Jumaat, 25 Disember 2009
5 Ulasan

Jiwang, romantik dan ....

Jumaat, Disember 25, 2009

Macam tajuk filem pulak yer.. teringat zaman sekolah dahulu dimana apabila seorang lelaki menyanyikan dan layan lagu cinta... dia akan digelar "mat jiwang" dan dgn gaya rambut belah tengahnya lagi menyerlahkan lagi gelaran tersebut.. Apa yang dikatakan jiwang dan romantik itu.. Meh kita tengok maksud istilah tersebut..

maksud jiwang dan romantik menurut  menerusi laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka....

Jiwang - bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).~Kamus Dewan edisi ke-4.

Romantik -  1 spt yg terjadi dlm cerita roman; sebagaimana yg ada dlm angan-angan: kisah hidup yg ~. 2 berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb.~Kamus Pelajar edisi ke-2.

 sekarang kita sudah tahu takrifan kedua-dua perkataan tersebut.. agak menarik bukan.. Mana tidak menarik kerana berkaitan dengan percintaan.. Ada percintaan mereka berjaya sehingga ke akhir hayat dan ada juga yang tidak berjaya..

Apabila lelaki dikatakan "mat jiwang".. Majoriti daripada mereka akan menolak kenyataan tersebut dengan merasakan ego mereka terancam apabila dikatakan diri mereka "mat jiwang".. Pada lelaki ego mereka adalah maruah mereka (termasuk juga penulis blog ini.. huhuhuhu)

Semua wanita mendambakan seorang lelaki yang romantik atau jiwang.. Seorang lelaki yang sentiasa ambil berat pada diri mereka.. Seorang yang "gentleman".. Tidak berkira dalam membantunya.. Adakalanya membantu isteri anda memasak pun sudah dianggap romantik oleh pasangan anda.. Tahukah anda agak sukar lelaki hendak menunjukkan perasaan romantik mereka melalui perkataan dan selalunya mereka lebih selesa menunjukkan melalui perbuatan..

Kepada lelaki diluar sana.. Usah rasa malu jika dilabel "mat jiwang" kerana ianya sangat perlu apabila anda menjalinkan hubungan anda dengan seorang wanita.. Ianya sangat penting dalam proses bercinta dan apabila telah mendirikan rumahtangga kelak.. Jika rasa malu dengan istilah tersebut.. Tukar dan katakanlah kepada rakan anda yang anda bukan mat jiwang tetapi lelaki yang romantik... (ada y rasa nak muntah nie kalo dengar perkataan ini.. terutama rakan-rakan lelaki tetapi sesuatu yang amat dibanggakan oleh pasangan anda.. hahaha)

5 Ulasan:

-reza-bul4t-nipi- berkata...

aku memang jiwang... ekekeekek

HidayahFadziL berkata...

hmm... cakap pasal 'ego' aku takut klu sebenanye aku ni jenis perepmpuan yg ego tinggi..T___T... tak tau lah...

heh.. tibe nak emo plak

ArericH K. berkata...

bul4t~ aku tau ko mmg jiwang...
dayah~ adakalanya ego perlu dikorbankan..

Tanpa Nama berkata...

huhuu..ada kew llki mcm tue...

ArericH K. berkata...

tanpa nama~ ada aje.. cuma ego yang menguasai diri yang membuat mereka nmpk dingin dan seolah-olah tidak ambil peduli..

 
Toggle Footer
Top