Isnin, 17 September 2012
0 Ulasan

Ada Apa Pada 16 September?

Isnin, September 17, 2012

Terlalu banyak peristiwa dirakam pada 16 September. Berikut adalah beberapa peristiwa yang berlaku pada 16 September yang diketahui oleh rakyat Malaysia melalui laman sosial dan juga pengetahuan am. Antaranya ialah:      



  


16 September 1931 - Pejuang kebebasan negara Libya, As-Syahid Syeikh Omar Mukhtar dihukum gantung sampai mati oleh penjajah Itali. Beliau seorang pejuang yang dikenang oleh rakyat Libya dan diantaranya melalui sebuah filem yang bertajuk "Lion of Desert " (1981). Merupakan seorang pejuang yang kental menentang penjajahan Itali di Libya. Penjajah Itali telah mencuba pelbagai cara untuk menundukkan beliau tetapi gagal dan akhirnya beliau ditangkap pada 11 September 1931 dalam keadaan cedera dan akhirnya dihukum gantung oleh penjajah Itali pada umur beliau 70 tahun.



upacara pengistiharaan Malaysia di Sabah
16 September 1963 - Penubuhan Gagasan Malaysia. Pada asalnya adalah pada 31 Ogos 1963 tetapi ditangguhkan bagi memberi laluan kepada PBB untuk melakukan pungutan suara di Sabah dan Sarawak.  Brunei tidak menyertai Gagasan Malaysia atas sebab-sebab tertentu. Pengisytiharaan Malaysia akhirnya dilakukan pada 16 September 1963 dan pada 1965, Singapura keluar daripada Malaysia dan membentuk sebuah republik melalui Perjanjian Pemisahan Malaysia - Singapura 1965 yang memberi kemerdekaan kepada Singapura.





16 September 1982 - Serangan ke atas kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila oleh Pelampau Kristian yang dikawal oleh Tentera Israel berlaku di Lubnan berlaku selama 4 hari iaitu pada 15 - 18 September 1982 mengakibatkan lebih 3000 orang awam Palestin dibunuh dengan kejam. 



Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatilla pula tiada keraguan lagi bahawa tentera rejim Zionis Israel di bawah pimpinan menteri pertahanannya Ariel Sharonlah yang melakukannya. Tiada siapa yang dapat menafikan pihak Israellah yang melakukan jenayah tersebut dengan kerjasama kumpulan radikal kumpulan Phalangist yang terdiri daripada kumpulan Kristian Maronite melalui Kataib (komando) mereka dan juga kumpulan militan kristian al-Haddad.(Walau bagaimanapun Dr Ang Swee Chai di dalam bukunya “From Beirut to Jerusalem” mempunyai teorinya yang tersendiri. Beliau, sebagai saksi terhadap peristiwa tersebut beriman bahawa pihak Israel yang 100% terlibat dalam penyembelihan tersebut dan hanya menggunakan identiti Maronites dan Haddan. Teori ini dilihat bertentangan dengan pengakuan para mangsa penyembelihan tersebut dalam buku “Ku warnakan salji hitam” tulisan Dr. Alijah Gordon).
                                                                                                                    palestinkini.info
3 peristiwa yang signifikan kepada rakyat Malaysia umumnya dan penggemar laman sosial khasnya dirangkumkan khas untuk bacaan anda.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top