Jumaat, 15 Oktober 2010
2 Ulasan

Perokok adalah orang yang kaya...

Jumaat, Oktober 15, 2010

  1. Kawan saya mengeluh, macamana perokok boleh hidup sama taraf dengan dia. Sama-sama kurang duit tapi si perokok masih mampu membeli rokok dan makan serta berjalan-jalan.
  2. Saya mampu tersenyum apabila dia berkata sedemikian rupa.
  3. Memang perokok seorang yang kaya. Menghabiskan duit untuk membeli rokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang lain (perokok sangat faham akan perkara ini, cuma tak ambil kisah aje).
  4. Saya memberi satu cadangan pada dia supaya jadi seorang perokok. (terkejut member yang memang anti rokok nie.. hahaha)
  5. Saya menjelaskan pada dia, asingkan duit rokok dan simpan dalam satu tabung dan bukan untuk beli rokok. Untuk perokok cuma laburkan sahaja ke kedai-kedai yang menjual rokok dan hisap rokok seperti biasa. 
  6. Setelah cukup bulan, buka tabung rokok itu. Berapa banyak telah anda simpan? Jika si perokok memerlukan 2 hari untuk menghabiskan rokok 20 batang yang kini bernilai RM10 (mungkin akan naik lagi nie), anda perlu memasukkan ke dalam tabung rokok itu RM5 sehari dan teruskan sehingga hujung bulan dan jangan abaikannya kerana perokok sanggup buat apa sahaja asalkan dapat menghisap rokok.
  7. Untuk permulaan mungkin agak sakit sedikitlah. Tapi tidak salah untuk mencuba menjadi seorang "perokok"  yang sihat.
  8. Anda pasti akan berpuas hati jika melihat hasil simpanan duit rokok itu. 
  9. Selamat menjadi seorang "perokok" yang berjaya.   

p/s: dalam proses berhenti merokok....

2 Ulasan:

Lynda.CG berkata...

hey good idea coz my fren penah buat camtu kat husband dia. minta husband dia duit baki rokok yg dibelinya. biasanya perokok akan bg suploh hengget kan, so bakinya wife dia akan amik. few mth later isteri dia tunjuk duit dia simpan dr baki duit rokok. isteri dia tanya bayangkan kalo dia simpan duit rokok tu? heheheh

Are RicH K berkata...

@lynda~ ngah try implement kat diri psal bnda nie.. hehe.. nak tgk dapt smpan brape bynk tuk sebulan... u can try it... :D:D berbaloi2...

 
Toggle Footer
Top