Awal bulan lepas saya mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk yang mana rakan-rakan saya hampir-hampir menjerit kepada saya kerana saya tidak dengar apa yang mereka katakan. Kemudian saya terpaksa berjumpa doktor untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan saya ini.
Dari riak wajah doktor tersebut, saya tahu yang masalah saya ini bukan boleh dipandang enteng. Dia berkata "saya tidak nampak gegendang telinga awak setelah saya tengok dari teropong nie, saya rasa telinga awak tersumbat dengan wax (tahi telinga), tapi tidak apa, kita cuba dulu. Jika tidak berkesan awak kena pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut".(Berderau den, kes berat ni) Dengan ubat titis dan beberapa ubat makan yang diberikan, saya mula menjalankan proses mengubat masalah saya.
Akhirnya disebabkan kurangnya kesabaran, saya mengambil keputusan ekstrem. Mengeluarkan sendiri wax tersebut dengan menggunakan pengorek telinga besi yang mana risiko mengalami kecederaan pada bahagian dalam telinga sangat besar. (Rujukan dari blog awek nie.. ehehe)
Setelah beberapa jam mengeluarkan wax tersebut, Alhamdulillah pendengaran saya telah kembali pulih dan lebih baik dari sebelum ini. Akhirnya saya sedar yang saya telah pun lama mengalami masalah tersebut dan sering mengabaikan masalah ini. Terima kasih tuhan, dengan izin-Mu, aku kembali pulih dari sakit ini. Cuba anda membayangkan anda memasang lagu dengan kuat dan tutup speaker dengan bantal, sudah pasti tahap pendengaran akan kurang jika dibandingkan dengan tidak ditutup dengan bantal. Akhirnya saya mendengar apa yang orang dengar seperti keluhan "tinggal kat tepi lebuhraya sangat bising".
Saya juga perasan yang kawan saya mendengar muzik dalam keadaan yang sangat kuat. Mungkin mengalami permasalahan seperti saya juga agaknya.
p/s: Saya memohon maaf jika sesetengah mengganggap entri kali ini agak kotor.
nice post.
BalasPadamtelinga saya juga tersumbat. bisa gak y tanpa ke dokter? :)
@dayas||Brothers - bisa jumpa dokter untuk kepastian.. :) mungkin ubat dari dokter bisa membantu mengurangkan kesakitan itu.
BalasPadam