Rabu, 29 September 2010

Edisi sastera ~ Umum vs Spesifik


*Umum - 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja.

*Spesifik  - khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah- istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat)

*rujukan dari laman sesawang rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mungkin situasi ini sering berlaku dalam kehidupan seharian di Malaysia.
Saya nak makan maggi.. sambil mengambil mee segera jenama cintan dalam almari.
abang, ambilkan pampers budak nie.. sedangkan itu adalah lampin pakai buang.
Mana pula perginya colgate aku nie.. Sedangkan itu adalah ubat gigi.

Mungkin sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia menggunakan jenama tertentu untuk melabelkan sesuatu yang pada asalnya sesuatu yang spesifik menjadi sesuatu yang umum.

Secara automatik jenama yang diangkat dari sesuatu yang spesifik kepada yang umum menjadi popular dan dari segi pemasaran, ia merupakan satu petanda yang baik yang mana pengilang produk tersebut dapat promosi secara percuma.

Mereka tidak perlu bersusah payah untuk membuat iklan di kaca televisyen untuk mengiklan produk mereka. Sudah jimat perbelanjaan mereka dari segi pengiklanan.

Contoh lain, kita tahu radio mempunyai kaset dan perakam, tetapi di negara lain, mungkin radio sekadar radio sahaja dan tidak mempunyai fungsi lain seperti perakam dan kaset. Diceritakan oleh seorangpegawai saya yang ke India dan membawa radio, disana ianya dipanggil radio cassette recorder. Disebabkan pegawai tersebut mengisytiharkan radio, bukan radio cassette recorder, dia terkandas beberapa jam.

Mungkin sesetengah orang menganggap ianya remeh tetapi mungkin juga ia merupakan sesuatu yang besar pada orang lain.

Mungkin juga suku kata yang panjang menjadi alasan bagi mereka untuk mencari alternatif lain bagi melabelkan sesuatu.

Sebagai contoh ubat gigi mempunyai 4 suku kata tetapi dengan menyebut Colgate (jenama produk yang spesifik tetapi dijadikan sesuatu yang umum), hanya 2 suku kata sahaja digunakan.

Sesuatu yang panjang telah pun dipendekkan secara tidak rasmi dan digunakan secara meluas tetapi dalam percakapan harian dan bukanlah digunakan secara rasmi samada dalam penulisan mahupun ucapan. Penat sangat kot menyebut perkataan yang dikategorikan sebagai umum yang agak panjang dari perkataan yang spesifik. suku kata yang pendek dan mudah difahami.


p/s: bukan pakar bahasa. sekadar memerhati penggunaan bahasa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda