Sabtu, 21 Julai 2012
0 Ulasan

Blogger For Mobile - Android

Sabtu, Julai 21, 2012

Kebosanan melanda ketika menunggu waktu sahur menyebabkan saya menulis blog pada waktu begini.


Ketika ini saya sedang menaip menggunakan telefon pintar yang menggunakan Android sebagai sistem pengoperasian. Menggunakan apps Blogger yang dicipta khusus oleh Google inc banyak membantu para blogger untuk mengemaskini blog mereka. Boleh didapati melalui google play aka android market dan dimuat turun secara percuma.

Blogger yang memiliki telefon pintar berasaskan android dan melanggan pakej data internet boleh memuat turun dan mengemaskini blog anda tanpa perlu menanti untuk pulang ke rumah dan mengemaskininya di rumah. segalanya menjadi lebih mudah dan cepat.

Antaramuka yang ringkas dan amat praktikal digunakan. Cuma beberapa perkara perlu diperbaiki seperti ianya terlalu ringkas. Mungkin butang preview perlu diwujudkan bagi memudahkan pengguna melihat dahulu secara keseluruhan kandungan yang telah ditaip oleh penulis.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top