Ahad, 7 November 2010
2 Ulasan

Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu...Suatu Penilaian Peribadi

Ahad, November 07, 2010


  1. Seperti yang anda maklum sejak awal tahun yang lalu, hari Sabtu telah diisytiharkan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik dan setiap beg plastik akan dikenakan caj sebanyak 20 sen. Undang-undang ini tertakluk di negeri Selangor sahaja (khabarnya Pulau Pinang nak buat setiap hari tanpa beg plastik)
  2. Oleh yang demikian, adakah program ini telah memberi kesedaran kepada pengguna tentang bahaya plastik kepada alam sekitar dalam tempoh jangka panjang? Adakah program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran akan kepentingan kitar semula? Adakah program ini telah memberi impak kepada penggunaan plastik di Selangor khususnya?
  3. Mungkin ada banyak lagi persoalan mengenai isu ini tetapi cukuplah sekadar kesedaran minda kelas pertama dalam pengurangan penggunaan plastik dalam kegunaan seharian.
  4. Apa yang saya lihat pada beberapa buah pasaraya, kesedaran sudah ada tetapi pelaksanaan pada individu masih kurang. 
  5. Mungkin caj yang dikenakan sebanyak RM0.20 masih dikira kecil tetapi bagi mereka yang agak "berkira", ia merupakan sesuatu yang besar. Pernah terjadi kepada rakan saya, gara-gara tidak mahu membayar caj RM0.20, dia hampir-hampir kerugian RM30 kerana ketidakjujuran seorang "cashier" dalam memberitahu kepada rakan saya yang dia tidak mengambil baki dari pembelian tersebut. (Itu isu lain - Integriti)
  6. Mungkin selepas ini kempen yang lebih agresif perlu dilakukan dalam merealisasikan program ini.
  7. Selain itu kesedaran sivik pada setiap keluarga wajib ada dalam membantu mengurangkan penggunaan plastik ini. Jangan kerana nilai 20 sen yang dicaj, anda telah merosakkan alam sekitar untuk tempoh jangka panjang.
  8. Dari individu kepada keluarga, dari keluarga kepada masyarakat, dari masyarakat kepada seluruh rakyat negeri Selangor bersama-sama mengurangkan penggunaan plastik sebagai barang keperluan harian.
  9. Pada negeri lain yang masih belum mengimplimentasikan program ini, jangan tunggu sampai program ini dilancarkan di negeri anda, mulakan dari sekarang. Jadilah warganegara Malaysia yang sayang akan alam sekitar dengan mengurangan plastik dikawasan pelupusan sampah.


p/s: Bagaimana dengan program kitar semula dan bila barangan elekitrik dengan teknologi hijau akan turun harganya?

2 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

me sooooo agree wif day without plastic bag. kalo buat hari2 pun xpe. lg pun skang dh mcm2 jenis beg shopping anti plastic kuar. cantik2 plak tu. beli je lah, senang bwk xyah kumpul plastik byk2 kt umh

ArericH K. berkata...

miss lynda ~ good approach my friend... amalkan selalu.. Selamatkan bumi..

 
Toggle Footer
Top