Seringkali apabila tahun baru hampir tiba.. semua mula memperkatakan mengenai azam dan sasaran anda untuk tahun seterusnya.. bagaimana sasaran kita tahun ini.. adakah mencapai sasaran atau tersasar... atau pun macam itu juga.. azam yang sama tapi tidak ada sebarang "progress"...
- Kepada yang telah mencapai sasaran.. Tahniah untuk anda.. teruskan lagi usaha anda dan aplikasikannya ke dalam kerja / pelajaran anda...
- Kepada yang tersasar sasarannya.. Tahniah juga kerana anda telah berusaha walaupun tidak mencapai sasaran yang diharapkan.. Ada hikmah disebaliknya itu..
- Kepada yang tidak ada sebarang "progress".. tahniah juga saya ucapkan... anda telah mula memasang azam.. Usahlah tangguhkan lagi... mulakannya kerana masa tidak pernah menunggu kita..
- Kepada yang tidak pernah mempunyai sebarang azam.. Adakah anda sudah berpuas hati dengan hidup anda sekarang?? Tidakkah anda melihat rakan-rakan anda sudah melangkah lebih jauh dari anda... ataupun rakan-rakan anda juga seperti anda.. Jika rakan-rakan anda seperti anda.. pesan saya.. carilah rakan baru...
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib dirinya.. Ingatlah wahai saudara-maraku.. berubahlah ke arah kebaikan dan kemajuan untuk agama, negara dan bangsa... Bagaimana hendak bermula? Niat itu adalah penting.. Dari niat timbullah satu azam.. Dari azam datanglah tekad.. Dengan Usaha, Doa dan Tawakal.. Dengan izin Allah.. kita akan dapat apa yang kita usahakan.. Jika tidak.. Allah telah merancang sesuatu yang lebih dari yang saudara rancangkan.. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Pencipta kita...
p/s: gambar hanya hiasan semata-mata.. :D
0 Ulasan:
Catat Ulasan