Minggu ke 3 Laman Budaya Rakyat anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Karyawan telah diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.. (
macam berita lak.. kehkehkeh)
Agak menarik pada minggu ini kerana DJ radio Muzik FM ada bersama dan dipancarkan secara lansung dari Dataran Merdeka... Hujan lebat dipetang hari agak membantutkan kehadiran para pengunjung untuk sesi sepanjang petang... Pada waktu senja, kehadiran Menteri KPKK Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim menjadikan suasana semakin menarik (
berapa banyak menarik da).. Selain itu, acara pentas diserikan dengan beberapa tarian tradisional dan penyanyi samada dari masyarakat India, Melayu dan Cina telah diadakan dipentas utama (mungkin kot sebab ada 1 lagi pentas disebelah hujung dataran..)..
Gambar 1: Dr Rais Yatim bermesra dengan pemain muzik tradisional (gambar blur, nmpk sgt aku nie amatur).
Berbanding pada minggu pertama, kehadiran para pengunjung semakin bertambah terutama sekali pada waktu malam.. Minggu ini agak kurang sedikit agaknya kerana ada perlawanan akhir Piala Malaysia antara N.Sembilan dengan Kelantan.. Sempat juga melihat pada skrin gergasi di Dataran Merdeka sambil mendengar persembahan beberapa penyanyi dan hujan renyai-renyai di malam hari yang semakin lama semakin lebat.. (
x sedar ujan makin lebat sbb pakai sweater ngan topi pancing.. topi kebun pun ia gak)
Gambar 2: Mendung menjelang dipetang hari...
Datanglah beramai-ramai ke Laman Budaya Rakyat, banyak cenderahati percuma disediakan seperti Bernama TV memberikan T-Shirt, Pelekat kereta, topi dan payung kepada para pengunjung yang hadir ke booth mereka. Tidak ketinggalan Arkib Negara Malaysia memberi cenderahati percuma kepada pengunjung yang berjaya menjawab kuiz yang mana jawapannya ada di depan mata anda.. (Poster yang dilekatkan).. Selain itu Bahagian Pengurusan Acara (dari Kementerian nie) juga memberi cenderahati kepada pengunjung yang telah menyiapkan survey yang mereka berikan.. Baru 3 booth, ada lagi beberapa booth yang memberi cenderahati kepada anda.. Datanglah beramai-ramai ke sana...
0 Ulasan:
Catat Ulasan