Saya terpaksa memperlahankan tunggangan saya memandangkan semakin ramai pemandu dan penunggang kenderaan mengurangkan kelajuan.. samada hendak mengelak tempat kejadian tersebut mahupun melihat kejadian itu.. (
Sepanjang perjalanan tersebut.. saya terfikir sesuatu.. saya pernah melihat beberapa motosikal yang tersadai dibahu jalan kesan kemalangan.. Cuma kali ini saya dapat melihat mangsa terbaring di atas jalanraya dan seorang polis trafik mengawal keadaan.. Apa yang saya fikirkan.. Tuhan telah memberikan saya satu peringatan.. Berhati-hatilah ketika membawa kenderaan.. Ingatlah orang yang kita sayang..
Jika kita ditakdirkan untuk "pergi" dalam kemalangan.. itu takdir yang tidak boleh diubah... sudah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah kita telah bersedia ke "sana"? Itu persoalan lain pula... Apa yang saya cuba sampaikan adalah..
Adakah kita memahami maksud yang tersirat disebalik apa yang telah berlaku atau apa yang kita lihat atau apa yang kita rasa sepanjang kita hidup ini?? Adakah kita bersikap butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut?
Tuhan sentiasa memberi peringatan dalam pelbagai bentuk cara.. Cuma bagaimana cara kita memahami maksud disebaliknya.. Tidakkah kamu berfikir??
3 Ulasan:
kau kesiangan ek?
hahahaha .. welcome to Blog 4ft heheh
~Hellmy
xla kesiangn sgt pun.... lewat 15 minit dari biasa.. wawawawa..
p/s: tau da yer mksud kesiangan:p
~Helas..
tq.. tq... :D:D hadiah menarik 2.. heeee
Catat Ulasan