Apabila ego adalah segala-galanya.
Pasti akan ada yang terkorban.
Pasti akan ada yang terluka
Pasti akan ada yang membenci
Pasti akan ada yang terkilan
Apabila ego adalah keutamaan
Akan ada yang menjauhkan diri
Akan ada yang menyisihkan diri
Akan ada yang memendam rasa
Ahad, 29 Januari 2012
Isnin, 23 Januari 2012
Baucer Buku 1 Malaysia - Satu Penilaian Peribadi
Terima kasih kerajaan Malaysia kerana memberi pemberian Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada
semua pelajar institut pengajian tinggi (ipt) sama ada awam mahupun swasta. Tujuannya adalah memberi kemudahan pada pelajar untuk membeli bacaan ilmiah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk semester akan datang. Baucer tersebut boleh digunakan di:

- Popular Bookstore.
- MPH Bookstore (ada baucer kupon menanti)
- kinokuniya (tak dapat dipastikan)
- Borders (ada baucer kupon menanti)
- Lain-lain kedai buku yang mengambil bahagian.
Isu-isu yang berlingkar mengenai BB1M:
Ahad, 22 Januari 2012
Wira Dunia Yang Tidak Didendang
Selasa, 17 Januari 2012
Busuk Hati!!
Gambar hiasan semata-mata |
En. X: Dulu Food Court nie mesti ramai yang buka geraikan. (sambil melihat beberapa gerai yang tutup, hanya 4 gerai sahaja yang bertahan.
En. Y: Betul. Tapi banyak yang tutup atas sebab busuk hati.
En. X: Erk, sesama berniaga pun nak busuk hati ke?
En. Y: Perkara biasa. Tu caranya nak monopoli perniagaan, tak nak kongsi bersama-sama. Kedai ni kutuk kedai tu, kedai tu kutuk kedai sana. Dah tak tahan tutup ajela, pindah tempat lain. Tinggal yang nie aje bertahan. Tu pun pemilik kedai yang lain, bukan yang dulu.
En. Z: Tak habis-habis tikam belakang, tak boleh tengok orang lain maju sikit, segala cara nak guna tuk jatuhkan. Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Isnin, 9 Januari 2012
Mungkin
Mungkin juga apabila kita sibuk dengan sesuatu perkara. Kita akan lupa pada perkara lain yang mungkin ianya penting dalam hidup seseorang itu.
Mungkin juga apabila kita terlalu memikirkan sesuatu, kita akan lupa apa yang sedang berlaku disekeliling kita.
Mungkin juga kita terlalu pentingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan orang lain.
Mungkin juga kita terlalu setia pada seseorang yang mana ianya sesuatu yang masih tidak pasti sehingga menutup jodoh kita yang sedang menunggu kita.
Isnin, 2 Januari 2012
Mengapa Julai ada 31 hari?
Tahun Masehi atau pengiraan melalui putaran matahari... Sesuatu yang agak menarik pada tahun ini yang mana bulan Februari akan ada tahun lompat iaitu 29hb Februari. (Saya demand 30 Februari ok tak.. hahaha)..
Tahukah anda mengapa Februari kurang sehari untuk mencapai 30hb. Sedarkah anda yang pada bulan Julai dan Ogos terdapatnya 31hb secara berturut-turut. Nama-nama dalam kalendar Masehi ada antaranya diambil daripada nama Maharaja Roman. Bulan Julai diambil nama daripada nama Julius Caeser dan Ogos daripada nama Augustus.