Sabtu, 18 Jun 2011

Kaktus, manusia, ilmu dan.


Kaktus - Sejenis tumbuhan yang habitatnya berada di gurun, kini mudah didapati di pasaraya dengan harga semurah RM3 sehingga RM12. Mempunyai duri yang sangat tajam dan cantik bunganya apabila tiba musimnya. Mampu mencari air dan bertahan pada cuaca yang sangat kering. Batangnya yang lembut dan menyimpan air menarik perhatian haiwan dan serangga untuk mendapatkan air yang ada pada pohon kaktus tersebut. Mekanisme duri yang terdapat pada pohon kaktus itu sebagai salah satu cara mempertahankan diri yang sangat efektif agar pohon itu hidup dalam jangka masa yang lama dan tidak musnah akibat kerakusan haiwan dalam mencari air yang wujud disebalik batang pohon tersebut.



Manusia - Dikurniakan akal dan fikiran. Mencari ilmu pengetahuan dari kecil sehingga liang lahad. Bermula daripada fardhu ain sebagai asas rohani dan fardhu kifayah sebagai asas untuk berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Daripada asas kedua-duanya, pelbagai cabang disiplin ilmu diterokai dan dipelajari. Bukan mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut, jika silap dalam menuntut kesan akan terkena pada diri sendiri dan jika tidak kena dengan caranya, tidak akan dapat menguasai ilmu tersebut. Orang yang berilmu dan mengajar ilmu tersebut akan dipandang tinggi oleh masyarakat Sentiasa menjadi pakar rujuk jika ada permasalahan yang berlaku. Mereka yang mengajar ilmu mereka ibarat membuat satu pelaburan jangka panjang sehingga ke akhirat kerana salah satu amalan yang tidak akan putus pahalanya adalah ilmu yang dimanfaatkan. Ilmu juga benteng terbaik dalam menghadapi situasi yang mana apabila kejahilan berleluasa, ilmu yang menjadi penyelamat diri kita dan juga akan jadi penyebab untuk masuk ke neraka kerana tidak pernah cuba untuk memberi peringatan kepada mereka yang jahil ini.

p/s: Apa kaitan rutin kehidupan kaktus dengan manusia yang mencari ilmu dan menyampaikannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda