Selasa, 2 Ogos 2011
2 Ulasan

Harga Barangan Turun?

Selasa, Ogos 02, 2011
 Jika dilihat di pasaraya besar di Malaysia, hampir semua mulakan kempen turunkan harga barangan dengan permulaan 1000 barangan keperluan. Adakah harga makanan yang telah siap dimasak telah turun harga? Saya tidak merasakan ianya turun. Sama ada harga kekal ataupun akan ada kenaikan sedikit. Paling tinggi pun RM1 bagi setiap makanan yang telah siap dihidang.

Golongan peniaga antara yang tertekan selain daripada golongan pembeli yang sedia tertekan dengan harga barangan yang makin naik. Seorang rakan saya memberitahu yang berniaga pada ketika ini agak sukar kerana kadar keuntungan yang tidak seberapa berbanding 5 tahun yang lalu.

Kadar inflasi yang meningkat sehingga 3.5% agak membebankan sehingga Bank Negara menaikkan kadar faedahnya yang mana beban tersebut akhirnya kepada mereka yang membuat pinjaman kewangan (betul ke ni.. kalau salah tolong betulkan.. )

Akhirnya yang kaya akan semakin kaya. Mereka yang miskin akan fakir dan mereka yang ditengah-tengah berusaha sedaya upaya untuk tidak miskin dan kaya? Jauh sekali kerana majoriti rakyat Malaysia berada dalam golongan pertengahan. Semakin ramai yang mula membuat 2 pekerjaan semata-mata untuk menambah mata pencarian untuk menampung anak-anak yang kecil. Sedangkan yang bujang terasa, inikan pula mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak.

Semoga pemimpin negara mampu melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan semula. Rakyat mula resah dan gelisah apabila berhadapan isu ekonomi. Lupakan sementara isu remeh temeh dan utamakan keresahan rakyat. Lihat sendiri dan rasa sendiri apa yang rakyat rasa.

p/s: Adakah kita mempunyai kewangan yang cukup untuk alam akhirat?

2 Ulasan:

AYuNG berkata...

xla turun sgt pun kot, kempen jer lebih....

ArericH K. berkata...

ayung msti slalu g supermrketkn.. huhu

 
Toggle Footer
Top