Sabtu, 28 September 2013

Harga Rokok Naik - Satu Analisis Ringkas

Bermula 30 September 2013, harga rokok akan naik lagi daripada RM10.50 kepada RM12. Kenaikan sebanyak RM1.50 daripada kenaikan sebelum ini iaitu RM0.30.Beberapa faktor boleh dilihat hasil daripada kenaikan harga rokok ini iaitu:

  • Peningkatan hasil cukai rokok
  • Salah satu cara ekstrem untuk perokok berhenti merokok
  • Mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan oleh kerajaan akibat kesan negatif merokok
  • Dalam mencapai status negara maju, faktor usia yang panjang adalah antara faktor yang dilihat untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Para perokok perlu melakukan penstrukturan yang besar kerana selepas kenaikan harga bahan api yang menyaksikan kenaikan berantai berlaku, kini perokok perlu menstruktur semula kewangan mereka untuk pembelian rokok yang dilihat menguntungkan perokok sahaja dan tidak kepada mereka yang tidak merokok.  Kemungkinan perokok tegar akan mencari alternatif lain sama ada menggunakan rokok elektronik, rokok daun, rokok seludup dan mungkin juga akan ada yang berhenti merokok.

Kepada perokok yang mahu berhenti merokok, sedikit tips ini mampu dijadikan panduan agar perokok boleh membuang tabiat itu dan yang paling penting adalah usaha untuk melawan ketagihan nikotin. Kepada mereka yang tidak merokok dan mahu menjadi kaya seperti perokok, boleh cuba tips ini. Kuncinya adalah disiplin.

p/s: Cukai arak tak nak naik ke?

Jumaat, 27 September 2013

Ketika Mencari Jodoh Yang Sesuai


Ketika mencari jodoh yang sesuai
Restu ibubapamu adalah keutamaan
Tanpa restu mereka
Gundah gulana hidup di dunia

Ketika mencari jodoh yang sesuai
Dengarlah pandangan ibu bapamu
Ibarat Emas bertatahkan berlian
Pasti ada sebab musababnya
Kerana mereka lebih banyak menimba pengalaman
sama ada melaluinya sendiri mahupun daripada orang lain

Ketika mencari jodoh yang sesuai
Jangan pernah putus asa dan sentiasa berusaha
Andai kenangan silam menghantui dirimu
Itulah cabaran yang kamu wajib atasi
Kerana disebalik cabaran itu
Terbentang kebaikan yang kamu tidak sangka - sangka

Ketika mencari jodoh yang sesuai
Sentiasa berdoa kepada-Nya
Sentiasa menginsafi kelemahan diri
Kerana ada ketikanya
Dosa -dosa itu menjauhkan kita
Dengan jodoh kita

Sabtu, 21 September 2013

5years Blog's Birthday Contest~


Secara kebetulan, ini adalah penyertaan saya yang ke 5 untuk pertandingan secara atas talian. Kali terakhir saya menyertai pertandingan ini pada tahun 2011 dan ada blog yang saya sertai telah pun mati. Tuan empunya blog adalah Cikgu Aini menerusi blognya iaitu Petal of Words.. Minnajihin... Beliau mempunyai beberapa blog yang lain yang mempunyai tema yang berbeza. Walaupun Cikgu Aini mengatakan saya telah pun lama di dalam dunia blog iaitu 2 tahun lebih awal dari beliau, tetapi Cikgu Aini lebih istiqamah di dalam penulisan blognya berbanding saya yang tidak konsisten dan bergantung pada mood dan kelapangan masa saya.

Diantara syarat penyertaan ini adalah:

1. Hanya untuk followers (yang masih belum follow u have to follow first) 
   Orang ke 907.. hahaha.. sori cikgu.. 

2. Buat 1 entri, copy tajuk seperti yang tertera.. dan link ke entri ini.
   Sama tak dengan tajuk pertandingan itu dan link itu telah pun diletakkan pada ayat tertentu.

3. Sila beri komen penambahbaikan dan cadangan #apa-apa sahaja tentang blog cikgu aini.. @ainblogger.

 Kandungan blog 
 Saya tidak apa-apa nak sentuh kerana itu adalah hak ekslusif cikgu aini. 

Follower
Cikgu meletakkan follower dibahagian atas dan saya tidak merasakan ia perlu berubah kerana ini adalah penghargaan cikgu kepada pengikut setia cikgu yang sentiasa menyumbang trafik kepada blog cikgu.

Link Within
Saya amat ingin tahu akan kewujudan widget ini pada sebelah kiri blog dan saya tidak nampak ianya berfungsi dengan baik berbanding di sebelah bawah setiap entri.

Reka letak blog
Susunan reka letak blog sangat penting kerana ia adalah untuk memudahkan pembaca mencapai informasi seperti arkib, pos popular dan lain - lain yang dirasakan perlu. Mungkin cikgu perlu mempertimbangkan penggunaan reka letak yang mempunyai tiga lajur (3 column) berbanding sekarang (2 column).

Label
Cikgu Aini tidak menggunakan labels pada setiap entri cikgu atau cikgu menyembunyikannya? ^_^. Penggunaan labels ini memudahkan cikgu untuk membuat pintasan (short cut) kerana pembaca mungkin mempunyai minat tertentu di dalam penulisan cikgu.

Blogger profile atau facebook widget?
Cikgu pilih salah satu yang mana cikgu berkenan ataupun cipta satu hyperlink kepada blogger profile seperti Link yang bertajuk Mengenai Saya (about me).

Search widget
Apa kata search widget diletakkan di atas dan bukan di bawah kerana secara umumnya carian akan diletakkan di atas dan jarang-jarang meletakkannya di bawah ataupun tukar tempat dengan follow by email widget.

Iklan
Salah satu cara mendapatkan pendapatan secara pasif. Nampaknya cikgu menggunakan 2 daripada 3 widget yang disediakan pihak pengiklan dan malangnya saya menggunakan ads block dan saya tidak nampak iklan cikgu. Maaf cikgu. Jika boleh minimumkan penggunaan iklan dan menggunakan bentuk iklan yang sesuai. Selain itu tempatkan ditempat yang mudah dilihat oleh pembaca.

Countdown 
Blog ini mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi cikgu dan saya percaya jika cikgu menggunakan template blog yang menggunakan 3 lajur (3 column), saya percaya ia akan lebih tersusun.

RSS Feed
Saya percaya jika cikgu menggunakan custom free template, RSS Feed telah disediakan dan tidak perlu menggunakan widget dan mungkin sedikit ilmu dan kepakaran di dalam mengubah kod pada template tersebut diperlukan.

Feedjit live traffic
saya  suka widget ini tetapi jika cikgu merasakan ianya perlu, letak batasan (limitation) hanya 5 kemaskini kerana jika meletakkannya 10 kemaskini, blog anda tidak seimbang.

Pemilihan template
Pastikan pemilihan template bersesuaian dengan visi dan misi blog ini (macam biasa dengar aje nie... lalalala). Maksimum 4 warna sahaja dan tidak menggunakan terlalu banyak warna keran ini akan mencacatkan pandangan mata pembaca.

Mutiara kata
Saya suka dan apakata cikgu menggunakan sedikit ilmu html dan menjadikannya dalam bentuk scroll text.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]

Sedikit sebanyak dapat menjimatkan banyak ruang.

Comment
Apakata komen / ulasan dalam bentuk popup windows (Boleh diubah pada blog setting).

Akhir kata, saya percaya jika cikgu menggunakan custom template 3 column, semua widget yang cikgu ada tidak perlu dibuang dan hanya perlu disusun kembali mengikut keutamaan dan membayangkan cikgu adalah pembaca dan soal kepada diri cikgu - Apa yang pembaca mahu dari blog cikgu?

4. Dah siap, tagged (sekurang-kurangnya seorang.. lebih ramai lagi bagus) kawan.. sila paste URL awak dalam ruangan comment entri ini... 

saya mahu tagged cikgu nunu. :p

Penyertaan sebelum 30 September 2013, jam 12mlm. Pengumuman pemenang akan dilakukan sebelum 15 Oktober 2013.

Mungkin berkerut-kerut cikgu membacanya dan maaf andai terlalu banyak komen dan cadangan penambahbaikan pada blog cikgu. ^_^

p/s: Agak-agak keluar tajuk tak karangan saya cikgu?

Pengajian Separuh Masa - Cabaran dan Persediaan

Kebiasaannya menyambung pengajian sambil bekerja bukanlah satu pilihan yang baik pada kaca mata ibubapa. Kebanyakan ibubapa menasihati anak-anaknya agar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa berbanding separuh masa / pengajian jarak jauh. Alasan masa yang terhad dan juga faktor wang menjadi topik utama di dalam penyampaian ibubapa mengenai isu ini.

Akses pengajian jarak jauh semakin banyak ditawarkan sama ada daripada IPTA sendiri mahupun daripada IPTS seperti UTM, UiTM, UM, UKM, OUM, UMS dan lain - lain universiti dengan sasaran kepada golongan pekerja yang mahu meningkatkan taraf hidup mereka.

Beberapa mod pengajian perlu diketahui oleh bakal pelajar yang mahu menyambung pengajian bukan secara sepenuh masa. Di antaranya adalah Mod Separuh Masa, Mod Eksekutif, Mod Blending Learning, Mod Jarak Jauh dan Online Learning. Setiap mod mempunyai kelebihan tertentu dan adalah penting bagi bakal pelajar untuk memilih mod yang sesuai dengan keperluan dan masa.

Cabaran

Beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa iaitu:- 
  • Masa - Pengurusan masa sangat penting kerana masa rehat (Sabtu / Ahad / kelas malam) digunakan untuk belajar sama ada secara bersemuka mahupun secara atas talian.
  • Komitmen - Cabaran di dalam melanjutkan pelajaran secara separuh masa ini adalah melawan sifat jemu kerana tempoh pengajian yang lama. Cabaran bertambah getir apabila pelajar tersebut telah pun berkahwin dan komitmennya semakin bertambah. Pengurusan masa amat penting agar komitmen belajar dan keluarga seimbang.
  • Kewangan - Kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran telah bersedia dari segi kewangan dan jarang - jarang menghadapi masalah tersebut. Selain itu kemudahan pinjaman PTPTN, bantuan BaitulMal dan juga insentif daripada majikan sedikit sebanyak membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah kewangan.
 Persediaan
  • Persediaan mental dan fizikal penting kerana tempoh pengajian agak lama iaitu 3 - 5 tahun. 
  • Pemilihan kursus dan IPT yang bersesuaian serta mengambil kira faktor -faktor tertentu seperti mendapat akreditasi dari MQA, JPA dan juga jarak perjalanan dari rumah ke kampus. 
  • Asas kewangan yang kukuh.
  • Toleransi daripada pasangan sangatlah penting.
  • Sesetengah majikan perlu memberi kebenaran kepada pekerjanya kerana kelas diadakan ketika hujung minggu dan ada pekerja yang berkhidmat pada hujung minggu (kerja syif). Pekerja perlu memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajian secara separuh masa.



Isnin, 16 September 2013

Tidakkah kamu mahu berfikir?" (4)

Kamu sentiasa yakin pada diri
Sedangkan kamu lupa Keyakinan pada Allah adalah keyakinan yang sebenar-benarnya

Kamu memahami segala isi ilmu di dunia ini
Sedangkan kamu lupa untuk memahami segala isi Quran dan Hadith Rasullullah?

Kamu merasakan kamu telah selamat dari azab Allah
Sedangkan kamu lupa bahawa mereka yang merasa selamat adalah mereka yang rugi

Kamu merasakan usia kamu masih panjang
Sedangkan kamu lupa akan kematian itu adalah pasti

Kamu merasakan telah melaksanakan sunnah Rasulullah
Sedangkan kamu lupa melaksanakan yang fardhu

Kamu merasakan amal kamu sudah cukup
Sedangkan kamu lupa dosa yang kamu lakukan

Kamu mengharapkan keampunan-Nya
Sedangkan kamu lupa untuk bertaubat kepada-Nya

Kamu mengatakan kamu mensyukuri segala nikmat-Nya
Sedangkan diantara nikmat itu, kamu hendak dustakan

Kamu sentiasa mahukan nikmat syurganya
Sedangkan kamu tidak menurut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

Kamu tidak mahu pada neraka-Nya
Sedangkan lingkah lakumu seolah-olah mahukannya






Selamat Hari Malaysia ke - 50

credit to kartunisubi.com


Selamat menyambut ulang tahun Hari Pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat ke 50. 2 pautan yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada tarikh 16 September dan juga sinopsis pembentukan gagasan Malaysia.