Khamis, 16 Disember 2010
0 Ulasan

Log Musafir #1~ Jempol, Negeri Sembilan...

Khamis, Disember 16, 2010
Sekitar Pekan Bahau pada waktu Senja.

Perjalanan bermula - 12 Disember 2010
  • Perjalanan bermula dari jam 8.30 malam dengan menggunakan kenderaan pejabat ke Jempol, Negeri Sembilan.
  • Sekadar melihat dari GoogleMaps mengenai tempat  yang dituju disamping lakaran peta dari pihak penganjur, nampak macam dekat tetapi pada hakikatnya hampir memakan masa 2 jam setengah.
  • Perjalanan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan keluar dari lebuhraya melalui susur keluar Seremban, Senawang dan meneruskan perjalanan melalui jalan biasa menjadikan suasana agak mencabar.
  • Tidak menjangka jarak perjalanan yang agak jauh disamping hanya makan roti sekadar untuk mengalas perut, menjadikan saya mengalami pening lalat dan hampir muntah (nasib tak muntah).
  • Setelah tiba ke Pekan Bahau, cek masuk di Hotel KSJ (berhampiran Pizza Hut) milik bumiputera (khabar penduduk setempat) dengan harga RM60 semalam (hotel bajet tapi puas hati dengan harganya).
  • Meneruskan perjalanan ke tempat pameran di Komplek Belia dan Sukan Bandar Sri Jempol, perjalanan dari Pekan Bahau ke sana mengambil masa hampir setengah jam. Setelah tiba disana, kerja-kerja memasang booth pameran telah pun dilaksanakan dan selesai dalam jam 12.30 malam.
  • Disebabkan kelaparan yang amat sangat, kami singgah di warung Din Tomyam di tepi jalan di Bandar Sri Jempol untuk mengisi perut.
  • Tiba di hotel jam 1.30 pagi dan terus berehat untuk persediaan pada hari seterusnya.
Restoran berhampiran hotel penginapan

Hari pertama - 13 Disember 2010
  • Sarapan pagi di Restoran Bunga Raya Utama dengan menjadikan roti canai double (istilah untuk 2 keping) dan kopi O sebagai sarapan pagi. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan restoran tersebut merupakan restoran milik orang melayu dan ramai pula pelanggan yang makan disana.
  • Setelah sarapan, meneruskan perjalanan ke tapak pameran untuk menjalankan tugas di sana.
  • Cuaca agak cerah dan sangat baik dan hujan renyai-renyai pada petang hari.
  • Pengunjung tidak ramai pada pagi hari dan mulai ramai pada petang hari. Mungkin pameran ini dijalankan pada waktu kerja dan ramai antara mereka mengutamakan kerja dari melawat booth pameran tersebut. Selain itu juga, perasmian pada esok hari menjadi faktor utama mengapa kurangnya pengunjung yang hadir pada pameran kali ini.
  • waktu tengahari sekadar makan tengahari dikawasan perniagaan yang berhampiran dengan kawasan pameran.
  • Dengan harga makanan RM16.50 untuk 3 orang makan serta air menyebabkan saya rasa sangat murah. 
  • Jam 7 malam, pulang semula ke hotel untuk berehat di Pekan Bahau. Suasana malam agak hidup dengan banyak medan malam (seperti warung makanan) wujud dengan menyediakan pelbagai juadah makanan.
  • Singgah di Jalan Dato' Setia dimana terdapat hampir 7 warung yang menjual pelbagai jenis makanan. Dari Jepun sehingga ke India (macam-macam nasi goreng ada.. Nasi goreng Jepun, Nasi Goreng Bombay dan macam-macam nasi goreng ada.) Jalan tersebut ditutup pada waktu malam bagi memberi laluan kepada penjaja membuka warung mereka disitu.
  • Setelah selesai makan dan sedikit sembang kosong, pulang semula ke hotel untuk berehat sambil menonton filem Do Re Mi (diorang buat filem kalo bab mengutuk, memang tiada perasaan).
Suasana mendung di Pekan Bahau

Hari Kedua - 14 Disember 2010

  • Cuaca agak mendung pada pagi itu. Burung layang-layang berterbangan di udara seolah-olah memberi isyarat kepada manusia untuk keluar mencari rezeki. Pada mulanya agak pelik akan kehadiran banyak Burung Layang-Layang di Pekan Bahau ini. Tetapi setelah diamati betul-betul, rupa -  rupanya ada loteng yang telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai kawasan ternakan Burung Layang-Layang yang mana menjadikan sarang burung tersebut sebagai satu produk dan mendapat permintaan yang sangat tinggi samada di dalam mahupun luar negeri.
  • Check out dari hotel tersebut dengan memberi kunci pada seorang makcik yang kebetulan sedang mengemas bilik sebelah. (Makcik itu yang tegur dahulu sebab dia yang jaga kaunter dan dia jugalah yang buat room service - jimat kos kot).
  • Makcik tersebut sangat peramah dan mengatakan bahawa Bandar Sri Jempol adalah Serting. Menambah persoalan dalam kepala ini yang sudah tersedia beberapa soalan yang belum terjawab.
  • Sarapan pagi seperti biasa di Restoran Bunga Raya Utama  dengan menjadikan menu semalam (roti kosong double.. hohoho) sebagai sarapan pagi sementara rakan sepejabat makan lontong untuk sarapan mereka.
  • Meneruskan perjalanan ke Kompleks Belia di Bandar Sri Jempol untuk meneruskan tugas-tugas yang telah diarahkan.
  • Cuaca yang agak dingin dan hujan renyai - renyai pada pagi itu disertai dengan kabus menyelubungi kawasan bukit yang kini dipenuhi dengan penanaman Kelapa Sawit menjadikan saya terkenang pada kampung halaman.
  • Pada hari tersebut, pengunjung ramai menghadiri pameran tersebut. Mungkin dengan kehadiran menteri dan majlis perasmian pada hari tersebut menjadikan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana.
  • Suasana semakin meriah selepas perasmian Digital Jempol dengan lawatan menteri ke booth pameran dan para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat pemimpin kesayangan mereka dari dekat.
  • Kehadiran Pierre Andre pada booth FINAS menggamitkan suasana dengan para peminat mereka berpusu-pusu untuk bergambar dan mengambil tandatangan artis pujaan mereka.

Aktiviti pentas pada lewat petang

Lewat petang - 14 Disember 2010
  • Mula mengemas booth pameran untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.
  • 1001 kenangan tercatat sepanjang berada di daerah Jempol.
  • Sepanjang pulang, melalui beberapa pekan kecil iaitu Batu Kikir ( Teratak Zaaba boleh dilihat dari tepi jalan),  Juasseh,  Kuala Pilah dan Ulu Bendul (seperti ada aktiviti penanaman padi di daerah ini) sebelum masuk Lebuhraya LEKAS.
  • Memasuki Lebuhraya LEKAS yang masih baru, lebuhraya tersebut masih lengang dan hanya sedikit kenderaan berada di atas lebuhraya.
  • Selain itu, R & R juga hanya terdapat 2 gerai yang dibuka pada waktu malam hari (masih tidak ramai yang menggunakan lebuhraya ini).

Sedikit info:
  • Terletak dikawasan yang bersempadan dengan Pahang dan Johor.
  • Pertanian dan penternakan merupakan nadi utama daerah ini dengan Kelapa Sawit dan Getah sebagai komoditi utama (Gugusan Felda Raja Alias).
  • Tiada pekan Jempol dalam daerah Jempol dan pekan terbesar adalah Pekan Bahau. Oleh yang demikian, jika hendak ke sana hendaklah melalui Bahau ataupun papan tanda ke arah Bahau (Jempol).
  • Bandar Sri Jempol dikenali juga sebagai Serting oleh penduduk tempatan. 
  • Bagaimana ke sana? melalui kenderaan sendiri, bas ataupun menggunakan keretapi.

0 Ulasan:

 
Toggle Footer
Top