Ketika berada di Terengganu, saya dan rakan saya melepaskan lelah dengan minum petang di sebuah kafe berhampiran Maxis Centre di Kuala Terengganu. Konsep makanan segera tetapi lebih murah dari francais yang sedia ada di Malaysia dan pernah mendapat liputan akhbar tempatan mengenai gerai tersebut.
Setelah selesai menjamu selera, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Saya agak pelik sebab dia terlebih bagi duit baki kepada saya. Sepatutnya harga makanan dan air dalam RM8 dan baki yang saya patut terima adalah RM42 tetapi yang diberi kepada saya adalah RM52! (Ni bukan setakat belanja makan tapi bagi untung kat den ni.. hahaha). Setelah saya mengiranya untuk kali ke 3 untuk kepastian, saya memulangkan semula RM10 kepada pekerja tersebut dan meminta maaf kepada saya. (bukan sepatutnya terima kasih ke sebab kalo tidak dia da kena keluarkan RM10 sebab dia dah belanja den makan).
Adakalanya saya terfikir adakah dia sepatutnya meminta maaf atas kesilapan dia terlebih memberi baki kepada saya atau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menyelamatkan gajinya dari dipotong kerana silap kira ataupun dia perlu melakukan kedua-dua perkara tersebut? Masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Akan tetapi pengarah cawangan negeri saya memberi pendapat kepada saya yang dia sepatutnya berterima kasih dan perlu meminta maaf jika kurang memberi duit baki. Ada betul juga pandangan dia itu. Akan tetapi saya melihat dia meminta maaf atas kecuaian dia yang terlebih memberi baki dan berterima kasih kepada saya kerana bersikap jujur dalam memulangkan duit yang lebih (sekarang nie tuhan bagi cash kalo wat jahat... x gitu )
p/s: Ada pula kembar (pelanduk dua serupa) rakan sepejabat kat Kuala Terengganu dan sudah semestinya perempuan.. hehehe
Ucapan maaf perlu sebab kecuaian pekerja itu dan ucapan terima kasih juga perlu atas kejujuran kamu. So, dalam keadaan ini, kedua2 ucapan Thank q dan sorry adalah sgt releven dlm situasi ini.
BalasPadambaik juga hang.. haha..
BalasPadamingtkan nk sapu dh.. huhu..
betoi la, patutnya trima kasih la..
apa2 pn, mgkin dia minta maaf sbb kecuaian dia yg mnyebabkn hng trganggu krna kna p skali lgi kaunter..
shikin~ ehehe... 2 2 leh jadi..
BalasPadamAOK - aku dok tengok mamat 2 dok tarik RM10 smpai 5 kali.. aku da musykil nie.. tu y kira balik... Terganggu samada nak simpan ke nak bagi balik duit tu... huhuhu..
minta maaf perlu..
BalasPadamterima kasih juga perlu..
tapi bagus juga.. ada setengah orang
buat tak tau ja.. huhu..
toyo - biasalah 2.. manusia.. ada y ingat.. ada y wat x tau...
BalasPadam