Khamis, 2 September 2010

Semasa~ Apabila makanan yang halal menjadi haram...

  1. Seringkali saya ke bazar ramadhan berhampiran dengan rumah saya untuk mencari juadah berbuka puasa. 
  2. Terdapat 3 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan bazar ramadhan oleh pihak berkuasa tempatan. 
  3. Pernah saya berpusing-pusing dikawasan bazar 5x semata-mata mencari juadah yang sesuai untuk berbuka puasa nanti. 
  4. Apa yang agak mengecewakan saya adalah faktor kebersihan masih tidak diutamakan. 
  5. Sesetengah peniaga agak pengotor (minta maaf, agak kasar bunyinya) terutama yang menggunakan telur sebagai bahan utama mereka seperti murtabak, burger dan roti john.. (sekadar menyebut beberapa jenis makanan). 
  6. Tidakkah mereka sedar yang telur yang mereka gunakan masih terdapat calitan najis ayam? 
  7. Adakah ianya sukar untuk membilas kulit telur tersebut? 
  8. Tidakkah mereka sedar yang makanan tersebut telah bercampur dengan sesuatu yang haram? 
  9. Mungkin ada yang yakin ianya dikategorikan sebagai syubhah.. 
  10. Jangan kita lupa Rasulullah S.A.W menganjurkan supaya kita tidak terjerumus ke dalam syubhah yang merupakan sesuatu yang diragui samada halal ataupun haram. 
  11. Jangan anda lupa anda mencari rezeki yang halal yang akan diberikan kepada anak isteri.
  12. Jangan sampai anda mendapat rezeki yang haram kerana menyediakan makanan yang haram walaupun pada hakikatnya ia merupakan bahan yang halal dimakan tetapi cara penyediaan yang salah menjadikannya haram dimakan.
  13. Mungkin ada andaian mengatakan telur telah dibasuh, tetapi diletakkan semula pada kotak telur itu.
  14. Alasan yang agak dangkal, tidakkah menjadi satu kerja yang sia-sia jika anda telah basuh kulit telur itu tetapi meletakkan semula pada tempat asalnya. Mungkin masih ada sisa-sisa najis ayam disitu. Diletakkan semula pada tempat asalnya.
  15. Jika penguatkuasa datang dan memeriksa sendiri keadaanya, tidak keterlaluan saya katakan mungkin banyak gerai akan ditutup.
  16. Mungkin dikatakan agak zalim dan akan ada cakap-cakap yang mengatakan tidak berhati perut, menutup periuk nasi orang tetapi itulah harga yang perlu dibayar jika kebersihan makanan tidak dititikberatkan.

p/s: orang kita terlalu mengambil kisah pasal makanan tetapi terlupa mereka masih tidak terlepas dari rìba.

2 ulasan:

  1. yup!SANGAT setuju dlm hal telur yg tak dibasuh nih. bukannya susah sgt nak basuh telur tu pon.. *sigh*

    BalasPadam
  2. hAnYs~ diorng merasakan bnda 2 remeh temeh... tapi x sedar kesan dan akibatnya...

    BalasPadam

Kritikan anda