Sabtu, 28 Mei 2011
Tanpa Tajuk
Dalam minggu ini saya kehilangan mood untuk menulis. Saya tidak tahu mengapa dan mengapa ianya berlaku. Mungkin kecelaruan minda agaknya sehingga tiada mood untuk menulis. Tipulah jika tiada buah fikiran untuk menulis. Memang ada buah fikiran untuk ditaip tetapi ketiadaan mood ini telah membunuh semuanya.
p/s: Tarikh semakin hampir tetapi tiada persediaan lagi. dem.. =.=
Ahad, 22 Mei 2011
Bahasa Inggeris - Satu dilema..
Seorang rakan saya menyatakan hasratnya untuk mempelajari Bahasa Inggeris (BI) kerana dia telah pun sedar akan permasalahan yang dihadapinya terutama jika hendak bertukar kerja. Syabas saya ucapkan kepada dia. Di kota metropolitan ini penggunaan BI sangat - sangat penting terutamanya di sektor swasta kerana BI digunakan dalam menghubungi klien dan juga penulisan surat (disebabkan itu aktivis Bahasa Melayu (BM) sangat "bising" akan isu ini kerana peminggiran BM secara menyeluruh oleh sesetengah syarikat sektor swasta).
Bertanyakan kepada saya bagaimana hendak belajar BI. Saya tersenyum sendiri. Dia bukan tidak tahu BI tetapi dia mempunyai masalah dari segi perbualan dan mungkin penulisan BI. Di Malaysia BI telah diajar sejak dari bangku sekolah (mungkin dari pra-sekolah lagi dan bergantung kepada tadika juga) sehingga ke menara gading. Di mana silapnya jika ada yang masih tidak mampu menguasai BI? Adakah institusi patut dipersalahkan ataupun diri sendiri?
Faktor persekitaran sangat-sangat mempengaruhi di mana jika rakan-rakan disekeliling anda menggunakan BI, anda juga terpaksa menggunakan juga BI. Keyakinan diri juga adalah pemangkin dalam memulakan sesuatu perbualan dalam BI. Sesuatu yang agak pelik bagi orang Melayu khususnya kerana MALU tidak bertempat. Malu amat dituntut dalam Islam tetapi malu tidak bertempat mungkin memberi impak yang negatif pada diri sendiri dan kaum itu sendiri yang mana penguasaan BI agak lemah disamping BM yang agak sederhana (pendapat mengatakan orang melayu sangat bagus dalam BM boleh disangkal kerana ada sesetengah rakan saya masih gagal terutamanya dalam penulisan dan juga penambahan huruf pada ayat - ayat tertentu menjadikannya agak pelik dilihat).
Pembacaan sangat - sangat membantu di dalam penggunaan BI dan juga BM kerana dari pembacaan, secara automatik kita mempelajari tatabahasa (grammar). Kata - kata Tun Dr Mahathir ketika ditanya mengenai penguasaan BI dan BM yang baik ketika berucap adalah "I do not know about grammar. I know that my grammar is correct when the sentence sounds right to my ears. When it does not sounds good, it means the sentence are not gramatically correct." (rujukan dari web ini) Bagaimana perkara tersebut akan berlaku jika tidak melalui pembacaan?
Rakan - rakan saya juga telah memberi beberapa cadangan bagaimana untuk menguasai BI seperti selalu mendengar lagu BI, melihat filem BI yang mana sarikata dalam BI ataupun tidak melihat sarikata dalam BM dan mencuba untuk memahami apa yang pelakon itu cuba perkatakan. Selain itu juga saya dan beberapa rakan yang lain cuba bercakap dengan dia menggunakan BI supaya dia tidak kekok dalam menggunakan BI. (Seperti era.fm yang mempunyai program "Can I help You" yang mana melihat bagaimana penguasaan BI oleh rakyat Malaysia secara umum sahaja)
Kebanyakan tips di atas banyak diutarakan oleh rakan-rakan mahupun para guru dan juga di internet tetapi adakah kita cuba melaksanakannya untuk memajukan diri? Belum tentu lagi kerana apabila kita sudah merasa selesa dalam satu persekitaran. Kita tidak mahu untuk maju ke hadapan yang mana di hadapan tersebut banyak peluang baru yang terbuka luas walaupun mempunyai risikonya tersendiri.
p/s: Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risikonya...
Sabtu, 21 Mei 2011
Tiada disiplin punya orang!
KPI teruk! tiada disiplin dalam menulis entri. Jika sebelum ini telah berjanji untuk mengemaskini entri paling lewat 3 hari tidak kira waktu bekerja atau waktu cuti kini ianya telah pun menjadi 4 hari. Aiseh telah terlewat sehari. Mungkin juga beberapa peristiwa yang berlaku pada minggu ini menyebabkan ketiadaan mood untuk menaip. Jika ada pun terpaksa disimpan dalam draf kerana kekurangan maklumat yang teramat sangat dan memerlukan sedikit kajian lagi mengenai perkara tersebut.
Permohonan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Selasa, 17 Mei 2011
Kata-Kata Menghiris Kalbu
Jika anda sedang bercinta apetah lagi baru berumahtangga, sudah pasti beberapa soalan-soalan ini akan kedengaran samada dari pihak lelaki dan selalunya dari pihak perempuan. Antaranya ialah:-
Apa yang awak suka tentang saya?
Apa yang awak benci pada saya?
Kenapa awak suka pada saya?
kenapa, bagaimana, apakah, siapakah dan lain-lain soalan
Pelbagai jawapan akan kedengaran dari mulut lelaki mengenai soalan-soalan tersebut dan pada hakikatnya jawapan yang lelaki ucapkan sekadar penyedap hati wanita yang disayanginya. Kesemua kata-kata tersebut banyak diterjemahkan dalam perbuatan lelaki tersebut.Hanya sedikit kata-kata akan diucapkan pada diri lelaki tersebut. (Jika lelaki tersebut sangat sayang pada wanita itu). Lupakah wanita yang lelaki dijadikan dengan kata-kata manis yang pada akhirnya mungkin menghiris kalbu wanita itu sendiri?
Pandangan wanita pula, apa yang diluahkan adalah ikhlas dari hatinya yang sangat sayang pada pasangannya. Sangat-sangat berbeza dengan lelaki yang mana jarang-jarang bercerita mengenai cinta tetapi lebih menunjukkan sesuatu perkara dengan perbuatan. Sebab itu adakalanya wanita agak frust apabila pasangan lebih bersikap tidak romantik dalam sesuatu perhubungan. (Bukan tak romantik, rasa tercalar keegoan jika bersikap romantik nie.. )
p/s: Adakalanya cinta itu tidak memerlukan sebab musabab yang jelas dan mula terfikir apa kaitan tajuk dengan isi entri kali ini. =.=
Isnin, 16 Mei 2011
Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!
Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.
p/s: masih dalam mood memasuki mana-mana pertandingan secara atas talian..
p/s: masih dalam mood memasuki mana-mana pertandingan secara atas talian..
Ahad, 15 Mei 2011
Zon Merokok?
Hujung minggu yang agak sibuk menjadikan saya agak kurang berminat untuk menulis. Ketika di LCCT KLIA, menghantar seorang rakan saya yang hendak pulang ke Sabah saya agak terpegun melihat satu papan tanda ini. Pada bulan April tidak pula wujud papan tanda ini. (Ketika itu saya diarahkan untuk bertugas di Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja-kerja teknikal). Gambar dibawah inilah adalah papan tanda tersebut.
Mana - mana lapangan terbang pun ada juga zon merokok. Di KLIA pun ada zon merokok tetapi lebih ekslusif iaitu di dalam bilik merokok. (Terus terang saya katakan yang merokok dalam bilik merokok sangat-sangat menyeksakan dan sangat kotor. Memang benar orang yang anti merokok mengatakan yang perokok nie pengotor jika habuk rokok dan puntung rokok tidak diselenggara dengan baik). Akan tetapi Zon Merokok di kawasan luar seperti ini dilihat di LCCT (kes nak jimat kos ke?) yang mengingatkan saya kepada rakan sepejabat saya yang bercerita mengenai Singapura yang mana terdapat zon-zon tertentu untuk merokok dan tidak dibenarkan untuk merokok dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak denda akan dikenakan. (Sebab itu Singapura bersih sebab penguatkuasaan undang-undang yang amat ketat. Ada kaitan dengan mentaliti atau disebabkan patuh pada undang-undang?).
Saya tidak pasti jika ada kawasan-kawasan lain di ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai zon merokok seperti begini tetapi apa yang pasti jika ada tong sampah seperti dalam gambar tersebut bermakna tempat tersebut adalah kawasan untuk merokok. Jika zon merokok dilaksanakan di Kuala Lumpur, Sudah pasti para perokok amat mudah dikenali kerana mereka akan ada di zon tersebut untuk merokok dan mereka yang tidak merokok sudah pasti menjauhi tempat tersebut.
Mana - mana lapangan terbang pun ada juga zon merokok. Di KLIA pun ada zon merokok tetapi lebih ekslusif iaitu di dalam bilik merokok. (Terus terang saya katakan yang merokok dalam bilik merokok sangat-sangat menyeksakan dan sangat kotor. Memang benar orang yang anti merokok mengatakan yang perokok nie pengotor jika habuk rokok dan puntung rokok tidak diselenggara dengan baik). Akan tetapi Zon Merokok di kawasan luar seperti ini dilihat di LCCT (kes nak jimat kos ke?) yang mengingatkan saya kepada rakan sepejabat saya yang bercerita mengenai Singapura yang mana terdapat zon-zon tertentu untuk merokok dan tidak dibenarkan untuk merokok dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak denda akan dikenakan. (Sebab itu Singapura bersih sebab penguatkuasaan undang-undang yang amat ketat. Ada kaitan dengan mentaliti atau disebabkan patuh pada undang-undang?).
Saya tidak pasti jika ada kawasan-kawasan lain di ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai zon merokok seperti begini tetapi apa yang pasti jika ada tong sampah seperti dalam gambar tersebut bermakna tempat tersebut adalah kawasan untuk merokok. Jika zon merokok dilaksanakan di Kuala Lumpur, Sudah pasti para perokok amat mudah dikenali kerana mereka akan ada di zon tersebut untuk merokok dan mereka yang tidak merokok sudah pasti menjauhi tempat tersebut.
Khamis, 12 Mei 2011
Wawasan 2020 - Adakah kita bersedia?
Hanya tinggal 9 tahun lagi untuk mencapai status Malaysia sebagai sebuah negara maju. Pelbagai buah fikiran dan dasar kerajaan sedang dilaksanakan seperti GTP (Government Transformation Plan), ETP (Economic Transformation Plan), NKRA,NKEA dan sebagainya. Satu dasar yang mana tujuan hanya satu iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi mengikut acuan tersendiri dan tidak bergantung kepada mekanisme negara maju.
Adakah rakyat Malaysia khususnya mampu menerima perubahan yang agak drastik dan jika dilihat pada situasi sekarang, ramai yang akan tertinggal. Mereka yang bernasib baik akan terus maju dan mereka yang tertinggal akan tercicir dan kadar jenayah akan semakin meningkat. Semua orang hendak kaya tapi berapa ramai yang mampu hidup mewah dengan cara yang betul dan halal? Semakin ramai rakyat Malaysia semakin tertekan dengan beberapa kenaikan barangan harian dan petrol. Tidak termasuk harga makanan siap dimasak. (Kat pasar malam rata-rata harga makanan yang da siap dimasak naik RM0.20.. =.=)
Bagaimana pula dengan keruntuhan moral dikalangan masyarakat yang beragama Islam, sikap tidak bertegur sapa dalam hidup berjiran dan sikap individualistik semakin menjadi-jadi sekarang? Belum lagi mereka yang mengalami penyakit tekanan mental (jiwa kacau) yang semakin ketara peningkatannya saban tahun.
Belum lagi dengan pemilikan harta yang rata-ratanya meningkat dengan mendadaknya seperti sektor hartanah yang mana mereka yang gajinya hanya RM1500 hanya mampu membeli sebuah rumah flat dan mungkin sukar mencari sebuah rumah teres (dan jika dapat diceruk mana entah) dikawasan bandar.
Sejauh mana kita bersedia menerima tekanan ini? Mungkin suatu hari nanti Kuala Lumpur akan diduduki oleh orang asing dan orang tempatan akan tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur (seperti yang berlaku di United Kingdom yang mana rakyat tempatan tinggal di luar kota utama) kerana ketidakmampuan rakyat tempatan (terutamanya bumiputra) untuk memiliki rumah dikawasan bandar dan senario ini nampaknya semakin ketara akhir-akhir ini.
p/s: sekadar sebuah kisah ceritera dan teka - teki apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Selasa, 10 Mei 2011
Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru
Blogwalking di blog duniasaya2001 terbaca satu Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru. Agak menarik dan saya ingin mencuba nasib lagi.
1) Berapa lama dah blogging.
Bermula pada tahun 2009 dan mula lebih serius pada penggal ketiga 2010. (Da lama gak aku blogging)
2) Kenapa suka blogging.
Kerana ingin berkongsi pendapat mengenai sesuatu isu dan jika dibaca pada entri pertama sehingga kini, agak radikal juga perubahannya terutama dari segi penggunaan bahasa.
3) Blog kamu mengenai apa.
Macam-macam ada.. dari isu semasa kepada isu karut dan sedikit tutorial mengenai perisian tertentu.
4) Harapan dalam dunia blogging
Menjadi satu jurnal yang boleh dirujuk pelbagai manusia di alam maya ini. (ilmu dihujung jari.. ehehe..)
p/s: Sementara masih sempat, sila kemaskini blog anda secepat mungkin.
1) Berapa lama dah blogging.
Bermula pada tahun 2009 dan mula lebih serius pada penggal ketiga 2010. (Da lama gak aku blogging)
2) Kenapa suka blogging.
Kerana ingin berkongsi pendapat mengenai sesuatu isu dan jika dibaca pada entri pertama sehingga kini, agak radikal juga perubahannya terutama dari segi penggunaan bahasa.
3) Blog kamu mengenai apa.
Macam-macam ada.. dari isu semasa kepada isu karut dan sedikit tutorial mengenai perisian tertentu.
4) Harapan dalam dunia blogging
Menjadi satu jurnal yang boleh dirujuk pelbagai manusia di alam maya ini. (ilmu dihujung jari.. ehehe..)
p/s: Sementara masih sempat, sila kemaskini blog anda secepat mungkin.
Isnin, 9 Mei 2011
Keperluan vs Kehendak
Sesuatu yang biasa didengar apabila memperkatakan mengenai keperluan dan kehendak dalam bidang pengurusan kewangan. Perkara ini sangat-sangat kritikal bukan sahaja kepada mereka yang telah berkahwin. termasuk juga mereka yang masih bujang dan yang akan berkahwin (belanja kahwin bukan murah sekarang… =.=)
Sejauh mana implimentasi budaya keperluan dan kehendak ini menjadi budaya dalam hidup kita seharian. Hanya diri kita sendiri yang lebih mengetahui kerana isu kewangan adalah sesuatu yang sensitif. (Cuba tanya kawan-kawan yang telah bekerja berapa gaji mereka sebulan, jarang-jarang mereka akan memberitahu nilai sebenar gaji mereka kecuali anda adalah rakan yang sangat-sangat dipercayai).
Beberapa pendapat telah diutarakan di Facebook saya dan juga pada Draf SK mengenai isu ini iaitu:
Chii berpendapat:
dahulukan yg penting dulu...baru disusuli dengan kehendak :D
Manakala Zam pula berpendapat melalui komen pada Draf SK:
cuba pecahkan gaji sebulan mengikut hari..
cth.. rm 1800..
pecahkan 30 hari..
Rm 90 sehari…
jadi tgk pada basik hari..maka tu pendapatan sbnar…tgk betapa nilai dlm sehari..
dan disambung pula dengan pendapat berikut:
gaji kasar pon boleh gaji bersih pon boleh..
tapi seelok yng kita terima dlm akaun bank lerr iaitu bersih2 sgt..elaun2 pon masuk jadikan ia pendaptan gak..
dgn cara nie..kita tau kita nie tak kaya lagi…
org fikir gaji 1800 lagi tinggi dari budak kerja ladang gaji hari…cubalah pecah..kaya tak kaya dari budak ladang tu..
nie pendapat aku ajer..nak lagi terer..chef li ade ajar….buat pecahan..
Kesemua pendapat tersebut boleh digunakan sebaik-baiknya. Pendapat zam sangat berguna kerana disitu kita boleh lihat berapa kita dibayar dalam sehari. (sedar diri yang tidak kaya mana pun.. huhu)
Bagi mereka yang berkeluarga, isu keperluan vs kehendak sangat - sangat diutamakan terutama dari segi perbelanjaan isi rumah. Berbanding dengan mereka yang masih bujang, selagi ada duit selagi itu dibelanjakan dan akhirnya pada tengah bulan mee segera sekadar makanan pengalas perut sementara menunggu gaji keluar pada hujung bulan. Dengan kadar inflasi semakin meningkat dan kos sara hidup semakin meningkat, sudah pasti situasi ini akan sedikit sebanyak memberikan tekanan dalam menguruskan perbelanjaan. (sedangkan yang bujang terasa inikan pula yang telah berumahtangga)
Kepada yang bujang pula keperluan vs kehendak akan dijadikan keutamaan jika adanya matlamat seperti mendirikan rumahtangga, kereta, dan lain-lain keperluan yang mana kemampuan untuk membeli adalah sangat-sangat terbatas. Secara tidak langsung ianya merupakan satu latihan yang baik untuk digunakan pada masa hadapan dan jika telah digunakan pada masa bujang, tidak mustahil apabila berumahtangga kelak, kelemahan dalam pengurusan kewangan dapat diperbaiki.
p/s: masih bergelumang dengan pengurusan kewangan yang tak jadi-jadi.. ahahahha...
Khamis, 5 Mei 2011
Burger Stim!
Berdasarkan entri saya pada Draf SK, saya akan bercerita mengenai peniaga muda yang bersemangat tinggi ini. (Usahawan dan peniaga adalah perkara berbeza).
Pada asalnya mereka berniaga di Seremban dan kemudian beralih arah dan mula berniaga di Cheras dengan menggunakan lori pasar malam (saya tidak tahu nama sebenar lori tu tetapi yang selalu dikatakan adalah lori pasar malam dan kalo tak pun lori steambot - macam kat downtown Cheras tue). Inovasi yang agak berbeza dari gerai burger yang lain iaitu dengan menjual burger stim yang mana daging burger akan dikukus terlebih dahulu dan selepas dikukus akan dibakar pula. Kemudian dijadikan bentuk burger yang sempurna dan dinamakan Burger Stim. Satu inovasi yang menarik yang tiada lagi di mana-mana gerai burger di kawasan perumahan ini.
Mereka berkata yang mereka sedang "test market" di kawasan perumahan yang saya tinggal dan saingan utama mereka adalah McDonald yang terletak bertentangan dengan tempat mereka berniaga. Saya tidak faham "test market" yang mereka katakan kerana jika mereka hendak "test market" di sesuatu kawasan, mereka sepatutnya membuat perbandingan harga sebiji burger dikawasan perumahan yang saya tinggal ini. Dari semurah RM2.30 sehingga RM2.80 untuk gerai burger biasa.
Selain itu kaedah pemasaran agak lemah kerana tiada sebarang papan tanda atau banting (banner) diletakkan berhampiran lori mereka untuk menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut. Hanya sekadar senarai harga burger dari kertas A4 yang telah dikeraskan (laminate) tidak cukup untuk menarik perhatian pelanggan. Bagi mereka yang biasa membeli burger dengan harga RM2.30 dan RM2.40 sebiji, harga RM2.80 dikatakan agak mahal sedangkan benjo berharga RM1.60 (dikawasan saya) dijual pada harga RM2.20. (wow.. harga telur mahal kot).
Kenapa harga yang diletakkan begitu mahal? (mahal lagi McDkan) Kita tengok balik dari segi kos, mereka menggunakan lori yang menggunakan disel sebagai bahan bakar utama. Selain itu cara menghasilkan burger stim agak sukar dan melalui 2 proses memasak (sudah pasti penggunaan gas pun meningkat) menjadikan harganya agak sedikit mahal daripada biasa.
Apa yang saya lihat mereka masih lagi baru dalam bidang ini. Semangat mereka hendak menceburi dunia perniagaan amat saya puji dan semoga mereka tidak patah semangat dalam menghadapi liku-liku dunia perniagaan yang sangat mencabar ini.
Rabu, 4 Mei 2011
Draf SK?
Blogger sudah ada fungsi draf, perlu ke ada draf lagi? Sebenarnya Draf Suatu Kenangan (Draf SK) bertujuan untuk menyampaikan sinopsis cerita yang akan saya tulis pada Blog SK dalam tempoh beberapa hari (selalunya dalam tempoh 3 hari, kalau terlebih tandanya saya masih kurang berdisiplin... mentaliti tiada kelas betul!). Menggunakan platform wordpress.com sebagai satu langkah agak biasa dilihat oleh para blogger yang mahu beralih arah kepada enjin wordpress dan menggunakan domain dan hosting sendiri. (Saya ada wawasan)
Seperti yang dijangka saya agak kekok dalam menggunakan fungsi-fungsi yang sedia ada pada dashboard wordpress yang agak berbeza dengan dashboard blogger.com.Masih lagi belajar dan akan terus belajar kerana selagi kita masih hidup, kita akan terus belajar. Saya telah pun meletakkan link Draf SK disebelah Galeri SK (mohon maaf kerana telah lama tidak dikemaskini kerana kamera da rosak.. sob..sob.. sob) atau pun boleh dicapai terus melalui url berikut:
http://draftsuatukenangan.wordpress.com/
Kepada pengguna wordpress, sebarang kritikan pedas lagi menyengat amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi blog draf SK tersebut. Ketika ini, saya masih menggunakan medium FB sebagai medium pemberitahuan sekiranya terdapat sebarang kemaskini pada blog tersebut.
p/s: masih bertatih dengan wordpress.
Isnin, 2 Mei 2011
Terima Kasih Bro Askrie!
Blog Suatu Kenangan telah terpilih sebagai salah satu Top 10 Bloglist Pilihan Askrie Hishamuddin! dengan menduduki tangga ke - 8 daripada 10. Terima kasih di atas penghargaan tersebut daripada sebuah blog yang masih mentah ini. Dengan kemenangan ini, kualiti penulisan akan saya pertingkatkan lagi agar ilmu yang ada dapat dikongsi bersama di dunia blog ini. (Mungkin akan ada satu standard kot supaya blog sentiasa dikemaskini dalam satu tempoh waktu yang konsisten.)
Terima kasih sekali lagi dari saya selaku pengendali dan penulis blog ini.
p/s: baru perasan lupa nak letak tajuk..=.=
Ahad, 1 Mei 2011
Telinga tersumbat!
Awal bulan lepas saya mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk yang mana rakan-rakan saya hampir-hampir menjerit kepada saya kerana saya tidak dengar apa yang mereka katakan. Kemudian saya terpaksa berjumpa doktor untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan saya ini.
Dari riak wajah doktor tersebut, saya tahu yang masalah saya ini bukan boleh dipandang enteng. Dia berkata "saya tidak nampak gegendang telinga awak setelah saya tengok dari teropong nie, saya rasa telinga awak tersumbat dengan wax (tahi telinga), tapi tidak apa, kita cuba dulu. Jika tidak berkesan awak kena pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut".(Berderau den, kes berat ni) Dengan ubat titis dan beberapa ubat makan yang diberikan, saya mula menjalankan proses mengubat masalah saya.
Akhirnya disebabkan kurangnya kesabaran, saya mengambil keputusan ekstrem. Mengeluarkan sendiri wax tersebut dengan menggunakan pengorek telinga besi yang mana risiko mengalami kecederaan pada bahagian dalam telinga sangat besar. (Rujukan dari blog awek nie.. ehehe)
Setelah beberapa jam mengeluarkan wax tersebut, Alhamdulillah pendengaran saya telah kembali pulih dan lebih baik dari sebelum ini. Akhirnya saya sedar yang saya telah pun lama mengalami masalah tersebut dan sering mengabaikan masalah ini. Terima kasih tuhan, dengan izin-Mu, aku kembali pulih dari sakit ini. Cuba anda membayangkan anda memasang lagu dengan kuat dan tutup speaker dengan bantal, sudah pasti tahap pendengaran akan kurang jika dibandingkan dengan tidak ditutup dengan bantal. Akhirnya saya mendengar apa yang orang dengar seperti keluhan "tinggal kat tepi lebuhraya sangat bising".
Saya juga perasan yang kawan saya mendengar muzik dalam keadaan yang sangat kuat. Mungkin mengalami permasalahan seperti saya juga agaknya.
p/s: Saya memohon maaf jika sesetengah mengganggap entri kali ini agak kotor.