Selasa, 19 April 2011
0 Ulasan

Tidakkah kamu mahu berfikir? (2)

Selasa, April 19, 2011

Sejauh mana amanah yang diberikan kepada kita telah ditunaikan dengan sebaiknya? Satu persoalan yang mungkin jika difikirkan semula betapa tidak amanahnya diri kita. Teringat akan kisah Umar Abdul Aziz yang memadamkan lilin (duit rakyat) dan menghidupkan lilin (duit sendiri) hanya kerana anaknya hendak bertanya mengenai sesuatu yang bersifat peribadi dan bukannya bersifat rasmi (urusan negara). Adakah anda berfikir?

Adakah sikap "tidak apa" yang sering menjadi satu budaya menjerumuskan kita ke arah pecah amanah walaupun hanya sekadar mencetak sekeping kertas yang sememangnya bukan hak kita? Mungkin orang lain tidak tahu akan tetapi tuhan yang tahu. Adakah anda berfikir?

Jika diceritakan mengenai amanah, dari diri sendiri, kepada tuhan, dan masyarakat.. Adakah kita bersikap jujur? Sukar dicari pada akhir zaman yang sangat mencabar dan penuh dengan fitmah. Sejauh mana kita menjadi manusia yang baik. Orang selalu kita "kita ni bukan maksum pasti akan wat salah". Memang benar kita bukan maksum dan manusia biasa tidak akan lari melakukan kesilapan. Adakah kita berusaha untuk berubah dari seorang yang tidak baik kepada yang lebih baik?

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam keadaan yang kerugian" Surah Al-Ashr 1 - 2. Tidak akan rugi seseorang itu jika melakukan kebaikan hatta sebesar zarah sekalipun tetap akan dihitung. Manusia sentiasa menzalimi diri sendiri dengan melakukan pelbagai dosa samada sedar ataupun tidak. Tidak akan rugi diri ini jika berusaha menjadi lebih baik.



p/s: masih berusaha menjadi baik walaupun merasakan ada yang lebih baik dari diri ini.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top