Isnin, 13 September 2010

10%....


  1. 20%... Teringat kisah Encik Penasihat kepada Encik Sadiq Segaraga dalam menyelesaikan masalah kewangan syarikatnya dengan mengorbankan 2 menantunya dalam filem 3 Abdul.
  2. Saya hanya mengambil 10% sahaja. Bukan 20 % dalam cerita entri ini. 
  3. Datuk saudara saya (kira abang ipar nenek sayalah..) berpesan kepada saya.. Simpan 10% dari gaji bersih dan jangan gunakan lansung.
  4. Dengan membuat kira-kira yang mudah.. Jika gaji bersih dalam RM500, simpan RM50 dan jangan usik langsung.
  5. Mampukah anda melakukannya? Itupun jika baki bersih anda RM500. Jika baki gaji bersih dalam RM1000, kena simpan RM100. Sanggup tak? Berfikir 2 3 kali juga tu. Sudahlah kena simpan, tidak boleh diusik lagi. 
  6. Anda boleh usik duit itu, tetapi diusik selepas persaraan atau anda diberhentikan kerja.
  7. Andaikata anda mengatakan yang duit pencen atau epf ada. Anda silap. 
  8. Cukup ke duit epf dan pencen yang anda akan dapat selepas persaraan anda? Jika sekarang gaji anda RM10,000 dan ke atas, saya percaya. Jika sekadar RM5000 ke bawah, saya tidak yakin.
  9. Dengan kos sara hidup semakin naik dan nilai wang semakin mengecil serta bayaran untuk kesihatan yang agak mahal, saya percaya duit epf dan pencen tersebut sekejap sahaja akan habis.
  10. Lihatlah sekeliling anda. Masih ada lagi warga emas yang masih mencari rezeki yang pada hakikatnya mereka sepatutnya berada dirumah dan berehat sambil melayan kerenah cucu dan mengabdikan diri pada tuhan (sepatutnya dari muda lagi.. Jangan tunggu sampai tua, kita tidak tahu bila ajal kita). Mahukah anda menjadi seperti mereka?
  11. Jangan kita leka dengan apa yang ada sekarang, kerana duit, orang boleh jadi gila.
  12. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Oleh itu sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bak kata pepatah Inggeris "Hope For The Best, Prepare For The Worse"
  13. Jika anda stress ketika kerja, cuba lihat buku akaun anda. Hasil simpanan anda sebanyak 10% itu. Saya percaya anda akan rasa lega kerana selepas persaraan anda nanti, akan ada duit simpanan bukan sahaja dari epf / pencen anda tetapi juga dari simpanan 10% anda. Mungkin juga simpanan dari takaful anda yang telah matang.


p/s: Berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan anda