Khamis, 31 Mac 2011

1st Prize


Bercerita dengan rakan sepejabat mengenai satu kemalangan jalan raya yang mana sebuah kereta melanggar seorang penunggang basikal, daripada kisah kisah simpati kepada kisah KTM (Kekuda, TuuTuu dan Maknum).- dari filem ngangkung.

Kata orang nombor plat kenderaan yang mengalami kemalangan adalah nombor yang ada "ong" (yang terbaik) jika digunakan dalam perjudian seperti nombor ekor 4D. Sedikit analisa telah dilakukan oleh rakan-rakan saya mengenai kejadian tersebut mengenai kronologi peristiwa tersebut dan beberapa ramalan nombor telah dibuat.

Akhirnya kawan saya memberitahu saya yang salah satu nombor yang mereka ramal mengena. 1st prize tue... Adakah ianya kebetulan? Saya tidak tahu dan apa yang pasti Judi adalah HARAM disisi agama ISLAM. Jika anda mengaku diri anda ISLAM, sila jauhkan diri anda dari judi kerana ianya lebih memudaratkan dari memberi sebarang kebaikan.

Isnin, 28 Mac 2011

Lindungi Undi Anda

Desas desus Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir tiba.dan ujian bermula dengan Pilihanraya Negeri Sarawak. Rakan Facebook saya telah berkongsi pada saya satu klip video mengenai Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?(How to protect your votes from being traced?) yang telah dibuat oleh tamaktaib.




 Satu klip video yang sangat baik yang dilakukan oleh beliau dalam memberi cara-cara untuk melindungi undi anda. Kepada mereka yang belum pernah mengundi boleh jadikan video ini satu tutorial yang baik. Kepada mereka yang tidak mahu mengundi, anda jangan "bising - bising" sebab anda tidak pun mengundi pemimpin anda. Jika hendak "bising - bising" sila daftarkan diri anda dan jadi seorang pengundi. Andalah penentu masa depan kerajaan dan wakil rakyat anda walaupun anda membenci politik yang busuk akan tetapi itulah hak anda untuk memilih pemimpin anda. Jangan nanti menyesal tak sudah setelah pilihanraya berlalu dan calon yang mereka pilih tidak anda suka!

p/s: pilihanraya nak dekat, gaji pun akan naik dan harga barang pun naik.


Khamis, 24 Mac 2011

Macam - Macam Ada (1)

Cik chii telah pun mengomel pada saya dan meminta saya mengemaskini blog saya walaupun sebenarnya saya tiada ilham untuk membuat entri pada hari ini.Untuk tidak menghampakan beliau, saya menaip jugalah malam ini .
http://shalattas.blogspot.com/2009/12/47-macam-macam-ada-1-2006-shalattas.html

Pada minggu ini saya sempat melawat perpustakaan di pejabat saya dan niat saya adalah mencari buku yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa (ramai yang tidak tahu filem epik Hikayat Merong Mahawangsa adalah adaptasai dari sebuah buku) dan saya terlihat akan sebuah buku yang bertajuk Macam-Macam Ada (1) Memo Untuk Pak Lah hasil tulisan Syed Hussein Alattas ataupun Pak Habib.(Terus hilang niat cari buku epik itu.. huhuhu)

Merupakan seorang penulis politik yang telah menulis 59 buah judul buku dengan politik merupakan genre utama penulisan beliau. Beliau juga digelar Nujum Pak Belalang Moden dengan membuat teori RAHMAN. Majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran politik pasti tahu apakah teori RAHMAN.

Teori RAHMAN adalah teori dimana ramalan siapakah  Perdana Menteri Malaysia yang bermula daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Suatu ketika dahulu dikatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 5 tetapi tidak kesampaian dan dipecat oleh Tun Dr Mahathir) dan akhirnya Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Menjadi satu persoalan selepas tamatnya teori ini, apakah akan ada teori baru ataupun kejatuhan parti pemerintah  dan digantikan dengan pemerintahan yang baru? (sekadar membaca beberapa penulis blog politik) Hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya sendiri pun tidak tahu dan yang pastinya desas -desus yang mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir menjelang akan menjadi satu lagi ujian kepada pihak pemerintah mahupun pembangkang dalam usaha memenangi hati rakyat (Sila jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi)

Sesuatu yang menarik mengenai buku beliau ini, beliau banyak memberi pendapat yang sinis kepada pemimpin tertentu, menegakkan hukum Islam dan cuba memberitahu kepada mereka yang Sila berpolitik cara BERSIH! Bukan cara KOTOR. Penekanan mengenai Iqra' sering diutarakan oleh beliau dalam buku ini dan ketika entri ini ditulis, saya sedang membaca mukasurat ke 143 Bab Tok Kenali, wali atau kuali? Masih banyak perkara yang saya tidak ketahui mengenai beliau. Maaf dipohon jika tersalah silap.

p/s: chii.. mohon maaf sebab entri sangat serius sampai berkerut-kerut nak membacanya.. :p

Isnin, 21 Mac 2011

Puisi Untuk Adik

Hakikat
Bukan mudah untuk diterima
Apetah lagi ditelan
Setelah apa yang diusahakan
Yang menjelma adalah kegagalan

Tiada apa yang perit
Selain dari kegagalan.
Tiada apa yang lebih manis
Dari sebuah kejayaan

Tuhan tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan diri hamba itu
Usah katakan dirimu beriman
Sedangkan kamu tidak diuji

Bangunlah..
Dari tempat jatuhmu.
Dan teruskanlah melangkah
Langkah yang penuh dengan azam

Kejayaan berada didepanmu..
Jadikanlah kegagalanmu itu
Satu pengalaman yang berharga
Untuk menggenggam satu kejayaan

Sabtu, 19 Mac 2011

Latihan Industri - Persepsi Pelajar dan Hakikatnya.



Seringkali kedengaran daripada pelajar yang membuat praktikal akan keluhan ini

Bosannya, asyik diberi tugasan yang sama sahaja. Penat asyik tulis dalam laporan benda yang sama sepanjang minggu!

Polisi latihan industri atau praktikal adalah memberi satu pendedahan kepada para pelajar dan mahasiswa / mahasiswi akan dunia pekerjaan. Selain itu pelajar juga tidak akan dapat kejutan budaya apabila melangkah masuk ke dalam dunia pekerjaan setelah tamat pengajian kelak. (Memang bagus latihan industri ni sebab rata-ratanya mengalami sindrom kejutan budaya apabila mula menjalankan latihan industri ini)



Tanggapan yang biasa apabila mereka mengganggap bekerja adalah membuat suatu perkara yang berbeza - beza pada setiap hari bekerja sebagaimana mereka belajar. Tetapi tanggapan mereka silap sama sekali dan akhirnya kebosanan melanda diri mereka apabila setiap hari diberikan kerja yang sama sepanjang tempoh mereka melakukan latihan industri. Itulah hakikat apabila bekerja, kita akan diberi satu skop kerja yang akan dilakukan pada setiap hari, setiap jam waktu bekerja dan mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Ianya akan menjadi sesuatu yang luar biasa apabila bos kita memberikan satu tugasan yang berbeza daripada kebiasaan yang kita lakukan. (Itupun jika ada. jika tiada mengadaplah kerja yang sama sepanjang praktikal itu).


Tidak kurang juga mengharapkan mereka yang ingin membuat latihan industri berdasarkan sijil mereka (diploma, ijazah sarjana muda) dan tidak mahu membuat kerja-kerja yang tidak setaraf dengan sijil mereka. Harapan tinggal harapan kerana jarang-jarang sesebuah organisasi memberi tugasan yang setaraf dengan sijil mereka. (Mereka ni lupa yang diorang belum tamat belajar lagi. Jadi memang mereka masih tidak layak untuk membuat kerja setaraf dengan sijil mereka.. )

Ada sesetengah daripada pelajar mengharapkan elaun hasil daripada kerja yang mereka lakukan. Jika organisasi tersebut menyediakan elaun, bersyukurlah kerana masih ada rakan - rakan mereka tidak mendapat sebarang elaun mahupun saguhati di atas kerja-kerja yang mereka lakukan. Anda sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk membuat latihan industri di organisasi tersebut (Ada sesetengah organisasi tidak membenarkan pelajar melakukan latihan industri di organisasi mereka atas sebab-sebab tertentu) dan bukannya meminta yang bukan-bukan.

Ada yang mengganggap apabila latihan industri adalah membuat praktikal di atas semua perkara yang telah diajar di institut pengajian mereka. Mungkin ada betulnya tetapi yang selalunya berlaku adalah sebaliknya kerana apa yang dilakukan ketika praktikal hanya 10% sahaja daripada apa yang di ajar di ipt mereka. Satu bonus kepada anda jika apa yang anda belajar di ipt dan institut kemahiran dipraktikkan sepenuhnya ketika latihan industri di organisasi yang menerima anda tetapi hal ini jarang berlaku. (Mungkin sebab salah pilih organisasi kot...).

Selalunya pihak organisasi akan bertanya samada pihak ipt memberikan senarai kerja yang perlu dilakukan pelajar itu sepanjang mereka praktikal dan selalunya pihak ipt memberi kebebasan kepada organisasi memberikan tugasan asalkan berkaitan dengan sijil mereka. (Ada juga yang diberikan tugasan yang tiada kaitan dengan taraf sijil mereka)

Itulah serba sedikit tanggapan para pelajar , mahasiswa dan mahasiswi kita mengenai persepsi latihan industri dan semoga mereka berjaya dalam menjalankan latihan industri dan menamatkan pengajian dengan jayanya.


p/s: Agak serius entri pada hari ini. Sampai berkerut-kerut nak membacanya nie.. haha

Selasa, 15 Mac 2011

Antara permohonan maaf atau ucapan terima kasih

Ketika berada di Terengganu, saya dan rakan saya melepaskan lelah dengan minum petang di sebuah kafe berhampiran Maxis Centre di Kuala Terengganu. Konsep makanan segera tetapi lebih murah dari francais yang sedia ada di Malaysia dan pernah mendapat liputan akhbar tempatan mengenai gerai tersebut.

Setelah selesai menjamu selera, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Saya agak pelik sebab dia terlebih bagi duit baki kepada saya. Sepatutnya harga makanan dan air dalam RM8 dan baki yang saya patut terima adalah RM42 tetapi yang diberi kepada saya adalah RM52! (Ni bukan setakat belanja makan tapi bagi untung kat den ni.. hahaha). Setelah saya mengiranya untuk kali ke 3 untuk kepastian, saya memulangkan semula RM10 kepada pekerja tersebut dan meminta maaf kepada saya. (bukan sepatutnya terima kasih ke sebab kalo tidak dia da kena keluarkan RM10 sebab dia dah belanja den makan).

Adakalanya saya terfikir adakah dia sepatutnya meminta maaf atas kesilapan dia terlebih memberi baki kepada saya atau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menyelamatkan gajinya dari dipotong kerana silap kira ataupun dia perlu melakukan kedua-dua perkara tersebut? Masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Akan tetapi pengarah cawangan negeri saya memberi pendapat kepada saya yang dia sepatutnya berterima kasih dan perlu meminta maaf jika kurang memberi duit baki. Ada betul juga pandangan dia itu. Akan tetapi saya melihat dia meminta maaf atas kecuaian dia yang terlebih memberi baki dan berterima kasih kepada saya kerana bersikap jujur dalam memulangkan duit yang lebih (sekarang nie tuhan bagi cash kalo wat jahat... x gitu )

p/s: Ada pula kembar (pelanduk dua serupa) rakan sepejabat kat Kuala Terengganu dan sudah semestinya perempuan.. hehehe

Jumaat, 11 Mac 2011

Radio Buruk

Hiasan semata-mata.
 
Ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Terengganu atas urusan kerja, saya melihat 2 peristiwa sedih yang berlaku iaitu sebuah bas terbalik dan seorang lelaki terjatuh dari Bangunan Persekutuan, Kuala Terengganu setelah berada disitu tidak sampai sejam. Sekadar kebetulan melalui peristiwa tersebut.

Selepas peristiwa lelaki yang terjatuh dari bangunan itu, pelbagai cerita kedengaran pada petang tersebut yang kebetulan juga hujan renyai-renyai (8 Mac 2011). Setelah akhbar utama menyiarkan cerita tersebut, ramai yang berpuas hati akan apa yang ditulis oleh wartawan yang ke lokasi tersebut. Tidak kurang juga masih ada beberapa persoalan yang difikirkan oleh mereka kerana merasakan apa yang ditulis oleh wartawan masih kabur dan masih mempunyai pelbagai persoalan.

Situasi ini menyebabkan saya teringat akan sebuah permainan ketika mengikuti kursus kepimpinan. Permainan tersebut dinamakan "Radio Buruk". Permainan yang dimainkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 7 atau 8 orang dalam 1 kumpulan dan setiap ketua kumpulan diminta untuk mengingati satu perenggan ayat. Setelah selesai ketua kumpulan dikehendaki berbisik kepada seorang ahli kumpulannya akan mesej yang dihafalnya dan ahli kumpulan yang telah mendengar dan memahami mesej terse but akan memberitahu rakan yang lain sehingga kepada orang terakhir. Kemudian orang terakhir akan memberitahu kepada semua peserta adakah mesej yang disampaikan oleh ketua kumpulan sama seperti yang didengar oleh orang terakhir itu. Majoriti kumpulan tidak akan mendapat mesej yang sama seperti yang diberitahu oleh ketua kumpulan. Hanya dalam 50 peratus sahaja yang betul, selebihnya karut dan ada yang dari awal da mengarut. Disebabkan semua tidak mendapat mesej yang betul. Kesemuanya didenda squad jump. (tak pepasal kena denda sebab orang lain - namapun kursus kepimpinan. Seorang silap, semua kena.)

Inilah senario yang sering berlaku disekeliling kita. Pada asalnya kisah itu benar tetapi akhirnya telah dimanipulasi, direncahkan lagi dan akhirnya menjadi satu cerita hantulah pula. (sebab kes orang mati mesti ada kaitan dengan hantu.. hrmmm bahasa mudahnya urband legend). Tetapi itu hanyalah seketika kerana manusia mudah lupa. cerita ini akan berlalu ditiup angin yang berlalu dan menjadi suatu sejarah yang pahit kepada mereka yang bekerja di situ dan amat menyedihkan kepada keluarga tersebut. Al-fatihah.

p/s: Macam-macam versi kedengaran dari tingkat 1 sehingga ke tingkat 12.

Rabu, 2 Mac 2011

Belajarlah memasak wahai wanita...


Soalan biasa yang diutarakan kepada mana-mana perantau. Apa yang awak rindukan daripada ibu awak? Majoriti daripada mereka tidak kita lelaki mahupun perempuan akan berkata "masakan ibu adalah perkara yang sering dirindui". Bahasa kiasan adalah air tangan ibu. Seorang chef terkemuka juga akan berkata masakan ibu adalah yang terbaik didunia ini.

Apakah rahsia disebalik masakan ibu adalah yang terbaik walaupun sekadar nasi, telur cincang dan kicap manis? (kecur air liur teman... huhuhu)  Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri danibu dalam memasak dan memberi makan kepada suami dan anak-anaknya. Hilang penat lelah seorang ibu apabila apa yang dimasaknya habis dimakan oleh suami dan anak-anaknya. Berkat rezeki yang halal menjadikan anak-anak manusia yang berguna kelak.

Bagi mereka yang sudah biasa makan kedai. Pasti akan merasa perbezaan yang ketara terutama bagi mereka yang masak atas sebab perniagaan dan mereka yang memasak dengan penuh ikhlas. Sebab itu ada yang kata masakan ibu tidak akan sama dengan masakan di kedai dan masakan katering tidak akan sama dengan masakan yang dilakukan secara gotong - royong (rewang).

Wanita moden masa kini agak sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk memasak. Samada kesuntukan masa ataupun tidak pandai memasak. Rugilah anda wahai wanita jika tidak pandai memasak. Tidakkah hilang satu nikmat apabila anak-anak di ajar makan di luar sehingga tidak lagi merindukan masakan ibu dan lebih merindukan masakan mamak? Para suami silalah membantu isteri anda didapur, tidak salahkan membantu isteri malah mengeratkan lagi kasih sayang sesama anda dan isteri anda. Sedikit sebanyak kuranglah beban yang ditanggung isteri. Bukan duduk diruang tamu lenggang kaki!

p/s: rindu masakan ibu...

Selasa, 1 Mac 2011

Belia Blogger - Mini Gathering menjadi acara perkelahan



Kuala Lumpur 27 Feb - Perjumpaan kecil-kecilan (mini gathering) Belia Blogger menjadi acara perkelahan apabila tidak ramai ahli Belia Blogger hadir untuk memeriahkan suasana. Mungkin sedikit bedah siasat (post-mortem) diperlukan untuk mencari di mana silapnya. Walaupun hanya 2 orang sahaja yang hadir iaitu Shahrul Hairy serta penulis, kehadiran adik beradik Shahrul Hairy sedikit sebanyak memeriahkan suasana yang sedia riuh dengan pelbagai kaum yang datang ke Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk beriadah dan berehat dalam suasana kehijauan alam sekitar yang wujud disebalik hutan batu ini.

p/s: Berita dah basi kot... hahaha