Khamis, 5 Mei 2011

Burger Stim!


Berdasarkan entri saya pada Draf SK, saya akan bercerita mengenai peniaga muda yang bersemangat tinggi ini. (Usahawan dan peniaga adalah perkara berbeza).

Pada asalnya mereka berniaga di Seremban dan kemudian beralih arah dan mula berniaga di Cheras dengan menggunakan lori pasar malam (saya tidak tahu nama sebenar lori tu tetapi yang selalu dikatakan adalah lori pasar malam dan kalo tak pun lori steambot - macam kat downtown Cheras tue). Inovasi yang agak berbeza dari gerai burger yang lain iaitu dengan menjual burger stim yang mana daging burger akan dikukus terlebih dahulu dan selepas dikukus akan dibakar pula. Kemudian dijadikan bentuk burger yang sempurna dan dinamakan Burger Stim. Satu inovasi yang menarik yang tiada lagi di mana-mana gerai burger di kawasan perumahan ini.

Mereka berkata yang mereka sedang "test market" di kawasan perumahan yang saya tinggal dan saingan utama mereka adalah McDonald yang terletak bertentangan dengan tempat mereka berniaga. Saya tidak faham "test market" yang mereka katakan kerana jika mereka hendak "test market" di sesuatu kawasan, mereka sepatutnya membuat perbandingan harga sebiji burger dikawasan perumahan yang saya tinggal ini. Dari semurah RM2.30 sehingga RM2.80 untuk gerai burger biasa.

Selain itu kaedah pemasaran agak lemah kerana tiada sebarang papan tanda atau banting (banner) diletakkan berhampiran lori mereka untuk menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut. Hanya sekadar senarai harga burger dari kertas A4 yang telah dikeraskan (laminate) tidak cukup untuk menarik perhatian pelanggan. Bagi mereka yang biasa membeli burger dengan harga RM2.30 dan RM2.40 sebiji, harga RM2.80 dikatakan agak mahal sedangkan benjo berharga RM1.60 (dikawasan saya) dijual pada harga RM2.20. (wow.. harga telur mahal kot).

Kenapa harga yang diletakkan begitu mahal? (mahal lagi McDkan) Kita tengok balik dari segi kos, mereka menggunakan lori yang menggunakan disel sebagai bahan bakar utama. Selain itu cara menghasilkan burger stim agak sukar dan melalui 2 proses memasak (sudah pasti penggunaan gas pun meningkat) menjadikan harganya agak sedikit mahal daripada biasa.

Apa yang saya lihat mereka masih lagi baru dalam bidang ini. Semangat mereka hendak menceburi dunia perniagaan amat saya puji dan semoga mereka tidak patah semangat dalam menghadapi liku-liku dunia perniagaan yang sangat mencabar ini.

2 ulasan:

  1. promosi kurang.. kalau promosi cun tu, msti gempak dh..

    BalasPadam
  2. AOK - yup.. correct.. kompem gempak kalo promosi bagus...

    BalasPadam

Kritikan anda