Sabtu, 21 September 2013
3 Ulasan

Pengajian Separuh Masa - Cabaran dan Persediaan

Sabtu, September 21, 2013
Kebiasaannya menyambung pengajian sambil bekerja bukanlah satu pilihan yang baik pada kaca mata ibubapa. Kebanyakan ibubapa menasihati anak-anaknya agar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa berbanding separuh masa / pengajian jarak jauh. Alasan masa yang terhad dan juga faktor wang menjadi topik utama di dalam penyampaian ibubapa mengenai isu ini.

Akses pengajian jarak jauh semakin banyak ditawarkan sama ada daripada IPTA sendiri mahupun daripada IPTS seperti UTM, UiTM, UM, UKM, OUM, UMS dan lain - lain universiti dengan sasaran kepada golongan pekerja yang mahu meningkatkan taraf hidup mereka.

Beberapa mod pengajian perlu diketahui oleh bakal pelajar yang mahu menyambung pengajian bukan secara sepenuh masa. Di antaranya adalah Mod Separuh Masa, Mod Eksekutif, Mod Blending Learning, Mod Jarak Jauh dan Online Learning. Setiap mod mempunyai kelebihan tertentu dan adalah penting bagi bakal pelajar untuk memilih mod yang sesuai dengan keperluan dan masa.

Cabaran

Beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa iaitu:- 
  • Masa - Pengurusan masa sangat penting kerana masa rehat (Sabtu / Ahad / kelas malam) digunakan untuk belajar sama ada secara bersemuka mahupun secara atas talian.
  • Komitmen - Cabaran di dalam melanjutkan pelajaran secara separuh masa ini adalah melawan sifat jemu kerana tempoh pengajian yang lama. Cabaran bertambah getir apabila pelajar tersebut telah pun berkahwin dan komitmennya semakin bertambah. Pengurusan masa amat penting agar komitmen belajar dan keluarga seimbang.
  • Kewangan - Kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran telah bersedia dari segi kewangan dan jarang - jarang menghadapi masalah tersebut. Selain itu kemudahan pinjaman PTPTN, bantuan BaitulMal dan juga insentif daripada majikan sedikit sebanyak membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah kewangan.
 Persediaan
  • Persediaan mental dan fizikal penting kerana tempoh pengajian agak lama iaitu 3 - 5 tahun. 
  • Pemilihan kursus dan IPT yang bersesuaian serta mengambil kira faktor -faktor tertentu seperti mendapat akreditasi dari MQA, JPA dan juga jarak perjalanan dari rumah ke kampus. 
  • Asas kewangan yang kukuh.
  • Toleransi daripada pasangan sangatlah penting.
  • Sesetengah majikan perlu memberi kebenaran kepada pekerjanya kerana kelas diadakan ketika hujung minggu dan ada pekerja yang berkhidmat pada hujung minggu (kerja syif). Pekerja perlu memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan pengajian secara separuh masa.



3 Ulasan:

shahrul hairy berkata...

UiTM paling BEST! haha...

Cikgu Aini berkata...

Yes! Uitm is the best ever... ^_^

ArericH K. berkata...

tu dia.. tag team...

 
Toggle Footer
Top