Najib Declare Friday As Public Holiday
KUALA LUMPUR, Dec 29 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak declared Friday, Dec 31 as a public holiday to celebrate the success by the Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup, Wednesday night.
-- BERNAMA
p/s: Terima kasih YB Perdana Menteri...
Rabu, 29 Disember 2010
Tahniah pasukan Harimau Malaya - Piala AFF Suzuki 2010 milik kita!!
Tahniah pasukan Malaysia, menamatkan kemarau 14 tahun Piala AFF Suzuki 2010 dengan kemenangan agregat 4 -2 walaupun kalah di Stadium Gelora Bung Karno 2 - 1 ( Menang pun disebabkan jaringan gol sendiri).
Nampaknya pasukan kebangsaan Indonesia gigit jari lagi untuk kali ke 4 setelah tewas pula pada Pasukan Malaysia(Mungkin pasukan mereka memerlukan cara baru supaya tidak dinobatkan lagi naib juara). Pasukan yang dianggap kerdil oleh mereka dan sering direndah-rendahkan. Mungkin terlalu yakin sehingga memakan diri sendiri.
Kepada penyokong fanatik Indonesia, terimalah kenyataan pasukan anda telah kalah kepada pasukan kebangsaan kami dan kami terima hakikat yang pasukan kami telah kalah tipis.
Kredit kepada penjaga gol pasukan kebangsaan (Khairul Fahmi) dengan memberikan persembahan terbaik sepanjang perlawanan. (Ramai awek tangkap cintan dengan lu bro... )
Tidak dilupakan penyerang Shafiee Salii yang menjaringkan gol yang cantik untuk membuatkan pasukan Indonesia tersentak seketika.
Tidak dilupakan kepada semua pemain yang banyak bertungkus lumus dan bertahan disamping memberi tentangan berbisa kepada pasukan Indonesia.
Sedikit jaringan-jaringan yang dilakukan kedua-dua pasukan. (Kreditz to Cyclon Ehoza.com)
p/s: Agak-agak esok Malaysia cuti umum tak... huhuhu.. dan tahun yang agak panas bagi Malaysia dan Indonesia..
Sabtu, 25 Disember 2010
Jika hati adalah sekeping kertas..
Mungkin inilah bentuk hati apabila cuba menerima semula orang y pernah melukai hati ini.... Hanya gambar-gambar ini mampu merungkapkan kata-kata tersebut.
Khamis, 23 Disember 2010
Transformasi sikap
Terserempak dengan pengerusi jawatankuasa penduduk petang tadi.. Dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan.
Dari isu beberapa rumah kena rompak sampai kepada kehilangan basikal. Dia betul-betul geram dengan sikap pihak pengurusan yang lepas tangan dan bersifat kedekut. (kes tidak diberi peruntukan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan ataupun peruntukan untuk memasang gerigi besi pada setiap tangga atas alasan tidak munasabah!)
Mungkin apabila sudah ada yang mati baru hendak bertindak. Baru berfikir nak mengatasi masalah, katanya lagi. (apabila nyawa itu dianggap ada nilai)
Jika perkara tersebut telah pun berlaku dan baru tindakan hendak dibuat, diibarat nasi sudah menjadi bubur. Tidak ada gunanya lagi dan pada masa itulah pengerusi hanya mampu melihat dan membalas semula (kes nak balas dendam kot sebab tak terima pandangan dia y jauh melangkau 2 3 tahun) pada pihak pengurusan atas perkara yang terjadi dengan meletakkan semua kesalahan itu pada mereka.
Senario yang berlaku sekarang. Adakah wawasan 2020 akan tercapai yang mana Malaysia ku tercinta akan mencapai status negara maju? Sekali lagi mentaliti menjadi isunya, apabila sesuatu perkara berlaku, semua di tunjuk dan dipersalahkan dan baru hendak berfikir cara penyelesaiannya sedangkan cara-cara untuk mencegah itu telah pun diutarakan sebelum ini.
Semakin ke arah negara maju pada tahun 2020, semakin terkebelakang isu moral dan mentaliti. Adakah berfikiran setelah semua perkara berlaku adalah pemikiran dari mereka yang telah pun maju ke hadapan? Perlukah kuasa politik dalam semua aspek untuk menggerakkan pemikiran rakyat? Adakah perlu dibebankan para pemimpin dalam permasalahan ini yang mana pemimpin pun telah terbeban dengan pelbagai permasalahan? Adakah sikap sebegini perlu diterapkan pada diri sendiri dan anak-anak? Sampai bila-bila pun tidak akan maju. Transformasi sikap WAJIB dilakukan dengan tidak membelakangkan hukum agama.
Dari isu beberapa rumah kena rompak sampai kepada kehilangan basikal. Dia betul-betul geram dengan sikap pihak pengurusan yang lepas tangan dan bersifat kedekut. (kes tidak diberi peruntukan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan ataupun peruntukan untuk memasang gerigi besi pada setiap tangga atas alasan tidak munasabah!)
Mungkin apabila sudah ada yang mati baru hendak bertindak. Baru berfikir nak mengatasi masalah, katanya lagi. (apabila nyawa itu dianggap ada nilai)
Jika perkara tersebut telah pun berlaku dan baru tindakan hendak dibuat, diibarat nasi sudah menjadi bubur. Tidak ada gunanya lagi dan pada masa itulah pengerusi hanya mampu melihat dan membalas semula (kes nak balas dendam kot sebab tak terima pandangan dia y jauh melangkau 2 3 tahun) pada pihak pengurusan atas perkara yang terjadi dengan meletakkan semua kesalahan itu pada mereka.
Senario yang berlaku sekarang. Adakah wawasan 2020 akan tercapai yang mana Malaysia ku tercinta akan mencapai status negara maju? Sekali lagi mentaliti menjadi isunya, apabila sesuatu perkara berlaku, semua di tunjuk dan dipersalahkan dan baru hendak berfikir cara penyelesaiannya sedangkan cara-cara untuk mencegah itu telah pun diutarakan sebelum ini.
Semakin ke arah negara maju pada tahun 2020, semakin terkebelakang isu moral dan mentaliti. Adakah berfikiran setelah semua perkara berlaku adalah pemikiran dari mereka yang telah pun maju ke hadapan? Perlukah kuasa politik dalam semua aspek untuk menggerakkan pemikiran rakyat? Adakah perlu dibebankan para pemimpin dalam permasalahan ini yang mana pemimpin pun telah terbeban dengan pelbagai permasalahan? Adakah sikap sebegini perlu diterapkan pada diri sendiri dan anak-anak? Sampai bila-bila pun tidak akan maju. Transformasi sikap WAJIB dilakukan dengan tidak membelakangkan hukum agama.
Khamis, 16 Disember 2010
Log Musafir #1~ Jempol, Negeri Sembilan...
Sekitar Pekan Bahau pada waktu Senja. |
Perjalanan bermula - 12 Disember 2010
- Perjalanan bermula dari jam 8.30 malam dengan menggunakan kenderaan pejabat ke Jempol, Negeri Sembilan.
- Sekadar melihat dari GoogleMaps mengenai tempat yang dituju disamping lakaran peta dari pihak penganjur, nampak macam dekat tetapi pada hakikatnya hampir memakan masa 2 jam setengah.
- Perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan keluar dari lebuhraya melalui susur keluar Seremban, Senawang dan meneruskan perjalanan melalui jalan biasa menjadikan suasana agak mencabar.
- Tidak menjangka jarak perjalanan yang agak jauh disamping hanya makan roti sekadar untuk mengalas perut, menjadikan saya mengalami pening lalat dan hampir muntah (nasib tak muntah).
- Setelah tiba ke Pekan Bahau, cek masuk di Hotel KSJ (berhampiran Pizza Hut) milik bumiputera (khabar penduduk setempat) dengan harga RM60 semalam (hotel bajet tapi puas hati dengan harganya).
- Meneruskan perjalanan ke tempat pameran di Komplek Belia dan Sukan Bandar Sri Jempol, perjalanan dari Pekan Bahau ke sana mengambil masa hampir setengah jam. Setelah tiba disana, kerja-kerja memasang booth pameran telah pun dilaksanakan dan selesai dalam jam 12.30 malam.
- Disebabkan kelaparan yang amat sangat, kami singgah di warung Din Tomyam di tepi jalan di Bandar Sri Jempol untuk mengisi perut.
- Tiba di hotel jam 1.30 pagi dan terus berehat untuk persediaan pada hari seterusnya.
Restoran berhampiran hotel penginapan |
Hari pertama - 13 Disember 2010
- Sarapan pagi di Restoran Bunga Raya Utama dengan menjadikan roti canai double (istilah untuk 2 keping) dan kopi O sebagai sarapan pagi. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan restoran tersebut merupakan restoran milik orang melayu dan ramai pula pelanggan yang makan disana.
- Setelah sarapan, meneruskan perjalanan ke tapak pameran untuk menjalankan tugas di sana.
- Cuaca agak cerah dan sangat baik dan hujan renyai-renyai pada petang hari.
- Pengunjung tidak ramai pada pagi hari dan mulai ramai pada petang hari. Mungkin pameran ini dijalankan pada waktu kerja dan ramai antara mereka mengutamakan kerja dari melawat booth pameran tersebut. Selain itu juga, perasmian pada esok hari menjadi faktor utama mengapa kurangnya pengunjung yang hadir pada pameran kali ini.
- waktu tengahari sekadar makan tengahari dikawasan perniagaan yang berhampiran dengan kawasan pameran.
- Dengan harga makanan RM16.50 untuk 3 orang makan serta air menyebabkan saya rasa sangat murah.
- Jam 7 malam, pulang semula ke hotel untuk berehat di Pekan Bahau. Suasana malam agak hidup dengan banyak medan malam (seperti warung makanan) wujud dengan menyediakan pelbagai juadah makanan.
- Singgah di Jalan Dato' Setia dimana terdapat hampir 7 warung yang menjual pelbagai jenis makanan. Dari Jepun sehingga ke India (macam-macam nasi goreng ada.. Nasi goreng Jepun, Nasi Goreng Bombay dan macam-macam nasi goreng ada.) Jalan tersebut ditutup pada waktu malam bagi memberi laluan kepada penjaja membuka warung mereka disitu.
- Setelah selesai makan dan sedikit sembang kosong, pulang semula ke hotel untuk berehat sambil menonton filem Do Re Mi (diorang buat filem kalo bab mengutuk, memang tiada perasaan).
Suasana mendung di Pekan Bahau |
Hari Kedua - 14 Disember 2010
- Cuaca agak mendung pada pagi itu. Burung layang-layang berterbangan di udara seolah-olah memberi isyarat kepada manusia untuk keluar mencari rezeki. Pada mulanya agak pelik akan kehadiran banyak Burung Layang-Layang di Pekan Bahau ini. Tetapi setelah diamati betul-betul, rupa - rupanya ada loteng yang telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai kawasan ternakan Burung Layang-Layang yang mana menjadikan sarang burung tersebut sebagai satu produk dan mendapat permintaan yang sangat tinggi samada di dalam mahupun luar negeri.
- Check out dari hotel tersebut dengan memberi kunci pada seorang makcik yang kebetulan sedang mengemas bilik sebelah. (Makcik itu yang tegur dahulu sebab dia yang jaga kaunter dan dia jugalah yang buat room service - jimat kos kot).
- Makcik tersebut sangat peramah dan mengatakan bahawa Bandar Sri Jempol adalah Serting. Menambah persoalan dalam kepala ini yang sudah tersedia beberapa soalan yang belum terjawab.
- Sarapan pagi seperti biasa di Restoran Bunga Raya Utama dengan menjadikan menu semalam (roti kosong double.. hohoho) sebagai sarapan pagi sementara rakan sepejabat makan lontong untuk sarapan mereka.
- Meneruskan perjalanan ke Kompleks Belia di Bandar Sri Jempol untuk meneruskan tugas-tugas yang telah diarahkan.
- Cuaca yang agak dingin dan hujan renyai - renyai pada pagi itu disertai dengan kabus menyelubungi kawasan bukit yang kini dipenuhi dengan penanaman Kelapa Sawit menjadikan saya terkenang pada kampung halaman.
- Pada hari tersebut, pengunjung ramai menghadiri pameran tersebut. Mungkin dengan kehadiran menteri dan majlis perasmian pada hari tersebut menjadikan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana.
- Suasana semakin meriah selepas perasmian Digital Jempol dengan lawatan menteri ke booth pameran dan para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat pemimpin kesayangan mereka dari dekat.
- Kehadiran Pierre Andre pada booth FINAS menggamitkan suasana dengan para peminat mereka berpusu-pusu untuk bergambar dan mengambil tandatangan artis pujaan mereka.
Aktiviti pentas pada lewat petang |
Lewat petang - 14 Disember 2010
- Mula mengemas booth pameran untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.
- 1001 kenangan tercatat sepanjang berada di daerah Jempol.
- Sepanjang pulang, melalui beberapa pekan kecil iaitu Batu Kikir ( Teratak Zaaba boleh dilihat dari tepi jalan), Juasseh, Kuala Pilah dan Ulu Bendul (seperti ada aktiviti penanaman padi di daerah ini) sebelum masuk Lebuhraya LEKAS.
- Memasuki Lebuhraya LEKAS yang masih baru, lebuhraya tersebut masih lengang dan hanya sedikit kenderaan berada di atas lebuhraya.
- Selain itu, R & R juga hanya terdapat 2 gerai yang dibuka pada waktu malam hari (masih tidak ramai yang menggunakan lebuhraya ini).
Sedikit info:
- Terletak dikawasan yang bersempadan dengan Pahang dan Johor.
- Pertanian dan penternakan merupakan nadi utama daerah ini dengan Kelapa Sawit dan Getah sebagai komoditi utama (Gugusan Felda Raja Alias).
- Tiada pekan Jempol dalam daerah Jempol dan pekan terbesar adalah Pekan Bahau. Oleh yang demikian, jika hendak ke sana hendaklah melalui Bahau ataupun papan tanda ke arah Bahau (Jempol).
- Bandar Sri Jempol dikenali juga sebagai Serting oleh penduduk tempatan.
- Bagaimana ke sana? melalui kenderaan sendiri, bas ataupun menggunakan keretapi.
Selasa, 7 Disember 2010
Edisi karut ~ Motosikal disaman DBKL + PDRM
Kuala Lumpur - Motosikal Kriss Modenas 120 Sport dengan no pendaftaran **D *8** telah disaman oleh pihak berkuasa DBKL dan trafik KL atas kesalahan parkir diluar kawasan yang dibenarkan. Sebelum kejadian itu berlaku, pemilik motosikal itu telah diberi amaran oleh penjaga parkir tidak berlesen agar parkir di tempat yang disediakan tetapi tidak diambil endah oleh pemilik itu.
Sebagai balasannya, pemilik motosikal itu telah pun dikompaun RM100 oleh DBKL dan PDRM (tidak tahu berapa nilai kompaunnya) dan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh disaman. Pihak berkuasa tersebut telah menyaman kenderaan tersebut ketika pemilik kenderaan sedang mencari komputer riba jenama Lenovo dan menunggu PSP siap diperbaiki bersama-sama dengan Lancelot (bukan nama sebenar) dan Psychophobia (bukan nama sebenar) pada jam 13.22 dan 13.24. Pemilik tidak menyangka bahawa kenderaannya akan disaman pada waktu cuti umum. (Memang sah suka main parking aje nie). Pemilik tersebut menasihatkan pada pemberita agar tidak melanggar peraturan seperti yang telah dilakukan oleh beliau.
p/s: mana nak cari duit nie... huhuhu
Salam awal muharram 1432H
- Salam Tahun Baru 1432 Hijrah dari saya dan keluarga kepada semua blogger dan tidak dilupakan rakan - rakan yang mengenali diri ini.
- Semoga tahun baru ini memberi satu azam baru (tiap-tiap tahun nak azam baru.. azam sebelum ini da selesai ke belum?) kepada anda disana dalam menghadapi cabaran - cabaran yang semakin mendesak ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat dan cabaran-cabaran lain lagi.
- Tidak dilupakan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan saya yang akan melansungkan perkahwinan mereka dan yang telah pun selamat diijabkabulkan sejak bermula cuti sekolah. Semoga kekal sehingga akhir hayat (bilalah den nak bernikah nie)
- Semua sudah sedia maklum, 1 Muharram memberi 1 signifikan kepada kita. Kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W dan sahabat karibnya Abu Bakar As-Siddiq dari Mekah ke Madinah. Kisah keberanian Saidina Ali Karamallahuwajhah yang menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W ketika peristiwa hijrah itu, pengepungan rumah Rasulullah dan bantuan dari Allah sepanjang perjalanan tersebut dan penerimaan warga Yathrib ketika Rasulullah tiba disana. (Tidak termasuk amalan syiah ketika muharram tiba terutamanya ketika 10 muharram)
- Mengikut konteks semasa, hijrah memberi maksud lebih luas. Berpindah dari sesuatu keburukan kepada kebaikan. Dari bujang kepada alam berumahtangga dan sebagainya.
- Jangan pula semua itu dilakukan ketika 1 Muharram sahaja, tidak semestinya hijrah mesti dilakukan pada awal muharram. Jangan dilakukan secara bermusim (tetapi itulah trend semasa rakyat Malaysia, segalanya dilakukan secara bermusim). Biar sedikit tapi berterusan dari banyak tapi sekadar bermusim.
- Semoga penghijrahan saudara/i memberi 1001 hikmah dan kebaikan kepada diri saudara/i dalam menjalani hidup yang semakin mencabar.
p/s: cuba bangkit dari kesedihan semalam.
Sabtu, 4 Disember 2010
Ia akan berlaku jua....
Sejauh mana engkau cuba lari...
Ia akan berlaku jua...
Sebesar mana pun mahligai dan istana yang di bina..
Ia akan berlaku jua..
Seramai mana pun pengawal yang engkau upah..
Ia akan berlaku jua..
Setinggi mana pun tembok dan benteng yang engkau bina..
Ia akan berlaku jua..
kematian..
Itulah janji tuhan..
Tidak kurang.. Tidak lebih..
Datang tepat pada waktunya..
Tiada apa yang boleh menghalangnya..
Adakah kita bersedia..
Menghadapi saat-saat itu..
Saat yang pasti..
Ataupun kita masih lagi leka...
Dengan khayalan fatamorgana...
Yang memerangkap kita...
Sedangkan yang kekal...
Di sana kelak..
Adalah yang terbaik...
p/s: Tribute To Allahyarham Nurul Azmi - Al Fatihah from me and whole DTK Family... May God Bless You dan Rest in Peace.
Takziah kepada keluarga Arwah Nurul Azmi
Saya terkejut semalam mendapat panggilan telefon dari rakan semasa buat diploma dahulu dan memberi khabar berita yang menyedihkan.
Rakan sekelas saya Nurul Azmi telah pun pergi tidak kembali kerana kemalangan jalan raya pada 14 November yang lalu.
Arwah seorang lelaki dan rakan yang baik dan teguh dengan prinsipnya.
Selain itu seorang yang kelakar.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Alfatihah.
Ahad, 21 November 2010
Adakalanya kita lupa..
Adakalanya kita lupa
Dunia ini sementara
Akhirat kekal abadi selamanya
Adakalanya kita lupa
Dosa dan pahala
Dalam melakukan sesuatu perbuatan
Akan dipertanggungjawabkan kelak
Pada hari kebangkitan
Adakalanya kita lupa
Bahawa hanya ada sedikit
Orang yang bersyukur
Dan masih ramai yang merungut
Adakalanya kita lupa
Masih ada yang sayang pada diri kita
Walaupun kasih kita pada seseorang itu telah pudar
Di bawa angin yang berlalu
Adakalanya kita lupa
Bahawa rezeki yang halal
Menjamin kebahagiaan keluarga
Membawa keberkatan dalam hidup
Adakalanya kita lupa
Disebalik kesempurnaan seseorang itu
Terpalit kekurangan yang belum tentu boleh diterima orang lain
Sehingga "terima seadanya"
Sekadar retorik yang hipokrit semata-mata
Walau sehebat mana pun manusia
Dia tetap akan lupa
Kerana dia hanyalah insan biasa
Sabtu, 20 November 2010
Ketika Kesesakan Lalu Lintas
Suatu ketika, saya pernah bercerita gelagat dan sedikit peringatan kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur.
Kali ini kita tengok senarai semak apa yang mereka buat ketika kesesakan lalu-lintas di sekitar Kuala Lumpur ketika rush hour ke tempat kerja.
Pemandu Kenderaan.
- Bersolek (wanita)
- Merokok (lelaki ada.. perempuan pun ada (tidak chomel perempuan merokok))
- Baca laporan (ada mesyuarat pagi nanti agaknya)
- Baca Novel (wow... memang ada)
- Tidur (selalunya penumpang.. kadang-kadang ada juga pemandu yang terlelap)
- Melayan kerenah anak (ada nurseri dipejabat agaknya)
- Memaki hamun (apabila cermin sisi dilanggar oleh motosikal atau dihon oleh kenderaan lain)
Penunggang Motosikal.
- Merokok (perempuan pun ada merokok, bertudung dan baju kurung lagi)
- Cilok sana.. cilok sini (motor kapcai.. kalau motosikal berkuasa tinggi, habis cermin sisi orang disapunya)
- Menoleh-noleh agar dapat melihat aweks cun dalam kereta.
- bersih mata melihat perempuan menunjukkan betisnya ketika membonceng motosikal (kak... tutup aurat kak... Itu bukan darurat kot hanya kerana nak tunjuk betis - kalau tutup mata, eksiden pula jadinya).
- Memaki hamun (apabila harga mentol isyarat kenderaan lebih mahal daripada kemik kerana kemalangan telah berlaku.)
- Memecut ketika jalan sesak (lewat agaknya ke tempat kerja)
Oleh itu, kepada para penunggang dan pemandu, berhati-hatilah dijalanraya...
Rabu, 17 November 2010
Edisi Ucapan ~ Aidiladha 2010 / 1431H
Salam Aidiladha saya ucapkan kepada semua warga blogger yang beragama Islam, rakan-rakan didunia realiti, buah hati pengarang jantung tercinta (ehem-ehem) serta keluarga tersayang. Tidak dilupakan kepada semua muslimin dan muslimat yang telah selamat pulang ke kampung halaman atau yang berada diperantauan, semoga bergembira disamping keluarga mahupun rakan taulan.
Semoga Aidiladha kali ini memberi satu inspirasi baru, pengajaran dan hikmah (dah sedia maklum kot) disebalik tuntutan haji kepada mereka yang mampu (melengkapkan Rukun Islam yang ke-5), pertemuan semula Adam dan Hawa di Padang Arafah setelah dikeluarkan dari syurga, pembinaan Kota Mekah oleh Nabi Ismail dan ayahnya Nabi Ibrahim, peristiwa penyembelihan Nabi Ismail oleh ayahnya sendiri iaitu Nabi Ibrahim dan pembebasan Kota Mekah oleh Junjungan besar kita Muhammad S.A.W.
p/s: merindukan saat-saat membantu kariah masjid di Felda Sahabat 16 melapah daging korban.
Khamis, 11 November 2010
Pertandingan Online #2 ~ Forum CutiMalaysia.my RM1,410... Anda bila lagi?
Untuk kali keduanya blog Suatu Kenangan™ dengan rasa rendah dirinya menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh forum CutiMalaysia.my dengan tajuknya yang berbunyi " Contest Taip2, Sebar2, Kawan2, Sembang2 Pun Boleh Dapat Duit + ..............?"
Pertandingan tersebut bermula dari 27 Oktober 2010 hingga 30 Disember 2010 (hampir 2 bulan).
Saya menyarankan jika ada rakan-rakan blogger ingin menyertai pertandingan tersebut, disarankan untuk membaca syarat-syarat pertandingan tersebut.
Hadiah agak lumayan dimana hadiah terkumpul bernilai RM1410.00 iaitu:
Tempat pertama : RM500 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat kedua : RM300 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat ketiga : RM200 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat keempat : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat kelima : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Keenam : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Ketujuh : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kelapan : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kesembilan : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Tempat Kesepuluh : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my (Coming Soon)
Sampai ke tempat ke 10 pun ada hadiah. Mari kawan-kawan bersama-sama kita menyertai pertandingan ini.
__________________________________________________
Sedikit pandangan saya mengenai forum ini:
Merupakan ahli yang ke 151 yang mendaftarkan diri sebagai ahli di forum CM ini.
Kenapa saya menyertai forum ini?
- Ahli yang aktif agak ramai yang mana walaupun forum ini masih baru, tetapi penglibatan ahli-ahlinya menarik minat saya.
- Selain itu, perkongsian info mengenai tempat-tempat pelancongan menarik amat menggalakkan disamping pelbagai info lain yang dikongsi oleh ahli berdaftar.
- Semoga kemeriahan forum ini berterusan untuk kini dan selama-lamanya.
p/s: Gambar di atas sekadar hiasan, sementara menunggu banner siap...
Isnin, 8 November 2010
Tambah Nilai Prabayar - Audit Semula...
- Antara 2 - Samada memasukan nilai prabayar RM10 ataupun RM30 ke dalam telefon bimbit?
- Dari segi nilai, RM10 pemenang sebagai nilai yang paling kecil dan mudah dibelanjakan berbanding RM30 (besar nilai tue)..
- Dari segi tempoh hayat, RM30 pemenangnya dengan memberikan tempoh selama sebulan berbanding RM10 selama 7 hari. (tidak termasuk pelan prabayar universiti dan sewaktu dengannya).
- Dari segi penggunaan, bergantung kepada individu. Ada individu menjadikan prabayar sebagai alternatif kepada sms yang agak mahal jika digunakan pada talian pascabayar (bil)(pengguna prabayar sambilan). Ada individu sememangnya menggunakan prabayar (pengguna prabayar sepenuh masa). Ada juga individu menggunakan prabayar sekadar pakai buang. (sekarang agak jarang kot sebab telah ada had yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi masih ada insan-insan sebegini - Mungkin ada alasan tersendiri)(gelarannya.. tidak tau nak gelaran sebagai apa.. kehkehkeh).
- Jika anda pengguna prabayar sambilan, memasukkan nilai RM10 adalah pilihan terbaik daripada RM30 kerana tidak menggunakan nombor prabayar itu secara optimum dan menggunakannya jika perlu sahaja. Tetapi sedarkah wahai pengguna prabayar sambilan, jika anda menambah nilai setiap minggu RM10, anda telah rugi RM10 kerana dalam seminggu ada 4 minggu, anda memerlukan RM 40 untuk memastikan talian prabayar anda sentiasa aktif berbanding jika anda menambah nilai RM30 untuk sebulan. Jimat RM10 - Ka-Ching$$$$
- Jika anda pengguna prabayar sepenuh masa, mungkin menaiktaraf dengan menggunakan bil adalah satu alternatif yang terbaik ( jika anda kaki gayut dan jarang menggunakan sms). Tetapi ada juga pengguna bil terpaksa menjadi pengguna prabayar sepenuh masa kerana menggunakannya secara maksimum tetapi hanya mampu membayar pada harga minimum. Oleh itu bersederhanalah dalam menggunakannya, kelak tidak mampu membayarnya kembali.
- Jika anda banyak menggunakan sms dari panggilan, syor kepada pengguna prabayar sambilan adalah sangat-sangat digalakkan. Jika anda banyak menggunakan sms dan panggilan, kurang-kurangkan jika tiada apa-apa kepentingan.
- Saranan saya mungkin tidak sesuai kepada mereka yang menjalankan perniagaan tetapi merupakan seorang pengguna prabayar sepenuh masa. Mungkin salah satu cara untuk mereka berjimat.
- Penjimatan RM10 sahaja? Jika RM10 itu disimpan selama 12 bulan, sudah terkumpul RM120. Mungkin tidak banyak RM120 tapi macam-macam perkara boleh dibeli atau digunakan untuk perkara yang anda inginkan.
p/s: mencari dimana lagi tempat yang boleh dijimatkan....
Ahad, 7 November 2010
Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu...Suatu Penilaian Peribadi
- Seperti yang anda maklum sejak awal tahun yang lalu, hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik dan setiap beg plastik akan dikenakan caj sebanyak 20 sen. Undang-undang ini tertakluk di negeri Selangor sahaja (khabarnya Pulau Pinang nak buat setiap hari tanpa beg plastik)
- Oleh yang demikian, adakah program ini telah memberi kesedaran kepada pengguna tentang bahaya plastik kepada alam sekitar dalam tempoh jangka panjang? Adakah program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan kitar semula? Adakah program ini telah memberi impak kepada penggunaan plastik di Selangor khususnya?
- Mungkin ada banyak lagi persoalan mengenai isu ini tetapi cukuplah sekadar kesedaran minda kelas pertama dalam pengurangan penggunaan plastik dalam kegunaan seharian.
- Apa yang saya lihat pada beberapa buah pasaraya, kesedaran sudah ada tetapi pelaksanaan pada individu masih kurang.
- Mungkin caj yang dikenakan sebanyak RM0.20 masih dikira kecil tetapi bagi mereka yang agak "berkira", ia merupakan sesuatu yang besar. Pernah terjadi kepada rakan saya, gara-gara tidak mahu membayar caj RM0.20, dia hampir-hampir kerugian RM30 kerana ketidakjujuran seorang "cashier" dalam memberitahu kepada rakan saya yang dia tidak mengambil baki dari pembelian tersebut. (Itu isu lain - Integriti)
- Mungkin selepas ini kempen yang lebih agresif perlu dilakukan dalam merealisasikan program ini.
- Selain itu kesedaran sivik pada setiap keluarga wajib ada dalam membantu mengurangkan penggunaan plastik ini. Jangan kerana nilai 20 sen yang dicaj, anda telah merosakkan alam sekitar untuk tempoh jangka panjang.
- Dari individu kepada keluarga, dari keluarga kepada masyarakat, dari masyarakat kepada seluruh rakyat negeri Selangor bersama-sama mengurangkan penggunaan plastik sebagai barang keperluan harian.
- Pada negeri lain yang masih belum mengimplimentasikan program ini, jangan tunggu sampai program ini dilancarkan di negeri anda, mulakan dari sekarang. Jadilah warganegara Malaysia yang sayang akan alam sekitar dengan mengurangan plastik dikawasan pelupusan sampah.
p/s: Bagaimana dengan program kitar semula dan bila barangan elekitrik dengan teknologi hijau akan turun harganya?
Sabtu, 6 November 2010
Karamnya HMS Prince of Wales dan HMS Repulse...
- Pertama kali membeli Majalah Perajurit bulan November 2010. (Seumur hidup tidak pernah membeli majalah tersebut, sekadar membaca sepintas lalu diperpustakaan di pejabat saya).
- Kenapa membeli majalah tersebut? Saya cuma tertarik pada satu artikel iaitu Armada Force Z (Mengimbau Kehancuran Armada Inggeris) yang berada dalam kolum Nostalgia.
- Pegawai saya telah menunjukkan saya artikel tersebut dan tanpa membuang masa saya mencari majalah tersebut dan akhirnya saya membeli majalah tersebut di Melaka Sentral! (macam kat KL da habis stok majalah pulak... hahaha). Sebenarnya kebetulan saya ke sana atas urusan peribadi (menaiki bas ekspress yang agak sopan pula cara membawanya.. mungkin waktu siang kot...)
- Sedikit sinopsis berdasarkan pembacaan saya yang agak pantas:
- Untuk pembacaan lanjut, sila beli Majalah Perajurit Bulan November 2010 yang berharga RM11 untuk Sem. Malaysia dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak (taubat pasnie x beli dah kecuali ada artikel menarik... ngeee)
- Sedikit rujukan atas talian di bawah dapat menceritakan mengenai kruiser tersebut.
Mengisahkan mengenai 2 buah kapal perang kruiser iaitu HMS Prince Of Wales (kelas King George V) dan HMS Repulse (kelas Renown) yang telah tenggelam diperairan Kuantan dalam cubaan untuk menyekat kemaraan Pasukan Tentera Imperial Jepun ke Tanah Melayu dan Singapura. Menceritakan secara ringkas kedua-dua kruiser tersebut dan pencapaian terbaik kedua-dua kapal tersebut dalam perang menentang Jerman sebelum dihantar ke India dan Timur Jauh untuk menyekat penguasaan Jepun. Kesilapan dari PM British ketika itu menghebahkan penghantaran dua kapal berkenaan yang menyebabkan Angkatan Udara Jepun menambah kekuatan persenjataan dalam menghadapi HMS Prince of Wales (merupakan kapal perang termoden ketika Perang Dunia ke -2). Beberapa kesilapan telah dilakukan oleh Laksamana armada Force Z ini dalam cubaan untuk mematahkan kemaraan Tentera Imperial Jepun disamping sifat terlalu optimis dengan tidak meminta bantuan udara dalam melindungi kapal perang berkenaan. Keegoan menjadi punca utama kekalahan Inggeris dan penenggelaman kedua-dua kapal perang tersebut menjatuhkan moral Tentera Inggeris yang sedang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura tetapi menjadi pemangkin kepada Tentera Imperial Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dan Singapura dalam masa yang singkat.
Rujukan atas talian
HMS Prince of Wales
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/prince_of_wales/hms_prince_of_wales_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-p/pow12.htm
http://www.far-eastern-heroes.org.uk/John_MacMillan/html/sinking_of_prince_of_wales.htm
http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-01BB-Prince%20of%20Wales.htm
HMS Repulse
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_2.htm
http://www.maritimequest.com/warship_directory/great_britain/battleships/repulse_1916/hms_repulse_1916_page_3.htm
http://www.history.navy.mil/photos/sh-fornv/uk/uksh-r/repulse.htm
Khamis, 21 Oktober 2010
Edisi Karut ~ merah itu daging... biru itu ikan...
- Sering ke pasar malam? Sudah pasti tempat tinggal anda akan ada pasar malam seminggu sekali.
- Jika di Sabah lebih sinonim dengan nama Pasar Tamu dan di Pahang dipanggil Pekan Sari.
- Sedarkah anda kanopi penjual daging berwarna merah dan menggunakan mentol oren dan penjual ikan menggunakan kanopi biru dan lampu kalimantang?
- Mungkin tidak ambil pusing tapi apabila saya ke beberapa pasar malam y lain, situasi itu tetap sama. Cuma kadang-kadang ada penjual ikan menggunakan kanopi merah!!
- Jadi apalah kaitannya jika penjual itu nak guna kanopi merah ke.. biru ke.. hijau ke.... ??
- Jawapannya adalah ilusi optik. Ya.. Ilusi optik..
- Penggunaan kanopi merah dan mentol berwarna kuning sangat membantu penjual menjual daging-daging mereka kerana jika dilihat secara kasar sudah pasti nampak lebih segar, seperti baru disembelih 10 minit yang lalu.
- Penggunaan kanopi biru dan lampu kalimantang pula akan menjadikan ikan-ikan yang dipamerkan nampak segar seperti baru naik dari laut.
- Oleh yang demikian, janganlah anda tertipu dengan ilusi optik tersebut. Jadilah pengguna yang bijak.
*creditz to the pictures.
Ahad, 17 Oktober 2010
edisi karut ~ Bersembang dengan orang tua...
Agak sukar bagi sesetengah generasi muda sekarang untuk memulakan perbualan dengan orang yang lebih tua dari usianya. Mungkin malu kerana usia yang masih mentah berbanding dengan mereka yang lebih "makan garam". Selalunya orang lama yang akan memulakan perbualan dahulu.
Jika generasi muda berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya.. Paling tua pun mungkin 2 atau 3 tahun dari umurnya.Jika lebih, mungkin atas dasar kerja semata-mata. Tidak lebih daripada itu.
Bagaimana hendak memulakan perbualan dengan mereka? Tidak susah sebenarnya jika tahu tekniknya, tidak susah. Dari 1 topik akan melalut ke topik yang lain.
Jika termasuk isu politik dalam anda bersembang dengan mereka. Adalah lebih baik bersikap lalang. Tidak fanatik, kelak diakhiri dengan perbalahan dan anda akan menjadi mangsa (awak masih muda.. comfirm jadi mangsa sebab masih mentah).Pastikan apabila bersembang, tidak mengarut. unsur-unsur hormat wajib ada.
Jika anda bernasib baik, akan dapat mendengar cerita yang mungkin tidak kita lalui.
Jika generasi muda berkawan dengan orang yang lebih tua daripadanya.. Paling tua pun mungkin 2 atau 3 tahun dari umurnya.Jika lebih, mungkin atas dasar kerja semata-mata. Tidak lebih daripada itu.
Bagaimana hendak memulakan perbualan dengan mereka? Tidak susah sebenarnya jika tahu tekniknya, tidak susah. Dari 1 topik akan melalut ke topik yang lain.
- Tekniknya adalah:
- lihat sekeliling. (kalau dirumahlah)
- kenali personaliti orang itu. (pandangan kasar sahaja.. ilmu firasat nie)
- yakin pada diri. (jangan over kompiden.. kna banned nanti)
- tahu isu semasa. (sangat penting)
- tidak gebang lebih (cakap besarlah)
- sentiasa peka akan soalan yang dikemukakan.
Jika termasuk isu politik dalam anda bersembang dengan mereka. Adalah lebih baik bersikap lalang. Tidak fanatik, kelak diakhiri dengan perbalahan dan anda akan menjadi mangsa (awak masih muda.. comfirm jadi mangsa sebab masih mentah).Pastikan apabila bersembang, tidak mengarut. unsur-unsur hormat wajib ada.
Jika anda bernasib baik, akan dapat mendengar cerita yang mungkin tidak kita lalui.
Jumaat, 15 Oktober 2010
Perokok adalah orang yang kaya...
- Kawan saya mengeluh, macamana perokok boleh hidup sama taraf dengan dia. Sama-sama kurang duit tapi si perokok masih mampu membeli rokok dan makan serta berjalan-jalan.
- Saya mampu tersenyum apabila dia berkata sedemikian rupa.
- Memang perokok seorang yang kaya. Menghabiskan duit untuk membeli rokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain (perokok sangat faham akan perkara ini, cuma tak ambil kisah aje).
- Saya memberi satu cadangan pada dia supaya jadi seorang perokok. (terkejut member yang memang anti rokok nie.. hahaha)
- Saya menjelaskan pada dia, asingkan duit rokok dan simpan dalam satu tabung dan bukan untuk beli rokok. Untuk perokok cuma laburkan sahaja ke kedai-kedai yang menjual rokok dan hisap rokok seperti biasa.
- Setelah cukup bulan, buka tabung rokok itu. Berapa banyak telah anda simpan? Jika si perokok memerlukan 2 hari untuk menghabiskan rokok 20 batang yang kini bernilai RM10 (mungkin akan naik lagi nie), anda perlu memasukkan ke dalam tabung rokok itu RM5 sehari dan teruskan sehingga hujung bulan dan jangan abaikannya kerana perokok sanggup buat apa sahaja asalkan dapat menghisap rokok.
- Untuk permulaan mungkin agak sakit sedikitlah. Tapi tidak salah untuk mencuba menjadi seorang "perokok" yang sihat.
- Anda pasti akan berpuas hati jika melihat hasil simpanan duit rokok itu.
- Selamat menjadi seorang "perokok" yang berjaya.
p/s: dalam proses berhenti merokok....
Isnin, 4 Oktober 2010
edisi sastera~keegoanmu...
Seringkali diri ini melihat...
Akan sikapmu yang tidak pernah berubah..
Sentiasa terhiris dan terluka diri ini..
Mengenangkan ianya terjadi...
Jika takut alasanmu..
Tidak akan dikau belajar..
Sesuatu mengenai kehidupan..
Sesuatu yang digelar pengalaman...
Apabila diri ini bersikap jujur..
Dikau mengatakan diri ini curang padamu..
Apabila diri ini bersikap berahsia..
Dikau mengatakan diri ini menipu padamu..
Apa lagi mahumu?
Apabila dikau merajuk..
Diri ini sentiasa memikirkan..
Apakah sudah reda kemarahanmu..
Apakah masih lagi sakit hatimu...
Kerana sikapku yang tidak menyenangkanmu...
Apabila aku bersikap demikian..
Dikau mengugut dan menuding semuanya berpunca dariku..
Diri ini bersalah lagi?
Sentiasa memujuk hati ini..
Mencuba membuang ego ini..
Mungkin benar apa orang kata...
Lelaki sentiasa kalah pada wanita walaupun dia yang bersalah..
Begitu mudah untuk jatuh cinta...
Begitu sukar untuk melestarikannya....
Akan sikapmu yang tidak pernah berubah..
Sentiasa terhiris dan terluka diri ini..
Mengenangkan ianya terjadi...
Jika takut alasanmu..
Tidak akan dikau belajar..
Sesuatu mengenai kehidupan..
Sesuatu yang digelar pengalaman...
Apabila diri ini bersikap jujur..
Dikau mengatakan diri ini curang padamu..
Apabila diri ini bersikap berahsia..
Dikau mengatakan diri ini menipu padamu..
Apa lagi mahumu?
Apabila dikau merajuk..
Diri ini sentiasa memikirkan..
Apakah sudah reda kemarahanmu..
Apakah masih lagi sakit hatimu...
Kerana sikapku yang tidak menyenangkanmu...
Apabila aku bersikap demikian..
Dikau mengugut dan menuding semuanya berpunca dariku..
Diri ini bersalah lagi?
Sentiasa memujuk hati ini..
Mencuba membuang ego ini..
Mungkin benar apa orang kata...
Lelaki sentiasa kalah pada wanita walaupun dia yang bersalah..
Begitu mudah untuk jatuh cinta...
Begitu sukar untuk melestarikannya....
Ahad, 3 Oktober 2010
edisi karut~ ehoza.com, saya dan....
ehoza.com dengan bangganya telah melancarkan satu peraduan khas untuk blogger dengan hadiah yang agak menarik dan berlansung selama sebulan bermula 28 September yang lalu. Ayuh para blogger, ambil peluang untuk memenangi peraduan tersebut dengan syarat-syarat peraduan yang sangat mudah. Anda boleh merapu mahupun bercerita sesuatu yang fakta mengenai ehoza.com.Sila lihat topik ini untuk maklumat lanjut.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
- Bercerita mengenai ehoza.com,ianya merupakan forum yang saya aktif sejak dari tahun 2007. Rakan saya Luq telah bertanggungjawab ke atas peristiwa ini.
- Memegang id no 1815 (macam no badan lak), merupakan ahli ke 1815 yang mendaftarkan diri ke dalam ehoza.com dengan menggunakan nama samaran ArericH dan kini (3 Oktober 2010) seramai 27079 telah mendaftar sebagai ahli dan seramai 4672 ahli merupakan ahli yang aktif berforum.
- Pernah menjadi top poster ehoza.com selama hampir setahun lebih dan kini telah jatuh ke tempat keempat atau kelima rasanya. (nampak sangat semakin kurang aktif.. adedeeh..)
- Mendapat gelaran "woman killer"
bakal pencen, kerana sering memberikan pendapat dan membuka topik yang agak panas melalui seksyen love is cinta dan ehoza personal problem. Sering memberikan pendapat dalam menyelesaikan masalah rakan-rakan online. (jika nak tahu lebih lanjut, aktifkan diri anda di sana) - Pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum Ehoza.com untuk kerusi moderator dan tidak menang dalam pertandingan tersebut. (kalahlah maknanya tu)
- Selain itu, ehoza.com telah mengadakan beberapa perjumpaan secara offline (perjumpaan secara face to face) sejak dari tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang sangat hangat dan kemuncak perjumpaan tersebut adalah ehoza.com telah mengadakan perjumpaan di Pulau Pangkor (sedih tidak dapat hadir kerana urusan kerja).
- Ahli datang dan pergi, itulah yang saya lihat sepanjang aktif berforum di ehoza.com, antaranya atas sebab keluarga, kerana kerja dan lain-lain.
- Tetapi ini tidak membataskan perhubungan sesama ahli yang kini tidak lagi aktif. Dengan kecanggihan teknologi dan komunikasi, ahli-ahli yang tidak aktif masih lagi berhubung melalui facebook, yahoo messenger mahupun sms.
- Saya masih lagi berhubung dengan rakan-rakan yang tidak lagi aktif mahupun yang aktif, jika outstation atas sebab kerja, akan saya hubungi rakan-rakan yang tinggal berhampiran untuk bertemu dan bersembang. (jika berkesempatan).
- Tidak terkecuali ahli "silent reader", yang tidak menghantar komen pada sesuatu topik yang dibincangkan, mungkin ada sebab-sebab tertentu untuk tidak memberikan komen. Mungkin mereka lebih selesa dalam memberi komen apabila perlu sahaja.
- Sehingga kini, saya telah mendapat ramai rakan-rakan baru dan pelbagai ragam yang saya telah lihat. Ada yang agak aktif di dalam forum tetapi pada hakikatnya agak pendiam ketika diluar. (korang boleh agak sape orangnya... hohoho)
- Ada juga kewujudan "buaya ehoza.com" yang sentiasa memeriahkan suasana. Apabila mentor mula mendiamkan diri disebalik tulisan-tulisan dan topik diforum, timbul pula protege yang mula beraksi dan kebangkitan seorang mentor dari pertapaannya menjadikan suasana forum menjadi lebih hangat daripada biasa.
- Selain itu, pelbagai topik dikongsi dalam forum tersebut dan ianya bukan sekadar forum biasa. Ianya lebih daripada itu. Saya hanya menyentuh serba sedikit sahaja seksyen yang dikatakan agak panas dan menarik perhatian ramai ahli ehoza.com.
- Saya tidak pasti jika seksyen VNS (Very Nice Stuff)) masih ada lagi tetapi seksyen ini yang menarik minat para ahli dengan pelbagai topik dan perkongsian bahan-bahan yang sukar dicari didunia maya ini dengan syarat mesti mempunyai 500 pos dan ke atas.
- Forum ini agak "panas" apabila pilihanraya umum berlaku, dengan seksyen politik menjadi tumpuan dan para ahli berdebat. Tetapi Ianya sekadar di situ sahaja dan tidak merebak ke seksyen lain dan ini menunjukkan kematangan para ahli dalam berbicara dan berdebat dalam sesuatu isu hanya disitu sahaja.
- Melalui seksyen Diari dan anda, para ahli boleh berkongsi suka duka kehidupan mereka dengan syarat tidak bercerita sesuatu yang boleh dianggap terlalu peribadi yang akan mendatangkan kesan dari segi mental ahli. Ada ahli menggunakan sepenuhnya seksyen tersebut sehingga 6 episod dan akan bertambah. (siapalah orang itu yer.. ngeee)
- Dengan kewujudan komik bersiri ehoza.com yang telah mula terbit beberapa minggu yang lalu, telah membawa watak-watak dalam ehoza.com ke dalam komik yang mana karakter setiap watak tersebut berdasarkan avatar dan sikap mereka di dalam forum tersebut. Sesuatu yang unik yang mungkin tiada dalam forum lain.
- Kini ehoza.com semakin dibanjiri dengan perkongsian perisian, games, movie,ebooks dan drama untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
- Hal ini menarik minat ramai ahli untuk mendaftarkan diri ke ehoza.com dan dengan menggunakan facebook sebagai medium pendaftaran, ianya semakin mudah dan cepat.
- Semoga ehoza.com semakin sukses didunia maya dalam memberikan informasi dan saling mengeratkan hubungan sesama ahli.
Rabu, 29 September 2010
Edisi sastera ~ Umum vs Spesifik
*Umum - 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja.
*Spesifik - khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah- istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat)
*rujukan dari laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mungkin situasi ini sering berlaku dalam kehidupan seharian di Malaysia.
Saya nak makan maggi.. sambil mengambil mee segera jenama cintan dalam almari.
abang, ambilkan pampers budak nie.. sedangkan itu adalah lampin pakai buang.
Mana pula perginya colgate aku nie.. Sedangkan itu adalah ubat gigi.
Mungkin sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia menggunakan jenama tertentu untuk melabelkan sesuatu yang pada asalnya sesuatu yang spesifik menjadi sesuatu yang umum.
Secara automatik jenama yang diangkat dari sesuatu yang spesifik kepada yang umum menjadi popular dan dari segi pemasaran, ia merupakan satu petanda yang baik yang mana pengilang produk tersebut dapat promosi secara percuma.
Mereka tidak perlu bersusah payah untuk membuat iklan di kaca televisyen untuk mengiklan produk mereka. Sudah jimat perbelanjaan mereka dari segi pengiklanan.
Contoh lain, kita tahu radio mempunyai kaset dan perakam, tetapi di negara lain, mungkin radio sekadar radio sahaja dan tidak mempunyai fungsi lain seperti perakam dan kaset. Diceritakan oleh seorangpegawai saya yang ke India dan membawa radio, disana ianya dipanggil radio cassette recorder. Disebabkan pegawai tersebut mengisytiharkan radio, bukan radio cassette recorder, dia terkandas beberapa jam.
Mungkin sesetengah orang menganggap ianya remeh tetapi mungkin juga ia merupakan sesuatu yang besar pada orang lain.
Mungkin juga suku kata yang panjang menjadi alasan bagi mereka untuk mencari alternatif lain bagi melabelkan sesuatu.
Sebagai contoh ubat gigi mempunyai 4 suku kata tetapi dengan menyebut Colgate (jenama produk yang spesifik tetapi dijadikan sesuatu yang umum), hanya 2 suku kata sahaja digunakan.
Sesuatu yang panjang telah pun dipendekkan secara tidak rasmi dan digunakan secara meluas tetapi dalam percakapan harian dan bukanlah digunakan secara rasmi samada dalam penulisan mahupun ucapan. Penat sangat kot menyebut perkataan yang dikategorikan sebagai umum yang agak panjang dari perkataan yang spesifik. suku kata yang pendek dan mudah difahami.
p/s: bukan pakar bahasa. sekadar memerhati penggunaan bahasa sahaja.
Khamis, 16 September 2010
Sinopsis Gagasan Malaysia....
- Selamat Hari Malaysia ke-47 saya ucapkan kepada semua warganegara Malaysia.
- Pada hemat saya, ramai semakin sedar akan peristiwa 16 September 1963 yang suatu masa dahulu dipandang sepi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Malaysia kerana beranggapan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 tetapi ramai yang tidak tahu atau mungkin tertidur semasa kelas Sejarah.. Sabah dan Sarawak merdeka pada 16 September 1963 melalui penubuhan gagasan Malaysia yang ketika itu dianggotai oleh Singapura (telah berpisah pada 9 Ogos 1965) Sabah dan Sarawak.
- Suatu masa dahulu, ketika era Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaya, idea penubuhan gagasan Malaysia dipandang sepi olehnya kerana dengan hanya menggabungkan Tanah Melayu / Malaya dengan Singapura ke dalam gagasan Malaysia bermakna bumiputra tidak menjadi majoriti dalam negaranya sendiri. Kemudian idea tersebut menjangkau ke kepulauan Borneo dan idea yang dipandang sepi oleh Tunku menjadi satu idea yang boleh diterimapakai.
- Dengan pengisytiharaan Malaysia, karier politik Lee Kuan Yew terselamat kerana pada tahun-tahun tersebut, karier LKY hampir hancur kerana Parti Sosialis (berfahaman komunis) hampir-hampir berjaya memerintah Singapura. (sudah pasti British tidak mahu wujud Cuba Asia Tenggara dan gagasan Malaysia adalah cara yang terbaik dalam menangani masalah ini).
- Brunei menarik diri dari gagasan Malaysia pada saat-saat akhir (dan merdeka pada tahun 1984 rasanya) kerana pemberontakan dalaman yang dihadapi oleh Brunei yang dikatakan telah didalangi oleh Indonesia!
- Penubuhan gagasan Malaysia dicadangkan diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 iaitu selepas 6 tahun kemerdekaan Tanah Melayu ataupun Malaya tetapi ditunda pada 16 September 1963 kerana PBB melaksanakan pungutan suara ke atas penduduk Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan kedua-dua buah negeri ini ke dalam gagasan Malaysia atas tekanan dari Indonesia dan Filipina. Akan tetapi, Singapura telah pun mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963 secara unilateral.
- Jangan kita lupa idea gagasan Malaysia mendapat tentangan hebat dari Indonesia dan menuduh sebagai neo-kolonisme dan Filipina kerana tuntutan ke atas Borneo Utara (Sabah).
- Setelah penubuhan Malaysia, Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia selama 3 tahun tetapi konfrontasi itu telah pun gagal dengan jatuhnya Presiden Indonesia ketika itu Soekarno kepada Jeneral Soeharto melalui satu rampasan kuasa. Hal ini menyebabkan PKI (Parti Komunis Indonesia) terkubur selama-lamanya dan idea Indonesia Raya hanya tinggal idea dan hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Indonesia disambung semula.
- Kemudian Singapura merdeka keluar dari gagasan Malaysia kerana parti PAP menggunakan isu perkauman dalam pilihanraya dan rentetan daripada itu peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.(Apa yang dibimbangi oleh British terjadi juga tetapi tidaklah seperti yang dibayangkan oleh British iaitu 1 lagi kuasa komunis disebuah pulau kecil).
- Saya masih tidak pasti akan tuntutan Filipina ke atas Sabah telah digugurkan atau pun tidak tetapi berdasarkan perjanjian pajakan diantara Sultan Sulu dengan Inggeris, diantaranya menyebut "selagi ada bulan dan matahari", bermakna Sultan Sulu kehilangan hak untuk mengambil semula tanah tersebut. Sultan Sulu cuma berhak mendapatkan royalti di atas pajakan itu sahaja.
- Kini gagasan Malaysia dianggotai oleh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Terus memacu ke hadapan dan merealisasikan Wawasan 2020.
p/s: buta sejarah, negara tergadai....
Isnin, 13 September 2010
10%....
- 20%... Teringat kisah Encik Penasihat kepada Encik Sadiq Segaraga dalam menyelesaikan masalah kewangan syarikatnya dengan mengorbankan 2 menantunya dalam filem 3 Abdul.
- Saya hanya mengambil 10% sahaja. Bukan 20 % dalam
ceritaentri ini. - Datuk saudara saya (kira abang ipar nenek sayalah..) berpesan kepada saya.. Simpan 10% dari gaji bersih dan jangan gunakan lansung.
- Dengan membuat kira-kira yang mudah.. Jika gaji bersih dalam RM500, simpan RM50 dan jangan usik langsung.
- Mampukah anda melakukannya? Itupun jika baki bersih anda RM500. Jika baki gaji bersih dalam RM1000, kena simpan RM100. Sanggup tak? Berfikir 2 3 kali juga tu. Sudahlah kena simpan, tidak boleh diusik lagi.
- Anda boleh usik duit itu, tetapi diusik selepas persaraan atau anda diberhentikan kerja.
- Andaikata anda mengatakan yang duit pencen atau epf ada. Anda silap.
- Cukup ke duit epf dan pencen yang anda akan dapat selepas persaraan anda? Jika sekarang gaji anda RM10,000 dan ke atas, saya percaya. Jika sekadar RM5000 ke bawah, saya tidak yakin.
- Dengan kos sara hidup semakin naik dan nilai wang semakin mengecil serta bayaran untuk kesihatan yang agak mahal, saya percaya duit epf dan pencen tersebut sekejap sahaja akan habis.
- Lihatlah sekeliling anda. Masih ada lagi warga emas yang masih mencari rezeki yang pada hakikatnya mereka sepatutnya berada dirumah dan berehat sambil melayan kerenah cucu dan mengabdikan diri pada tuhan (sepatutnya dari muda lagi.. Jangan tunggu sampai tua, kita tidak tahu bila ajal kita). Mahukah anda menjadi seperti mereka?
- Jangan kita leka dengan apa yang ada sekarang, kerana duit, orang boleh jadi gila.
- Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Oleh itu sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bak kata pepatah Inggeris "Hope For The Best, Prepare For The Worse".
- Jika anda stress ketika kerja, cuba lihat buku akaun anda. Hasil simpanan anda sebanyak 10% itu. Saya percaya anda akan rasa lega kerana selepas persaraan anda nanti, akan ada duit simpanan bukan sahaja dari epf / pencen anda tetapi juga dari simpanan 10% anda. Mungkin juga simpanan dari takaful anda yang telah matang.
p/s: Berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.
Jumaat, 10 September 2010
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010/1431H
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga kepada rakan-rakan yang mengenali dan rakan-rakan blogger. Semoga raya pada tahun ini akan diabadikan 1 kenangan yang manis dan indah. Jangan berlebih-lebihan pula, kelak akan jadi membazir dan membazir itu sahabat kepada syaitan.
Ikhlas daripada:
ArericH. K
Khamis, 2 September 2010
Semasa~ Apabila makanan yang halal menjadi haram...
- Seringkali saya ke bazar ramadhan berhampiran dengan rumah saya untuk mencari juadah berbuka puasa.
- Terdapat 3 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan bazar ramadhan oleh pihak berkuasa tempatan.
- Pernah saya berpusing-pusing dikawasan bazar 5x semata-mata mencari juadah yang sesuai untuk berbuka puasa nanti.
- Apa yang agak mengecewakan saya adalah faktor kebersihan masih tidak diutamakan.
- Sesetengah peniaga agak pengotor (minta maaf, agak kasar bunyinya) terutama yang menggunakan telur sebagai bahan utama mereka seperti murtabak, burger dan roti john.. (sekadar menyebut beberapa jenis makanan).
- Tidakkah mereka sedar yang telur yang mereka gunakan masih terdapat calitan najis ayam?
- Adakah ianya sukar untuk membilas kulit telur tersebut?
- Tidakkah mereka sedar yang makanan tersebut telah bercampur dengan sesuatu yang haram?
- Mungkin ada yang yakin ianya dikategorikan sebagai syubhah..
- Jangan kita lupa Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya kita tidak terjerumus ke dalam syubhah yang merupakan sesuatu yang diragui samada halal ataupun haram.
- Jangan anda lupa anda mencari rezeki yang halal yang akan diberikan kepada anak isteri.
- Jangan sampai anda mendapat rezeki yang haram kerana menyediakan makanan yang haram walaupun pada hakikatnya ia merupakan bahan yang halal dimakan tetapi cara penyediaan yang salah menjadikannya haram dimakan.
- Mungkin ada andaian mengatakan telur telah dibasuh, tetapi diletakkan semula pada kotak telur itu.
- Alasan yang agak dangkal, tidakkah menjadi satu kerja yang sia-sia jika anda telah basuh kulit telur itu tetapi meletakkan semula pada tempat asalnya. Mungkin masih ada sisa-sisa najis ayam disitu. Diletakkan semula pada tempat asalnya.
- Jika penguatkuasa datang dan memeriksa sendiri keadaanya, tidak keterlaluan saya katakan mungkin banyak gerai akan ditutup.
- Mungkin dikatakan agak zalim dan akan ada cakap-cakap yang mengatakan tidak berhati perut, menutup periuk nasi orang tetapi itulah harga yang perlu dibayar jika kebersihan makanan tidak dititikberatkan.
p/s: orang kita terlalu mengambil kisah pasal makanan tetapi terlupa mereka masih tidak terlepas dari rìba.
Selasa, 24 Ogos 2010
Fobia Automatic Updates? Cuba Semi Automatic Updates..
Kebanyakan mereka yang tahu mengenai dunia IT tidak menggalakkan pengguna Windows Pirated edition untuk mengemaskini perisian Windows mereka atas sebab berikut:
- Menyebabkan Windows tidak stabil (lembab, berat dan hang)
- Terperangkap oleh Genuine Windows (WGA) dan Office Genuine (OGA)
Percayakah anda bahawa kemaskini yang disediakan oleh Microsoft Corp mampu melindungi perisian Windows dari serangan Virus dan Crackers (sila bezakan hackers dan Crackers yer).
Jangan kita lupa pada tahun lepas, serangan Conficker a.k.a Kido yang mengeksploitasi satu lubang pada Windows dan menyerang pc yang menggunakan sistem operasi Windows.
Kemaskini juga memberikan sistem operasi Windows lebih stabil dengan kewujudan Service Pack (Merupakan himpunan kemaskini dan security patches untuk menutup lubang-lubang yang wujud pada system Windows supaya agak sukar pada malwares dan crackers menyerang pc tersebut).
Disebabkan itu anda digalakkan untuk mengemaskini service pack anda. Mungkin kemaskini secara terus ke dalam sistem boleh menyebabkan sistem windows anda menjadi lembab dan tidak stabil.
Adalah lebih baik jika pc atau laptop tersebut diformat terlebih dahulu dan dipasang sistem Windows yang mana merupakan service pack yang terkini.
Bagaimana menjadikan automatic updates menjadi semi automatic updates (mcm mesin basuh lak)?
Start> Control Panel>Automatic Updates
Kemudian, Tick pada “Download Updates For Me, But let me choose when to install them”. Kemudian Klik Apply dan OK
Kemudian Windows akan memuat turun semua kemaskini yang diperlukan oleh Windows tersebut sehingga selesai.
Setelah selesai, dwiklik pada lambang perisai kuning dan 1 kotak akan keluar, pilih custom install (advanced)
Pastikan anda tidak memilih 3 updates iaitu:
- - Windows Genuine Advantage for Windows XP (KB905474)
- - Office Genuine Advantages (KB949810)
- Windows Service Pack 3 (jika anda yakin pc anda tiada masalah untuk updates, boleh diteruskan).
Kemudian, klik install.
Setelah selesai, restart semula pc/ laptop anda.
Tahniah, Sistem Operasi anda yang berlubang telah ditampal dan agak selamat pada ketika ini dari sebarang serangan malware mahupun crackers.
Kelemahan Sistem Semiautomatic updates ini adalah:
- - Tidak dapat updates windows media player 11 original.
- - Tidak dapat memasang Microsoft Security Essential (AV percuma dari Microsoft Corp) kerana memerlukan WGA.
- - Tidak dapat memasang Windows Defender (atas sebab WGA juga)
- - Sistem Windows anda masih lagi dikategori sebagai Pirated edition.
Pada pandangan saya, kelemahan yang wujud tidak mematahkan semangat para pengguna untuk mencari alternative yang lain yang mana masih banyak perisian percuma yang setanding dengan perisian yang tidak dapat dipasang atas sebab WGA tersebut.
p/s: Adalah lebih baik membeli perisian yang asli kerana yang asli lebih baik dari yang cetak rompak…
Buah fikiran
ArericH.K
Selasa, 17 Ogos 2010
Semasa ~ Sumber Rujukan Diragui?
- Apabila berbicara mengenai sesuatu artikel, tidak akan terlepas dari pandangan mengenai rujukan.
- Adalah menjadi suatu perkara yang penting kerana rujukan sesuatu sumber menjadikan sesuatu artikel releven dan boleh dipercayai.
- Saya hendak ketawa
terbahak-bahakapabila satu majalah bulanan meletakkan satu artikel sejarah mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang mana sumbernya dari Wikipedia. - Benar.. dari Wikipedia dan bulat-bulat disalin dan tampal ke dalam majalah tersebut dan terus dicetak untuk bacaan umum.
- Tanyalah mana-mana pensyarah di IPT. Adakah sumber dari Wikipedia diterima sebagai satu sumber yang sah? Sudah tentu tidak. Sumber yang sangat-sangat diragui kerana sesiapa sahaja boleh menokok tambah dan membuang isi kandungan dalam halaman tersebut.
- Mungkin editor agak sibuk sehingga tidak menitikberatkan isu ini dan memasukkan artikel sekadar tangkap muat sahaja.
- Jangan bersikap demikian, kelak memakan diri dan boleh memalukan sesuatu organisasi.
- Buat sedikit rujukan samada dari buku-buku, artikel atau laman sesawang yang boleh dipercayai.
- Mungkin rujukan sejarah boleh dilakukan di Arkib Negara Malaysia. Satu sumber yang boleh dipercayai dan diterima dimahkamah (mahkamah antarabangsa pun terima tau).
- Selain itu, rujukan ilmiah juga boleh dijalankan di mana-mana perpustakaan samada di universiti atau pun di Perpustakaan Negara. (Membaca Jambatan Ilmu).
p/s: Bilakah masyarakat Malaysia hendak menjadikan budaya membaca sebagai satu hobi?
Khamis, 12 Ogos 2010
Edisi Ucapan ~~ Ramadhan tiba lagi 1431H..
Selamat datang Ramadan Al-Mubarak 1431H. Bulan kerahmatan, bulan keampunan.. Bulan dimana amal ibadah digandakan. Bulan dimana Solat Sunat Terawikh didirikan selepas solat Isyak. Bulan dimana hadirnya malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Bulan diturunkan Al-Quran.. Bulan dimana perang pertama umat Islam menentang kafir Quraisy iaitu Perang Badar. Bersama-samalah kita meningkatkan amal ibadah kita. Bersama-samalah kita menginsafi kejahatan yang pernah kita lakukan dan bertaubatlah kita pada Allah dan berjanji tidak melakukan semula kesilapan tersebut..
Bersama-samalah kita melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Dalam bulan ini juga terdapat beberapa hadith yang tarafnya dhaif dan palsu. Oleh itu, berhati-hatilah saudara mengenai penyebaran hadith tersebut yang mana saya pernah melihat dan mendengar melalui khutbah jumaat, forum, emel mahupun blog. Selidik dahulu hadith tersebut dan bertanyalah pada mereka yang mengetahui mengenai ilmu hadith tersebut. Selamat menjalani ibadah puasa dan saya sentiasa doakan saudara-saudaraku berada dilandasan yang benar dan setiap amalan puasanya diterima oleh Allah.
Buah Fikiran,
ArericH Kdn™
Rabu, 4 Ogos 2010
Edisi karut~seni bela diri melayu dalam filem animasi?
- Pernah suatu ketika pada era 90-an Malaysia pernah berbangga dengan filem animasi 2D Silat Lagenda yang mana 5 anak muda mendapat 5 keris peninggalan 5 hang bersaudara dan menggunakan kuasa dari keris tersebut untuk menentang kejahatan. (betulkan saya jika tersilap).
- Selepas dari filem tersebut, tiada lagi mana-mana animasi (mungkin ada tapi tidak menonjol sangat) yang menonjolkan senibela diri sebagai intipati karya mereka.
- Animasi yang menonjolkan budaya ketimuran adat sopan dan suasana kampung telah banyak dipasaran seperti karya lat,upin dan ipin dan sebagainya.
- Tidak seperti dijepun, pasaran animasi mereka sangat besar dan pelbagai genre telah mereka ketengahkan tetapi mereka tidak melupakan warisan dan adat mereka.
- Mungkin genre mereka agak fantasi dan tahyul (diluar akal fikiran) tetapi disebalik unsur-unsur tersebut, mereka masih menyelitkan unsur-unsur kebudayaan mereka seperti anime bleach, naruto, kyo samurai deeper.. sekadar menyebut beberapa animasi yang popular di Malaysia ketika ini.
- Peminat-peminat anime mungkin menyedari (jika mereka peka) akan kewujudan unsur-unsur kebudayaan dari negara matahari terbit ini. Mungkin selepas fenomena upin dan ipin akan ada animasi lain yang setanding dengan silat lagenda. mungkin dalam 3D.
- Saya percaya jika silat diketengahkan dalam pelbagai genre, secara tidak lansung menarik minat generasi muda untuk menyertai dan menghayati seni silat yang mana merupakan satu kebudayaan orang melayu yang mana sesetengah silat diambang kepupusan.
p/s: hebat tak hebat negara jepun yang pernah kalah dalam perang dunia ke-2 tetapi masih mampu menaklukì dunia.
think BIG.. satu angan2 atau impian y menjdi nyata..
- Menjadi suatu perkara biasa apabila rakan-rakan dan mungkin segelintir ahli keluarga memperkecilkan impian ataupun satu angan-angan yang kita inginkan.
- Mungkin tidak realistik ataupun ianya sekadar ikutan rakan-rakan yang mana itu bukanlah diri anda..
- Mungkin juga keluarga dan rakan-rakan anda merasakan itu bukan diri anda dan mungkin mereka merasakan anda tidak mampu untuk mencapai impian anda tersebut.
- Carilah dalam diri anda satu potensi y realistik..
- Anda ada potensi!! Mungkin anda bercita-cita menjdi seorang CEO. Bagaimana hendak jadi CEO? Anda fikirkan.
- Bermula dengan menuntut ilmu. Jangan mulakan langkah tanpa ilmu didada. Itu "membunuh diri" namanya. Kemudian timba pengalaman sebaik-baiknya dan ambil peluang dan pastikan peluang tersebut mampu memberi kebaikan pada diri dan orang sekeliling kita.
- Pada ketika itu akal fikiran digunakan sebaik-baiknya dalam memilih peluang yang wujud.
- Jangan lupa sepanjang anda berusaha, Ingat pada pencipta kita. Ingat Tuhan. Jangan bila da susah baru nak cari. Bila senang ditinggalkan.
- Anda yang menentukan jalan hidup anda. Jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup anda kecuali teguran dan kritikan yang membina yang memimpin kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.
- Jika anda telah capai apa yang anda inginkan.. Janganlah lupa pada mereka yang pernah menolong anda dan bantulah masyarakat sekeliling anda.. Jangan jadi seorang angkuh ibarat kacang lupakan kulit. Tidak ada gunanya menyombong, sehebat-hebat diri anda masih ada yang lebih hebat lagi.
- Apa yang paling penting, adalah jangan putus asa dalam mencapai sesuatu impian.
- Jangan jadikan impian itu satu angan-angan sahaja.
p/s: mcm biasa aje post nie..
Ahad, 11 Julai 2010
Edisi karut~ Dalam kotak vs luar kotak...
- Situasi ini selalu terjadi dalam ucapan mahupun di dalam kelas. Apabila pemberi ucapan dan pensyarah sering mengatakan berfikir di luar kotak.. Adakah berfikir anda diluar satu kotak ataupun satu kubik.
- Mungkin konteks berfikir di luar kotak boleh ditafsirkan sebagai berfikir di luar satu situasi yang mana cadangan yang diutarakan boleh menyelesaikan sesuatu situasi tersebut manakala berfikir didalam kotak lebih kepada bentuk cadangan yang hampir serupa.. cuma perbezaan dalam penuturan kata.
- Menjadi satu persoalan dimanakah sempadan kotak tersebut yang membolehkan kita keluar dari kotak tersebut.
- Semua itu terpulang pada tahap pengetahuan masing-masing bagaimana hendak memanipulasi otak fikiran kita untuk keluar dari kotak tersebut..
- Oleh itu.. di manakah sempadan kotak pada diri anda? Fikirkanlah.. Jika anda tidak berfikir.. otak akan menjadi lembap.... Apabila menjadi lembap.. sukar hendak memikirkan satu penyelesaian...
Ahad, 30 Mei 2010
1001 maksud tersirat dan tersurat...
- Melihat pada gambar ini.. Mengenang kembali kisah Zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 kepada Portugis.
- Pelbagai andaian dan faktor-faktor telah diketengahkan para sejarawan tempatan mahupun antarabangsa mengenai kejatuhan satu kerajaan yang pernah gah dan terkenal ketika itu.
- Tetapi jika dilihat betul-betul, kesemua gambar yang telah ditanda nombor mempunyai hubungkait apa yang berlaku pada orang melayu sekarang. Dengan kata lain adalah penyakit sosial yang berlaku sekarang dan juga cabaran dari pihak luar.
- Tidak perlu saya terangkan secara jelas mengenai apa yang berlaku pada setiap perkara yang berlaku pada nombor yang ditanda kerana sudah jelas berlaku dan kita tidak melakukan apa-apa, sekadar melihat dan menuding jari ke arah pihak lain tanpa menyedari puncanya adalah kesilapan diri kita sendiri.
- Mungkin rakan-rakan dan saudara boleh muhasabah diri kita.. Sejauh mana kita mencegah penyakit-penyakit ini dari menular.
Sabtu, 22 Mei 2010
Perisian - Accounts & Budget Free
- Pada satu masa dahulu, saya pernah memikirkan mengenai 1 perisian yang mana saya boleh melihat pergerakan kewangan saya datang dan pergi.
- Saya mengoogle di internet dan mencuba beberapa perisian percuma (freeware) dan kebanyakannya agak mengecewakan saya.
- Kemudian saya mencuba 1 perisian ini. Dikategorikan sebagai perisian percuma jika menggunakan 1 akaun sahaja dan perlu dibeli jika ingin menambah akaun ke 2 dan seterusnya. (masih bujang.. x perlu wat bnyk akaun)
- Sedikit sinopsis mengenai perisian tersebut:
- Saya telah menggunakan perisian ini sejak versi 5.0 dan versi terkini adalah versi 6.01.
- Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman sesawang rasmi perisian tersebut dan boleh memuat turun perisian tersebut yang mana saiznya hanya sebesar 6.0MB dan serasi untuk persekitaran Windows XP,2000,Vista dan Seven.
- Selamat mencuba.
Accounts & Budget free is a simple accounting software that gives you all necessary tools to manage your expenses, income and your budget.
The freeware version enables you to manage one account.
Ahad, 16 Mei 2010
Semasa - Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru serta pensyarah yang tidak pernah jemu dalam mendidik anak bangsa.. Semoga para guru sentiasa bersemangat dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada agama, negara dan bangsa. Sedikit puisi daripada Usman Awang sebagai satu penghargaan kepada para guru dan pensyarah seluruh Malaysia dan dunia. (lihat gambar)
Jumaat, 16 April 2010
Sedekah itu...
1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~ kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus (penunggu, hantu, dll); ~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg diberikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll); bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan: maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin.Manakala dari segi istilah pula..
Sedekah asal kata bahasa Arab shadaqoh yang berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Juga berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap ridho Allah SWT dan pahala semata. Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebuh sadaqah at-tatawwu' (sedekah secara spontan dan sukarela).