Rabu, 27 Julai 2011
2 Ulasan

Kempen Memandu Adalah Zon Tanpa Telefon Bimbit

Rabu, Julai 27, 2011

Apabila melalui Jalan Loke Yew ke Pusat Bandar, terlihat 1 banting (banner) yang dipasang pada tiang lampu pada kedua-dua hala jalan tersebut yang menyebut "Kempen Driving Is a No Phone Zone" yang dianjurkan oleh HELP University College dengan kerjasama JKJR dan Kementerian Pengangkutan.

Pendekatan kempen yang ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam kerana kebanyakan kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas akan membelek-belek telefon bimbit mereka seketika. Belum lagi dikira penunggan motorsikal yang akan menyelit telefon bimbitnya pada topi keledar. Sambil bercakap memperlahankan motorsikal dan sudah tentu menyusahkan orang lain. Tidak termasuk sms lagi. Setakat ini saya tidak pernah melihat penunggang motorsikal mengeluarkan i-phone untuk menjawab atau membalas sms. Cuma telefon bimbit murah sahaja dikeluarkan. (tahu pulak sayang kat telefon mahal, nyawa lagi mahallah.. 1 aje takde ganti).

Semoga kempen ini berjaya mendidik pengguna jalan raya akan bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu / menunggang kenderaan.

p/s: Melanggar undang-undang adalah satu kebanggaan, bukan rasa bersalah.

2 Ulasan:

Orang Kampung berkata...

tringt crita oprah aku tgok kt astro.. ada kes mati, pasal msg dlm keta.. langgar budak pulak.. lpas pda tu, ibu pda budak yg mati tu trus buat kempen jgn guna tepon msa mmandu.. siap buat t-shirt lgi utk kempen tu.. pastu buat msuk dlm tv, radio utk support kempen tu.. sedih aku tgok crita tu, budak tu kcik lgi..

ArericH K. berkata...

kes langgar keta kebykan berpunca drpd lalai... men sms dlm phone.. kdg2 ngah call lagi.. aiseh..

 
Toggle Footer
Top