Bermula 30 September 2013, harga rokok akan naik lagi daripada RM10.50 kepada RM12. Kenaikan sebanyak RM1.50 daripada kenaikan sebelum ini iaitu RM0.30.Beberapa faktor boleh dilihat hasil daripada kenaikan harga rokok ini iaitu:
- Peningkatan hasil cukai rokok
- Salah satu cara ekstrem untuk perokok berhenti merokok
- Mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan oleh kerajaan akibat kesan negatif merokok
- Dalam mencapai status negara maju, faktor usia yang panjang adalah antara faktor yang dilihat untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Para perokok perlu melakukan penstrukturan yang besar kerana selepas kenaikan harga bahan api yang menyaksikan kenaikan berantai berlaku, kini perokok perlu menstruktur semula kewangan mereka untuk pembelian rokok yang dilihat menguntungkan perokok sahaja dan tidak kepada mereka yang tidak merokok. Kemungkinan perokok tegar akan mencari alternatif lain sama ada
menggunakan rokok elektronik, rokok daun, rokok seludup dan mungkin juga
akan ada yang berhenti merokok.
Kepada perokok yang mahu berhenti merokok, sedikit tips ini mampu dijadikan panduan agar perokok boleh membuang tabiat itu dan yang paling penting adalah usaha untuk melawan ketagihan nikotin. Kepada mereka yang tidak merokok dan mahu menjadi kaya seperti perokok, boleh cuba tips ini. Kuncinya adalah disiplin.
p/s: Cukai arak tak nak naik ke?
Moga istiqomah! Teruskan usaha untuk bantu remaja berhenti merokok! ;)
BalasPadamkesedaran dalam diri kena ada. kalo tidak, tak ke mana...
BalasPadam