pagi nie saya mengikuti acara korban di pejabat saya.. 6 ekor lembu dimana ada beberapa bahagian adalah aqiqah.. saya pun x pasti brape bahagian korban dan brape bahagian tuk aqiqah.. yang penting keje kena selesaikan.. Dengan berbekalkan 3 bilah pisau.. (2 pisau potong bawang.. wawawa.. dan sebilah pisau pemotong daaging kot..) dan batu asah saya pun pergi ke pejabat.. (kerja-kerja korban nie dilakukan di kawasan pejabat saya)..
Melihat gelagat lembu membuat saya terfikir sesuatu.. ada yang seolah-olah pasrah.. ada yang melawan.. x kurang ada yang terkena tendangan kaki lembu tersebut. (mcm sakit aje tapi tgk pakcik sorang 2 mcm ok aje)... Adakah terdapat mekanisme ataupun teknik tertentu untuk memastikan cara menjatuhkan lembu itu tidak menyakitkannya... Kita sudah sedia maklum cara penyembelihan terbaik adalah yang diajar oleh Islam.. Tidak menyakitkan dan cepat matinya.. (tidaklah terseksa sangat haiwan yang disembelih berbanding kaedah-kaedah lain..)...
Dari cerita seorang pakcik itu.. dia menceritakan bahawa di Kemboja hanya 2 orang SAHAJA diperlukan untuk menyembelih lembu.. seorang tukang sembelih dan seorang lagi tukang pegang (dan menjatuhkan haiwan tersebut (Lembu tau bukan kambing).. Mungkin kita boleh belajar sesuatu disitu.. Bagaimana caranya menjatuhkan haiwan tersebut..
Mungkin kita perlu "bercakap" dengan haiwan korban tersebut sebelum dikorbankan... Salah satu cara untuk menenangkan haiwan tersebut.. Tidak salah rasanya kerana dalam Islam sendiri. haiwan, pokok batu, gunung dan ganang berzikir kepada Allah.. Tidak mustahil mereka paham apa yang kita katakan.. cuma kita sahaja yang tidak paham apa yang haiwan perkatakan.. (kec Nabi Sulaiman dimana salah satu mukjizatnya memahami percakapan haiwan).. Mungkin ada sesetengahnya menganggap yang kita nie gila.. bercakap dengan haiwan.. Itu persepsi mereka... terpulang pada dia hendak mempercayainya ke tidak.. Pada saya semua benda yang ada didunia ini ada rohnya tersendiri..maksudnya semua berasal dari sesuatu yang hidup..
p/s: gambar xdelah.. xdan nak amik ngan tangan penuh ngan darah daging korban.. heeee
Isnin, 30 November 2009
Share This To :
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Ulasan:
Catat Ulasan