Isnin, 9 Mei 2011

Keperluan vs Kehendak


Sesuatu yang biasa didengar apabila memperkatakan mengenai keperluan dan kehendak dalam bidang pengurusan kewangan. Perkara ini sangat-sangat kritikal bukan sahaja kepada mereka yang telah berkahwin. termasuk juga mereka yang masih bujang dan yang akan berkahwin (belanja kahwin bukan murah sekarang… =.=)

Sejauh mana implimentasi budaya keperluan dan kehendak ini menjadi budaya dalam hidup kita seharian. Hanya diri kita sendiri yang lebih mengetahui kerana isu kewangan adalah sesuatu yang sensitif. (Cuba tanya kawan-kawan yang telah bekerja berapa gaji mereka sebulan, jarang-jarang mereka akan memberitahu nilai sebenar gaji mereka kecuali anda adalah rakan yang sangat-sangat dipercayai).

Beberapa pendapat telah diutarakan di Facebook saya dan juga pada Draf SK mengenai isu ini iaitu:

Chii berpendapat:
dahulukan yg penting dulu...baru disusuli dengan kehendak :D

Manakala Zam pula berpendapat melalui komen pada Draf SK:
cuba pecahkan gaji sebulan mengikut hari..
cth.. rm 1800..
pecahkan 30 hari..
Rm 90 sehari…
jadi tgk pada basik hari..maka tu pendapatan sbnar…tgk betapa nilai dlm sehari..

dan disambung pula dengan pendapat berikut:

gaji kasar pon boleh gaji bersih pon boleh..
tapi seelok yng kita terima dlm akaun bank lerr iaitu bersih2 sgt..elaun2 pon masuk jadikan ia pendaptan gak..
dgn cara nie..kita tau kita nie tak kaya lagi…
org fikir gaji 1800 lagi tinggi dari budak kerja ladang gaji hari…cubalah pecah..kaya tak kaya dari budak ladang tu..
nie pendapat aku ajer..nak lagi terer..chef li ade ajar….buat pecahan..

Kesemua pendapat tersebut boleh digunakan sebaik-baiknya. Pendapat zam sangat berguna kerana disitu kita boleh lihat berapa kita dibayar dalam sehari.  (sedar diri yang tidak kaya mana pun.. huhu)

Bagi mereka yang berkeluarga, isu keperluan vs kehendak sangat - sangat diutamakan terutama dari segi perbelanjaan isi rumah. Berbanding dengan mereka yang masih bujang, selagi ada duit selagi itu dibelanjakan dan akhirnya pada tengah bulan mee segera sekadar makanan pengalas perut sementara menunggu gaji keluar pada hujung bulan. Dengan kadar inflasi semakin meningkat dan kos sara hidup semakin meningkat, sudah pasti situasi ini akan sedikit sebanyak memberikan tekanan dalam menguruskan perbelanjaan. (sedangkan yang bujang terasa inikan pula yang telah berumahtangga)

 Kepada yang bujang pula keperluan vs kehendak akan dijadikan keutamaan jika adanya matlamat seperti mendirikan rumahtangga, kereta,  dan lain-lain keperluan yang mana kemampuan untuk membeli adalah sangat-sangat terbatas. Secara tidak langsung ianya merupakan satu latihan yang baik untuk digunakan pada masa hadapan dan jika telah digunakan pada masa bujang, tidak mustahil apabila berumahtangga kelak, kelemahan dalam pengurusan kewangan dapat diperbaiki.

p/s: masih bergelumang dengan pengurusan kewangan yang tak jadi-jadi.. ahahahha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda