 3 hari, kalau terlebih tandanya saya masih kurang berdisiplin... mentaliti tiada kelas betul!). Menggunakan platform wordpress.com sebagai satu langkah agak biasa dilihat oleh para blogger yang mahu beralih arah kepada enjin wordpress dan menggunakan domain dan hosting sendiri. (Saya ada wawasan)

Seperti yang dijangka saya agak kekok dalam menggunakan fungsi-fungsi yang sedia ada pada dashboard wordpress yang agak berbeza dengan dashboard blogger.com.Masih lagi belajar dan akan terus belajar kerana selagi kita masih hidup, kita akan terus belajar. Saya telah pun meletakkan link Draf SK disebelah Galeri SK (mohon maaf kerana telah lama tidak dikemaskini kerana kamera da rosak.. sob..sob.. sob) atau pun boleh dicapai terus melalui url berikut:

http://draftsuatukenangan.wordpress.com/

Kepada pengguna wordpress, sebarang kritikan pedas lagi menyengat amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi blog draf SK tersebut. Ketika ini, saya masih menggunakan medium FB sebagai medium pemberitahuan sekiranya terdapat sebarang kemaskini pada blog tersebut.

p/s: masih bertatih dengan wordpress.

Isnin, 2 Mei 2011

Terima Kasih Bro Askrie!


Blog Suatu Kenangan telah terpilih sebagai salah satu  Top 10 Bloglist Pilihan Askrie Hishamuddin! dengan menduduki tangga ke - 8 daripada 10. Terima kasih di atas penghargaan tersebut daripada sebuah blog yang masih mentah ini. Dengan kemenangan ini, kualiti penulisan akan saya pertingkatkan lagi agar ilmu yang ada dapat dikongsi bersama di dunia blog ini. (Mungkin akan ada satu standard kot supaya blog sentiasa dikemaskini dalam satu tempoh waktu yang konsisten.)

Terima kasih sekali lagi dari saya selaku pengendali dan penulis blog ini.

p/s: baru perasan lupa nak letak tajuk..=.=

Ahad, 1 Mei 2011

Telinga tersumbat!


Awal bulan lepas saya mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk yang mana rakan-rakan saya hampir-hampir menjerit kepada saya kerana saya tidak dengar apa yang mereka katakan. Kemudian saya terpaksa berjumpa doktor untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan saya ini.

Dari riak wajah doktor tersebut, saya tahu yang masalah saya ini bukan boleh dipandang enteng. Dia berkata "saya tidak nampak gegendang telinga awak setelah saya tengok dari teropong nie, saya rasa telinga awak tersumbat dengan wax (tahi telinga), tapi tidak apa, kita cuba dulu. Jika tidak berkesan awak kena pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut".(Berderau den, kes berat ni)  Dengan ubat titis dan beberapa ubat makan yang diberikan, saya mula menjalankan proses mengubat masalah saya.

Akhirnya disebabkan kurangnya kesabaran, saya mengambil keputusan ekstrem. Mengeluarkan sendiri wax tersebut dengan menggunakan pengorek telinga besi yang mana risiko mengalami kecederaan pada bahagian dalam telinga sangat besar. (Rujukan dari blog awek nie.. ehehe)

Setelah beberapa jam mengeluarkan wax tersebut, Alhamdulillah pendengaran saya telah kembali pulih dan lebih baik dari sebelum ini. Akhirnya saya sedar yang saya telah pun lama mengalami masalah tersebut dan sering mengabaikan masalah ini. Terima kasih tuhan, dengan izin-Mu, aku kembali pulih dari sakit ini. Cuba anda membayangkan anda memasang lagu dengan kuat dan tutup speaker dengan bantal, sudah pasti tahap pendengaran akan kurang jika dibandingkan dengan tidak ditutup dengan bantal. Akhirnya saya mendengar apa yang orang dengar seperti keluhan "tinggal kat tepi lebuhraya sangat bising".

Saya juga perasan yang kawan saya mendengar muzik dalam keadaan yang sangat kuat. Mungkin mengalami permasalahan seperti saya juga agaknya.

p/s: Saya memohon maaf jika sesetengah mengganggap entri kali ini agak kotor.

Selasa, 26 April 2011

Langgar Lari!


Apabila menunggang motosikal dalam keadaan jalan yang sesak terutamanya pada "Rush Hour" adalah sesangat menguji kesabaran. Belum lagi perasaan pemandu kereta dan lain-lain kenderaan.

Sangat-sangat menguji kesabaran apabila sesetengah pengguna jalan raya  ikut suka hati menukar laluan ikut suka hati (kes sayang lampu signal dari sayang kereta) dan ada sesetengah penunggang yang agak baran dengan selamba menendang cermin pandang sisi kereta tersebut sebagai tanda peringatan kepada pemandu kereta tersebut.

Mungkin penunggang motosikal tersebut sangat puas hati kerana telah merosakkan cermin sisi kereta berkenaan tetapi mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pemandu kereta tersebut. Dijadikan cerita pemandu tersebut dapat nombor plat motosikal tersebut dan terus membuat laporan polis dan menjadi satu kes langgar lari. Akibatnya penunggang motosikal tersebut tidak dapat memperbaharui cukai jalan kerana kes tersebut.

Apa yang terjadi kepada  penunggang motosikal tersebut? Saya tidak tahu kerana hal ini diceritakan dari mulut ke mulut. Ibarat radio buruk yang dibawa dari seorang individu kepada individu yang lain.

Kesimpulannya, berhati-hati penunggang motosikal, mungkin anda dikenakan tindakan yang serupa jika dengan sengaja mematahkan cermin sisi kereta orang dan kepada pemandu kereta, jangan ingat anda seorang sahaja yang membayar cukai jalan dan memandu dengan penuh sikap individualistik, hormati pemandu dan penunggang lain dan lampu isyarat yang ada pada kenderaan anda bukan untuk hiasan semata-mata.

Sabtu, 23 April 2011

KLIBF 2011 - BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 berlangsung bermula semalam (22hb April 20110 sehingga 1 Mei 2011 dan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dapatkan diskaun dalam pembelian buku-buku terpilih yang dijual secara terus daripada penerbit buku serta tandatangan daripada penulis novel yang anda minat. Maklumat lanjut boleh lawat laman sesawang berikut. Jangan lepaskan peluang anda.

p/s: masih sukar untuk mengubah peranan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan walaupun telah ada internet dan e-buku.

Selasa, 19 April 2011

Tidakkah kamu mahu berfikir? (2)


Sejauh mana amanah yang diberikan kepada kita telah ditunaikan dengan sebaiknya? Satu persoalan yang mungkin jika difikirkan semula betapa tidak amanahnya diri kita. Teringat akan kisah Umar Abdul Aziz yang memadamkan lilin (duit rakyat) dan menghidupkan lilin (duit sendiri) hanya kerana anaknya hendak bertanya mengenai sesuatu yang bersifat peribadi dan bukannya bersifat rasmi (urusan negara). Adakah anda berfikir?

Adakah sikap "tidak apa" yang sering menjadi satu budaya menjerumuskan kita ke arah pecah amanah walaupun hanya sekadar mencetak sekeping kertas yang sememangnya bukan hak kita? Mungkin orang lain tidak tahu akan tetapi tuhan yang tahu. Adakah anda berfikir?

Jika diceritakan mengenai amanah, dari diri sendiri, kepada tuhan, dan masyarakat.. Adakah kita bersikap jujur? Sukar dicari pada akhir zaman yang sangat mencabar dan penuh dengan fitmah. Sejauh mana kita menjadi manusia yang baik. Orang selalu kita "kita ni bukan maksum pasti akan wat salah". Memang benar kita bukan maksum dan manusia biasa tidak akan lari melakukan kesilapan. Adakah kita berusaha untuk berubah dari seorang yang tidak baik kepada yang lebih baik?

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam keadaan yang kerugian" Surah Al-Ashr 1 - 2. Tidak akan rugi seseorang itu jika melakukan kebaikan hatta sebesar zarah sekalipun tetap akan dihitung. Manusia sentiasa menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai dosa samada sedar ataupun tidak. Tidak akan rugi diri ini jika berusaha menjadi lebih baik.



p/s: masih berusaha menjadi baik walaupun merasakan ada yang lebih baik dari diri ini.

Ahad, 17 April 2011

Tips Berhenti Merokok.. Lagi?

Terlalu banyak tips untuk berhenti merokok berada di internet samada laman web berkaitan kesihatan mahupun laman web kementerian kesihatan sendiri. Mungkin berkesan kepada diri perokok yang hendak berhenti merokok ataupun tidak memberi kesan sedikit pun.Mungkin sedikit tips ini boleh membantu mereka yang hendak berhenti merokok secara perlahan-lahan tanpa memerlukan terapi nikotin. Jika anda menggunakan terapi nikotin untuk berhenti merokok. Syabas saya ucapkan dan teruskan usaha anda.

Disiplin!
Disiplin kunci utama untuk berhenti merokok, jika tidak ada disiplin, anda tidak akan ke mana-mana dan anda tidak akan dapat berhenti merokok sepenuhnya.

Sebab berhenti merokok?
Setiap apa yang berlaku selalunya akan ada sebab walaupun ada sesetengah perkara berada diluar logik akal. Pastikan jika anda ingin berhenti merokok anda mempunyai sebab yang kuat. Sebagai contoh seorang lelaki yang berkeluarga berhenti merokok kerana anak-anaknya dan isterinya. (cuba tengok iklan niquitin, diakhir iklan tersebut ditunjukkan sebab mengapa dia berhenti merokok)

Jangan merokok ketika..


Anda baru selesai makan
Nikmat terbaik ketika merokok adalah selesai makan. Bukan mudah hendak meninggalkan tabiat ini. Tetapi tidak salah untuk mencuba.

Anda hendak ke tandas
Nikmat ini pun terbaik juga. Macam-macam alasan ditampilkan seperti memudahkan ketika proses memerut (boleh ke macam tu?) dan juga katanya hendak menstabilkan "aroma semerbak" yang wujud ketika proses itu berlaku.(macam ini pun ada juga yer)

Sokongan dari orang tersayang
Bab ini agak kritikal, para isteri jangan pernah ada rasa jemu menasihati suami untuk berhenti merokok. Para suami janganlah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cubalah untuk berubah. Bukan untuk orang lain tetapi untuk kebaikan diri juga.

Tetapkan bilangan rokok yang hendak dihisap dalam sehari
Bab ini yang agak melecehkan sedikit sebab selama ini para perokok tidak pernah menetapkan berapa batang rokok dihisap dalam sehari tetapi berapa kotak rokok dihisap dalam seminggu! (Jauh bebenor target tu) Cuba tetapkan dalam sehari merokok hanya 5 batang atau 7 batang sehari. Jika telah sampai 7 batang sebelum waktu anda tidur dimalam hari. Sila jangan merokok. Esok baru merokok dalam kuantiti yang sama. DISIPLIN sangat penting untuk merealisasikan tips ini.

Kepada yang tidak merokok
Jika anda hendak merokok, cuba tips yang saya telah sampaikan bagaimana hendak menjadi seorang perokok yang kaya. Semoga bermanfaat. (Bukan untuk menggalakkan orang merokok tetapi menyimpan duit.. ehehe)

p/s: Bukan mudah nak buang tabiat nikotin ini.