Isnin, 26 Disember 2011

Curi Wifi?

Suatu ketika, seorang rakan saya menulis status dalam fb yang berbunyi lebih kurang begini.

Jika kita mencuri sesuatu barangan, kita akan dihukum potong tangan, jika curi "line" (maksudnya wifi), nak potong apa? potong line ke...

Saya tersenyum sendiri. Soalan yang agak menarik untuk dijawab. Saya menjawab "Jika curi line, hukumnya potong tangan". Kemudian dia membalas; "Kenapa pula nak potong tangan sedangkan yang dicuri adalah sesuatu yang tidak nampak (intangible)?".

Saya jawab "Back to the basic, kita mencuri sesuatu barang dengan menggunakan tangan. Kita curi line dengan menggunakan peralatan dan juga perisian dan menggunakan papan kekunci sebagai medium utama dan yang menjalankan kerja-kerja tersebut adalah tangan. Oleh yang demikian tanganlah yang akan dipotong. Bukannya line kerana line yang dicuri adalah line internet yang memang bukan hak kita.  Jika line internet itu hak kita, kita yang bayar tiap-tiap bulan, tiada masalah nak potong line tu. Adakah wajar menyalahkan line itu sedangkan yang melakukan kesalahan itu adalah diri sendiri?"

Mungkin rakan saya agak keliru pada mulanya tapi mudah-mudahan dia akan faham apa yang saya maksudkan dan tidak menyalahgunakan teknologi yang ada untuk kemudahan bersama.


p/s: bukan semudah itu hendak memotong tangan orang.


8 ulasan:

  1. Tp brg ada fizikal... Line????? Kurang cerdik da rase skrg ni..

    BalasPadam
  2. @tanpa nama 1 Januari 2012 7:01 PTG

    barang mmg dizikal.. boleh dirasa. tapi gelombang tu camana pula nak kira.. :)

    BalasPadam
  3. Gelombg boleh rasa ker?

    BalasPadam
  4. Hummm... Ce trgkn sal gelombg ni....... Bkn gelombang ombak.....

    BalasPadam
  5. Plg mudah... Tok semua golongan

    BalasPadam
  6. isunya mudah aje..

    - curi line wifi..
    - logik x kalo mereka curi line wifi.. line internet yang dicuri tu kena potong dan bukan mereka yang mencuri dihukum?
    - adakah line wifi tu wajar dihukum atau orang yang mencuri itu dihukum?

    - itu aje isunya sebenarnya..

    BalasPadam

Kritikan anda