Khamis, 17 Disember 2009
0 Ulasan

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia (under 23)...

Khamis, Disember 17, 2009

Tahniah pasukan bola sepak bawah - 23 Malaysia  di atas kemenangan mereka mendapat pingat emas pada temasya Sukan Sea di Laos setelah penantian selama 20 tahun.. (kempunan lagi Vietnam setelah 4 kali gagal mendapatkan emas untuk bola sepak.. Jangan cakap besar lagi wahai jurulatih Vietnam).. Dendam terbalas setelah kalah kepada Vietnam 3 -1 pada peringkat kumpulan dan dikatakan agak "bias"..

Terima kasih kepada pasukan Vietnam kerana memberi kemenangan kepada Malaysia dengan menjaringkan satu-satunya gol pada minit-minit akhir perlawanan..

Separuh masa pertama perlawanan.. aksi agak hambar dimana hanya beberapa percubaan dilakukan.. Agak berbeza pada separuh masa kedua di mana Malaysia mula bangkit dan mula mengasak pihak lawan sehingga penjaga gol pun diasaknya.. huhuhu... (mmg balas dendam nie)..

Tahniah sekali lagi pada pasukan Harimau Muda.. Teruskan kecemerlangan anda disebalik hambarnya liga bola sepak kita.. Semoga menjadi satu cetusan kecemerlangan bola sepak kita...

p/s: Jangan selepas dapat habuan terus jatuh.. Itu bukanlah harapan rakyat Malaysia...

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top