Sedekah itu...
Sedekah... Semua orang tahu apakah itu sedekah..
menurut Kamus Dewan edisi ke-4 dari laman sesawang rasminya.. Sedekah dari segi bahasa melayu bermaksud
1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~ kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus (penunggu, hantu, dll); ~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg diberikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll); bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan: maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin.
Manakala dari segi
istilah pula..
Sedekah asal kata bahasa Arab shadaqoh yang berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Juga berarti suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap ridho Allah SWT dan pahala semata. Sedekah dalam pengertian di atas oleh para fuqaha (ahli fikih) disebuh sadaqah at-tatawwu' (sedekah secara spontan dan sukarela).
Tidak semestinya sedekah hanya memberi wang ringgit.. Senyum pun satu sedekah.. Senyumlah wahai saudara.. Semoga rakan-rakan yang melihat pun rasa senang hati..
Jika memberi sedekah dalam bentu wang ringgit.. Buatlah seperti "tangan kanan diberi, tangan kiri tidak tahu".. Tidaklah perlu diheboh-hebohkan.. kelak menjadi riak.. Riak merupakan satu sifat mazmumah..
Menanam pohon bunga juga merupakan satu sedekah.. Jika kita menanam pokok.. ia menjadi tempat tinggal pada haiwan.. memberi makan pada serangga melalui daun dan bunga pada pohon itu..
Jangan dilupa memberi makanan pada haiwan samada haiwan kesayangan mahupun mana-mana haiwan yang diciptakan oleh Allah. Pernah satu hari ketika di Sabah, di suatu kawasan perumahan.. ada seekor anjing mengekori saya dan kawan saya.. Rupa-rupanya anjing itu sangat lapar.. dan saya memberi sedikit makanan pada anjing itu.. Anjing itu terus mendapatkan makanan tersebut dan lari.. Saya hanya melihat sahaja perilaku haiwan tersebut.. Sesuatu yang agak mengharukan saya.. die menoleh 3 kali.. seolah-olah mengucapkan terima kasih pada saya.. Agak tergamam ketika itu dan saya hanya mampu tersenyum.
Sedekah dengan seikhlas hati tidak merugikan seseorang.. tetapi menguntungkan lagi.. Percayalah pada kuasa sedekah.. Dengan izin Allah.. akan mendapat 2 3 kali ganda dari nilai sedekah anda.. Sentiasa bersangka baik pada Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kritikan anda