Ahad, 6 November 2011
0 Ulasan

Mencari titik kesatuan yang samar

Ahad, November 06, 2011

Perpecahan umat Islam di negara ini semakin ketara yang mana sentimen politik yang melampau menjadikan jurang antara mereka semakin jauh. Keadaan ini sangat-sangat membimbangkan kerana perpecahan ini akan menyebabkan umat Islam semakin lemah dan mampu diperkotak-katikkan di negara sendiri.Tidak termasuk isu keruntuhan moral, hedonisme, individualistik dan lain-lain isu yang menghimpit mereka.

Antara isu lain adalah isu hukuman hudud dan qisas yang dibangkitkan semula setelah tenggelam seberapa lama. Pelbagai pendapat diutarakan sama ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang.Tidak kurang juga ada yang menangguk di air yang keruh dengan memutarbelitkan isu tersebut dan menjadikan rakyat Malaysia semakin keliru.

Ancaman syiah juga dilihat sebagai satu ancaman di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab Shafie. Tidak termasuk ancaman ajaran sesat yang masih wujud di Malaysia dan dilakukan secara sembunyi dan tidak kurang juga dilakukan secara terang-terangan di alam maya.


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku


Sejauh mana kita memahami isi Al-Quran dan mengikuti sunnah Rasullulah P.B.U.H. Sejauh mana kita membina kesatuan dalam keluarga kita, ipar duai, besan dan juga komuniti kita? Jika kesatuan di dalam keluarga sangat rapuh, adakah ianya akan menjamin satu kesatuan yang besar jika kesatuan yang kecil tidak dibuat.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Bersatulah, kerana mereka yang bersatu adalah mereka yang kuat dan mampu menghadapi apa sahaja cabaran yang mereka tempuh. Mereka yang bersatu sahaja yang mampu melakukan segala-galanya.


p/s: melihat apa yang akan terjadi selepas ini...

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top